Tuesday, June 16, 2009

Al-Kisah : buah durian


kengkawan.... korang suka makan durian x??? humppppppph.. suka?? naper eh... sedap ker sedap ker?? entah ek.. shin kurang suka makan durian.. bau dia jer pening paler... kalo makan tu.. skit leh ar... tapi x makan pun xper... ngee~

entri kali ni shin tujukan khas untuk Mohd. Shamsul Bahari yg antu makan durian hehehehe.. sapa sapa yg suka makan durian.. leh geng ngan dia hik hik...

kat belakang umah parent shin pun ada pokok durian.. tp x la banyak sgt.. ada ar dalam 4 pokok.. tahun ni x berapa menjadi sangat.. kebetulan ada ribut.. so banyak dahan patah.. masa tu dah banyak durian yg besar besar.. habis mcm tu jer..


shin ingat lagi.. masa entri bulan 3 shin ada ambik gambar masa durian ni tengah berbunga... la ni dah leh makan dah.. sekejap jer dia besar... x macam buah rambutan.. pulasan dan lain lain... patutlah.. kat tepi tepi jalan banyak bebeno orang jual buah durian.. even belum musim nya lagik.. tapi kan.. sekarang ni memang dah x ikut musim sangat...

link : http://budak-shinchan.blogspot.com/2009_03_01_archive.html

shin ingat lagik.. masa shin kekecik.. arwah nenek mesti simpankan durian yg dah gugur untuk kitaorang... shin pun lupa.. masa kekecik shin makan ker tak buah durian hehehehe.. datuk shin lagik kesian.. kena hempap buah durian.. sib baik terkehel jer bahu dia.. tp bergarit ler kena duri durian... sib baik x kena tang muka kan... kalo shin lalu bawah pokok durian.. memang rasa cuak... kot kot time tu dia nak gugur.. naya jer...

suka tul kalo dengar time dia guguq... masa shin kekecik... pantang dengar.. nanti bekejar kejar ngan abang abang.. dok cari durian tu... kekadang.. x jumpa.. pasal.. durian jiran sebelah yg guguq.. hehehe.. ketengi jer..

tu dia... dah ada buah yg guguq...

meh shin bagi info sikit pasal buah durian ek..... cerita nya macam ni....

Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar ( bulat kot ). Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.

Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan. Sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti "makan kastard dalam tandas awam". - bole plak macam tu kannnnnn.... hik hik... perumpamaan orang puteh la kekdahnya...

Nama saintifik durian adalah Durio zibethinus, Durio kutejensis, Durio oxlevanus, Durio graveolens, dan Durio dulcis - wahh kelas nama nama ia... susah nak nyebutnya...

Durian berasal dari Brunei, Malaysia dan Indonesia. Pusat pelbagai ekologi untuk durian adalah kepulauan Borneo. Thailand adalah pengeksport penting durian. Tempat yang lain di mana durian ditanam termasuk Mindanao di Filipina, Queensland di Australia, Kemboja, Laos, Vietnam, India dan Sri Lanka - tu dia... nasib baik xde negera negara yg dok kelahi nak di iktiraf sebagai negara di nama buah durian berasal... buat malu jer...

Bagi setiap mereka yang selalu memakan durian mempunyai cara tersendiri untuk memilih buah terbaik dari timbunan durian. Kebanyakan kaedah ini disampaikan secara berbisik dengan perlahan dan setiap pembeli mempercayai kaedah pemilihannya dapat memastikan pemilihan buah terbaik - betul ker??? poyo jer.. x penah tengok si Shamsul tu bisik kat buah durian time beli.. ngee~

Durian mungkin diserang oleh perosak yang bertelur di dalam buah yang berkembang menjadi larva seperti ulat. Amat penting ketika membeli buah durian untuk mengelakkan membeli buah yang mempunyai sebarang lubang pada kulitnyanya kerana ini sering kali menunjukkan kemasukan "ulat" ke dalam buah - yekkkkkkkkkk... shin gelik tengok ulat.. fobia kalo tengok makanan atau buah yg dah berulat... geli...


mrasa korang tengok isi buah durian kat umah shin ni... nak ker??

dicadangkan bahawa mereka yang baru belajar membeli durian agar mendapatkan durian yang telah siap dibuka kerana membuka buah durian agak susah yer... shin pun x reti... sakit tau kena duri durian....

bagaimanapun, buah durian yang dibuka perlu dimakan di dalam tempoh waktu beberapa jam sahaja kerana buah yang dibuka cenderung untuk "berpeluh " atau berasid.. nanti dah x sedap kot... camtu la kekdahnya...

kekadang.. mak shin akan buat jem durian.. atau pun.. gula durian yg di makan bersama pulut... takpon.. dia buah bubur kacang.. letak la buah durian... tp semuanya berapa di makan.. so kebanyakkan buah durian tu.. pass kat adik beradik yg lain.. huhuhu

pokok buah pulasan pun ada tau kat umah shin.... uiiii beshhhhhh!

pokok rambai pon ada... meh la datang sini makan makan buah shin.. nak??

durian dianggap sebagai makanan panas dan sesiapa yang terlebih makan durian akan mendapati dirinya berpeluh dengan banyaknya sejurus selepas makan durian. Penawar tradisi ialah untuk minum air kosong dari pangsa kulit buah. Selain itu, musim durian lazimnya berlaku bersama dengan manggis yang dianggap sebagai mempunyai kesan penyejuk kepada badan. Oleh itu, kedua-dua buah-buahan ini lazimnya dimakan bersama.. hmmm shin paling suka buah manggis... sedappppp... tp kata orang tetua.. jgn minum ari kopi lepas makan buah durian.. nanti cepat kojol... ntah la ek... x penah try.. cuba korang try keberkesanannya... ngee~ oh yer.. orang yg ada darah tinggi pun kalo bole elak makan bebanyak buah durian ek... kalo rasa nak idup lama laa... huhu

sekian la dulu cerita shin ek... jumpa lagik kengkawan...


pssst : Mohd Shamsul Bahari!!! mana satu yang ko pilih?? buah durian... atau mat salleh tu?? ngee~

m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen

7 comments:

eeri jeremiah ivanovic said...

x makan durian...
bau pun x bleh...
pening2 la pastu...

~ujicham~ said...

muah.. suka durian. nyum nyum.

i'm shin... i'm inesen said...

erri jeremiah ivanovic : lol.. bau pun xleh eh?? aishhh lagik teruk ni..

uji : ngee~

Lee said...

"pokok rambai pon ada... meh la datang sini makan makan buah shin.. nak??"

Errr... shin pon berbuah gak ker? bez ke makan buah shin tuh? ehe~~~

mohd shamsul bahari said...

wow~ entry untuk i ke? bestnyeeeee... mekasih.. i nk omputih n buah durian tu skali.. nti i letak buah durian tu kt kote dia pastu jilat2 isap2.. ermm beshnyee...

i'm shin... i'm inesen said...

oit mohd shamsul bahari.. komen 18sx lagik... cisss! cepuk lelaju kang..

lee : ehmm... buah masak ranum nak??

AzAz said...

eh? nmpknya bkn sy sorang jer yg otak kuning diRaja, nmpknya mohd shamsul bahari pun cama... tapi komen mohd shamsul bahari tu sokonglah... kan...kan...