penangan Hari Ibu x hilang lagik hehehe.. so shin pun terpanggil nak bukak seberapa banyak entri nilai nilai kasih sayang ibu bapa terhadap kita sebagai anak anaknya.. sori la kalo ada yg ada bukak blog shin... rasa bosan.. rasa nak muntah.. loya... erkkk chopp? ada ker yg bukak blog shin?? maklumlah blog shin xde cite panas.. xde citer AF, xde citer artis terkini.. xde gambo lucah.. ops! * i'm inesen
hari ni bila bukak akhbar jer.. mesti cerita pasal negeri Perak.. x habih habih.. nampknya virus selsema ba alif ba ya x dapat cover pekung citer perebutan title MB perak ni.. meluat pun ada... lagi menyampah orang yg bising bising.. rupanya tak pernah berdaftar sebagai pengundi.. perghh dan lagi lahanat.. orang yg bising bising.. tau diri dia adalah di kalangan pihak yg bersalah.. tp still nak cover baik.. dan dia x bersalah... apa punya orang la..
apapun shin terpanggil nak berkongsi beberapa keping gambar.. yg tertepek dalam akhbar hari ni.. pelbagai reaksi, cerita yg patut kita ambik teladan.. iktibar.. agar kita hidup dalam suasana aman damai.. berkasih sayang... bahagia bersama orang yg kita sayang.. keluarga dan ibu bapa kita...
jom jenguk jenguk...
pic 1
PADAH MEREMPIT...Mohd. Yunus Yusuf diiringi ibunya semasa dibawa ke Mahkamah Khas Trafik untuk perbicaraan kes 14 remaja yang ditahan dalam satu operasi cegah lumba haram di Ipoh, semalam.
hmm begitulah kasih seorang ibu.. makcik ni tau anak dia bersalah... tp kerana kasih sayang makcik ni pada anak dia.. sanggup dia menangis.. memintah belas.. supaya jangan di apa apakan anak dia.. mintak di lepaskan anak dia.. tp budak tu sebagai anak... tak terfikir semua ni akan berlaku.. yang dia pikir berseronok jer.. tak kesian agaknya dia tengok mak dia macam tu.. sebagai seorang mak.. mesti tido tak lena.. makan x lalu dok kenangkan nasib anak yg merengkok dalam penjara... dok pikir.. sihat ker anak dia.. makan ker anak dia.. selamat ker anak dia kat dalam penjara.. ish ish... sian sian sian...
kes 2
hah yak ni kes haruan makan anak... hampeh.. mmg takde otak punya jantan keparat.. hmm lelaki ni dituduh membunuh anak perempuannya dan melakukan sumbang mahram dengan seorang lagi anak perempuannya. lelaki ni berusia 40 tahun dari Bandar Baru Ayer Itam didakwa membunuh anaknya yang hanya dikenali sebagai Sarojini antara pukul 7 pagi dan 7 petang, 11 November 2004. lelaki ni juga di dawkwa melakukan persetubuhan dengan anak perempuannya yang berusia 14 tahun di sebuah tandas lelaki di Tingkat 6, Kompleks Farlim, Ayer Itam di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 7 Februari lalu. perghhhh memang celaka... kalo betul lah lelaki ni bersalah.. memang patut di sumpah seranah.. jenis xde otak punya orang..
Ibu tunggal terlepas hukuman tali gantung. CHE YAM diiringi anggota polis ketika dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar selepas dijatuhi hukuman penjara 16 tahun di Alor Setar semalam.
makcik ni dituduh memiliki dadah jenis kanabis pada 25 Februari 2003 di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Lalang, Air Hangat, Langkawi. semasa pertuduhan di bacakan.. makcik ni di jatuhkan hukuman penjara 16 tahun sebab dia x tau pun dadah yang dia bawa tu jenis apa... hmm mungkin ada sindiket yang mempergunakan makcik ni.. anyway makcik ni ibu tunggal... ada anak kecik masa tu 9 tahun.. mungkin dia susah.. pastu ada orang bagi dia kerja ngan upah mahal.. sama ada dia tahu benda tu dadah atau bukan... itu cerita sebaliknya.. hanya Allah yang tahu... mungkin atas desakan hidup.. nak besarkan anak anak.. makcik ni ambik jalan mudah.. akhirnya... merana hidup.. sedangkan ketua lahanat yg bekalkan dadah.. sampai sekarang masih tesengih bebas dan cari orang baru untuk buat keje dia.. cilaka tul.. walau makcik ni bersalah.. tp shin sian tengok dia... ntah la.. umo dah baya baya mak shin.. patut sekarang ni dia hidup tenteram.. banyakkan beribadat.. rehat.. gembira tengok anak anak membesar.. berkahwin.. ada cucu.. bukannya waktu ni merana hidup dalam penjara... :'(
****
moral of the storynya... kita patut besyukur.. di lahirkan dalam sebuah keluarga yg tidak bermasalah.. shin sendiri rasa bersyukur yang sangat sangat.. walau dulu hidup x semewah orang lain... tp x pernah shin terpikir nak jadi peragut.. nak jadi perompak.. nak tipu orang.. sebab mak abah.. family shin x penah ajar buat macam tu... walau naluri shin tak sempurna tp bukan alasan shin nak jadi orang jahat yg x reti guna otak... Alhamdulillah.. mungkin masih ada kesempatan untuk mengecapi hidayah InsyaAllah..
di sini shin terpanggil.. macam mana perasaan anak anak.. ahli keluarga pesalah pesalah kat atas... macam mana penerimaan diaorg bila tau.. anak diaorg jahat.. mak diaorg jahat.. bapak diaorg jahat.. camne nak handle kejian jiran jiran.. atau kejian dari saudara saundara diaorg sendirik... selamat kah hidup diaorg.. bahagia ker hidup diaorg lepas ni???
cuma kita sebagai orang Islam.. nak tak nak.. kena terima Qada' dan Qadar.. dan.. tugas kita untuk hormat orang yg melahirkan kita.. yg kita panggil mak.. yang kita panggil bapak.. takkan terputus.. walau diaorg salah.. walau berat macam mana... kita tidak boleh mengeji diaorg.. menghina diaorg.. membenci diaorg.. susah kan nak handle perasaan ni...!
so.. kalo korang ada problem.. setakat cintan cintun ntah apa apa.. atau problem yang remeh temeh... ambiklah iktibar skit.. ada orang lain lagi besar masalahnya.. jgn over bedrama dalam hidup.. cari lah bahagia.. lebih lebih lagi bahagia bersama keluarga kita...
sekian dari cebisan drama kehidupan...
m(^o^)m
* i'm shin.. i'm inesen
3 comments:
mcm2 dunia hr ni
insaf.
kan.... kan...
Post a Comment