Ramlah Ram... antara penyanyi malar segar yang sangat shin minati satu ketika dulu.. ( sekarang ni x fanatik sgt ) ngee~ sapa x kenal penyanyi yang mesra ngan nama Kak Melah ni.. well..setiap bulan.. memang shin akan stanbykan satu entri Nostalgia untuk artis yang shin minat.. mungkin ada gak pembaca yg sama minat artis lama mcm shin ni... hope info pasal artis artis ni.. dapat mengimbas kenangan nostalgia korang... kali ni turn Ramlah Ram plak :)
jom baca baca...
Ramlah Ram dilahirkan pada 19 Februari 1965 di Jalan Parit Pinang, Kesang, Muar Johor. Anak keempat dari enam orang adik beradik.. Ramlah Ram lebih di kenali ngan nama Ilah di kampung. Kiranya Ramlah Ram membesar macam orang lain kat kampung ler.. masa tu.. x de sapa tau yang Ramlah Ram akan jadi artis popular satu hari nanti..
Masa dok sorang sorang kat umah.. satu pagi, fikiran Ramlah Ram melayang-layang. Tiba-tiba dia terbayangkan Bintang RTM - suatu pertandingan nyanyian yang dianggap paling berprestij di Malaysia pada pertengahan tahun tujuh puluhan dan awal lapan puluhan. Masa ni lah Ramlah Ram dok berangan leh jadi macam Sudirman.. dapat piala Juala RTM. Kebetulan pada masa yang sama, Ramlah Ram baru saja berhenti keje sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang elektronik kat Tanjung Agas, Muar. Ketika itulah juga permohonan untuk orang ramai menyertai Bintang RTM 1985 dibuka dan disiarkan menerusi kaca televisyen. So, dia pun join ler sekaki... ngee~
Ramlah pergi uji bakat di Bandar Melaka dengan membawa lagu Hati Sepi Seorang Perempuan dendangan penyanyi Singapura Linda Elizebeth. Selang seminggu kemudian, Ramlah mendapat jawapan positif. Dia dikehendaki pergi ke Kuala Lumpur untuk pertandingan pusingan awal bintang RTM. Ramlah Ram sekali lagi memilih lagu Hati Sepi Seorang Perempuan sebagai lagu wajib dan Cenderawasih sebagai lagu kedua ketika menyanyi di peringkat awal.
Ramlah sungguh gembira bila diberi tahu layak ke suku akhir selepasitu. Kalau tak silap, lagu yang Ramlah pilih ialah Cenderawasih dan lagu Francesca Peter, Aku Hanya Pendatang. Seterusnya Ramlah terus mara ke peringkat separuh akhir. Puas memikirkan lagu, akhirnya Ramlah pilih lagu Francesca Peter Seandainya dan Jejaka Penggoda. Menariknya.. Ramlah Ram cuma berlatih menggunakan kaset jer kat umah.. ngee.. jaman dulu mana ada karaoke semua kan... nan ado!
Menerusi pertandingan akhir Bintang RTM 1985. Ramlah Ram membuat persembahan memukau menerusi lagu Rindu yang dipopularkan oleh Hetty Koes Endang lalu melayakkan Ramlah Ram begelar juara. Ramlah Ram berjaya mengetepikan peserta favourite ketika itu Klthsom A Kadir dan Jamilul Hayat (adik Jamal Abdillah). Dengan kemenangan itu, Ramlah membolot wang tunai RM5,000 dan merangkul piala pusingan.. hebat kan!!
Selepas menang, Ramlah Ram balik ke Muar. Pada pertengahan 1986, Ramlah Ram menerima surat daripada Ahmad Nawab, yang menawarkan tempat sebagai artis syarikatnya. Akhirnya lahirlah album pertama Ramlah Ram, Sabarlah Sayang yang diterbitkan oleh Ahmad Nawab pada penghujung 1986.
Tahun 1988 adalah tahun istimewa kepada Ramlah Ram kerana Ahmad Nawab berjaya menghasilkan satu melodi lagu berjudul Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu). Boleh dikatakan setiap hari, lagu itu berkumandang di corong radio dan kedudukan Ramlah mulai mantap dan kedudukannya sebaris dengan artis popular tanah air seperti Jay Jay, Khaty Ibrahim dan Jamal Abdillah.
Pada tahun itu juga Ramlah berada di puncak kerana album Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) berjaya mencacat jualan melebihi 120,000 unit, di samping memenangi gelaran Penyanyi Wanita Popular '88 anjuran Berita Harian/Nescafe Classic. Ramlah Ram menutup tahun 1988 dengan satu lagi kejayaan penting iaitu memenangi anugerah Persembahan Terbaik dalam pertandingan Juara Lagu '88 anjuran TV3. Manakala Ahmad Nawab pula muncul sebagai Komposer Terbaik dalam pertandingan itu untuk lagu ciptaannya, Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu).
Tahun 1989 adalah tahun yang menggemparkan buat Ramlah Ram. Dia ditangkap berkhalwat dengan penyanyi Rahim Maarof, di sebuah hotel terkemuka di Ipoh pada 18 Ogos 1989. Lebih menggemparkan lagi, Ramlah Ram dan Rahim Maarof sekali lagi ditangkap berkhalwat pada 10 November pada tahun yang sama. Kali ini mereka diserbudi sebuah bilik di sebuah hotel di Butterworth. Yang hampeh nya... Rahim Maarof tak bertanggung jawab pun.. diaorg tak berkahwin... sampaikan shin penah baca dalam majalah ( jaman dulu dulu ).. peminat Rahim Maarof dok marah Ramlah Ram dan mintak putuskan hubungan diaorg.. siot jer.. Tahun ni kuarlah album Ramlah Ram berjudul, Cintaku Hanyut Dilautan Sepi.. wahhh.. macam tau tau jer kan...
"Kejadian itu mengajar Ramlah supaya lebih berwaspada di mada depan.Walaupun Rahim adalah lelaki pertama yang pernah Ramlah sayang, tetapi kami tiada jodoh," kata Ramlah yang membuat pengakuan dengan terus-terang.
Selepas itu Ramlah berendut dengan penyanyi dan kini komposer, Azmeer. perhubungan mereka juga akhirnya berakhir dengan tragedi apabila kedua-dua terbabit dalam kemalangan jalan raya di kilometer 11.2, Damansara Petaling Jaya pada 19 Jun 1990. Dalam kejadian itu, mata kanan Azmeer cedera parah akibat dimasuki serpihan kaca manakala Ramlah dan sepupunya, Hamdan Harun mengalami cedera ringan. Sib baik x jadi kes Zaiton Sameon kan...
Kini Ramlah Ram telah mendirikan rumahtangga bersama jurutera RTM, Kamal Roslim pada tahun 2000.. namun belum dikurniakan cahayamata... hmm bila lagi la tu kan..
Bagaimanapun, selepas enam tahun bekerja bersama Ahmad Nawab, akhirnya sejarah hitam tercatat di antara mereka berdua pada Mei 1992. Ahmad Nawab mendakwa Ramlah Ram cuba memburukkan namanya dengan menyuarakan rasa tidakpuashati mengenai bayaran royalti dan urusan promosi di dalam sebuah akhbar tabloid. Akhirnya pada 30 Jun 1992... Ahmad Nawab melepaskan Ramlah Ram dari menjadi artis dibawah syarikatnya.
"Saya sudah lepaskan dia pergi dan ikut suka dialah bagaimana nakmenentukan masa depannya sebagai penyanyi," kata komposer veteran, AhmadNawab.
Berikutan itu, Ahmad Nawab bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menghalang Ramlah mendendangkan semua lagu ciptaannyapada masa depan. Keputusan itu, katanya, dianggap wajar sebagai balasan kepada artis yang tidak tahu mengenang budi. Ahmad Nawab mengumumkan bahawa Nassier Wahab juga bukan lagi artisnya.. wahh ngamok sakan pakcik ni...
"Kalau dia dah tak sukakan saya, tak payahlah lagi nyanyi lagu saya," Ahmad Nawab sentap katanya..
Ramlah Ram menyertai syarikat rakaman antarabangsa BMG Music pada 1993 selepas meninggalkan Nawab Productions pada 1992. Maka lahirlah album Di Ambang Pintu Kasih. Ramlah mungkin berjaya membawa pembaharuan, tetapi ia belum dapat diterima oleh peminatnya. Ramai yang lebih menyenangi Ramlah Ram dengan 'gaya' Ahmad Nawab daripada penampilan barunya itu. Hasilnya, album ini kurang mendapat sambutan dan tidak banyak lagu dalam album ini yang boleh 'dikenang' hingga kini. Album album Ramlah Ram seterusnya sehingga hari ini gagal menyaingi kehebatan album Ramlah yang diterbitkan Ahmad Nawab bagi dari segi populariti lagunya, mahukan penjualan album. Wahhh badi sangat kan.... sian Kak Melah..
Apapun shin memang akui sangat sangat.. yang lagu lagu Ramlah Ram sekarang sangat kurang sedap.. suara Ramlah Ram pon dah kurang power... so Ramlah Ram sepatutnya tidak memaksa untuk menyanyi dengan note note tinggi.. kesian tengok.. off key.. sumbang mambang.. dengan kata lain.. Ramlah Ram dah tak mampu nak nyanyi lagu bernada tinggi dengan SEDAP... so korang peminat peminat dia jgn salah anggap lak ek.. dia mungkin leh nyanyi setinggi mana.. tp yang ado? sedap ke tak.. itu yang penting..
shin lebih prefer lagu lagu lama Ramlah Ram.. Kau Kunci Cintaku tu bukan lagu favourite shin.. sebaliknya lagi yang lebih berentak dangdut.. hindi... lebih mudah menyerap ke halwa telinga shin.. Penantian Yang Tak Berakhir, Membilang Butir Harapan dan Diam Diam Jatuh Cinta. shin suka gak lagu lagu ghazal, melayu asli yang Ramlah Ram nyanyikan.. antaranya lagu Sekeping Cinta Sehampar Janji.
3 Jun 2009.. album terbaru Ramlah Ram.. Ketentuan akan menembusi pasaran.. hmm ntah camne la gamaknya.. harapnya.. Ramlah Ram akan terus success dalam bidang seni suara tanah air.. dan harapnya.. akan ada lagu lagu baru Ahmad Nawab & Juwie yang akan Ramlah Ram nyanyikan hari ni...
sekian dulu ek~
* i'm shin.. i'm inesen
click untuk tengok Ramlah Ram masa final Muzik Muzik' 88
8 comments:
genting genting... snow house...
panjangnyer...ehehe...pepepun... ramlah ram nye pasal...kan? sedap lagu ketentuan...menggambarkan diriku ini.
Ramlah Ram artis yang hebat.. masih mampu bertahan dan suara pun masih mantap! Doa saya semoga album terbaru beliau akan meletup dipasaran kerana dengar cerita, lagu dalam album kali ini hebat-hebat belaka!
Noks thx for this...mak pon peminat setia kak Melah..mak pon suka yaamat lelagu lama kak melah...yang album baru ni okay lah jugak tapi nothing beats lelagu ciptaan Ahmad Nawab..amboii marah bebenor noh pakcik tu masa tu??? Diva sangat! *ops!
Take care :)
lagu dia best... masa kecik2 dulu slalu parents pasang... masa tu mana ada cd, hanya record (piring itam) sajork
Mmg suara die memukau
Suara dia sedap..
Badan dia pun sedapp.. Sebab tu rahim maarof sedap menggomoli badan kak melah.. Aummm
kira Ramlah Ram dah kena palam ngan Rahim Maarof le...sosialnya kak melah ni...lupalak..culture shock..
Post a Comment