Wednesday, June 17, 2009

Nostalgia : Biduanita Datuk Sharifah Aini



haaaaaa kengkawan... nak dengar cerita tak?? hmm duduk duduk duduk... kengkawan nak tau tak... antara lain penyanyi yang shin minati ialah.. Datuk Sharifah Aini.. haaaaaaa... suka sangat dengar lagu lagu lama dia.. lagu yang paling shin suka yelah lagu Hai Selamat Hari Raya.. lagu wajib masa puasa.. masa raya.. dan masa masa yg shin ada mood nak dengar ngee..suka suka suka...

tapi kan.. shin lebih prefer gaya suara.. gaya persembahan.. serta lagu Sharifah Aini masa era 70an & 80an jer.. mungkin masa tu... suara dia lembut.. tidak terlalu keras macam sekarang.. faktor usia kot.. lagi pulak.. lagu lagu sekarang.. belum dapat menandingi lagu lagu masa zaman dia ngan Ahmad Nawab dulu... lol.. kira kesnya sama macam Ramlah Ram la ek... rasanya lagu lagu Ahmad Nawab jer mampu bikin lagu yg sesuai untuk diaorg ni... hmm nak wat camne kan..

so kali ni shin nak bikin entri khas untuk Sharifah Aini.. untuk kengkawan yg mungkin ada meminati beliau.. selamat membaca ok... ngee~


****

Sharifah Aini Syed Jaafar dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, dan dibesarkan di Kampung Majidee, Johor Bahru. Beliau tinggal bersama datuk serta neneknya, dan bersekolah di sekolah agama bahasa Arab. Sharifah berkebolehan mengalunkan ayat suci Al-Quran dah pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya.

Sharifah Aini telah bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru. Setelah menamatkan pengajian hingga di Tingkatan Lima di sekolahnya, beliau berhasrat untuk menceburi bidang nyanyian. Selain berminat dalam bidang nyanyian, Sharifah juga pernah bercita-cita untuk menceburi bidang kedoktoran. Namun, beliau akhirnya memilih jalan untuk ke bidang nyanyian kerana itulah jalan terbaik bagi meringankan beban datuknya untuk menyara hidup mereka yang ketika itu amat susah.

Peristiwa pada 1968 cukup bermakna dalam riwayat hidup Sharifah Aini. Itulah titik tolak yang belum ada noktahnya lagi dalam kariernya sebagai penyanyi. Sharifah Aini sanggup membohongi datuknya untuk menyertai satu pertandingan seni suara di Singapura. Mungkin itu rintangan dan rezekinya untuk menjadi penyanyi tersohor hingga ke hari ini.

Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 dengan membawa lagu berjudul "Tiga Malam". Sekalipun mendapat tempat ketiga, beliau dilamar oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 1969. Kassim Masdor dipertanggungjawab mendidik dan menerbitkan album pertamanya. Pada 1970, lahirlah album Seri Dewi Malam - yang terus melonjak dan meletakkan nama Sharifah Aini dalam senarai artis rakaman. Album tersebut telah diterima dengan hebatnya oleh peminat ketika itu. Sharifah bukan sahaja bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Malaysia, Beliau juga telah bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Singapura.


mrasa korang tengok album pertama kak pah pada tahun 1970

Sharifah Aini bukannya berasal dari keluarga mewah. Sejak kecil dia sudah didedahkan dengan kesabaran tinggi terutama terpaksa membantu keluarga mengambil upah menjahit pakaian dan menjual kuih. Malahan, beliau pernah menjadi juruhebah sambilan di Radio Johor. Siapa sangka... sekarang ni Sharifah Aini sudah mampu hidup mewah dengan rezeki yang Allah beri melalui suara lunaknya.


Bakat Sharifah semakin menyerlah apabila telah diasah bakatnya oleh seorang penggubah lagu terkenal iaitu Datuk Ahmad Nawab. Lagu ciptaan Ahmad Nawab untuknya begitu berkesan kepada industri muzik dan juga semua peminat Sharifah Aini. Sharifah telah banyak menyanyikan pelbagai lagu dan menghasilkan lebih 90 album, termasuk 7 album lagu bahasa Inggeris. Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia, nama beliau juga tersohor di beberapa negara serantau di Asia seperti Jepun, Korea, Hong Kong, China, Singapura, Brunei dan Indonesia. Sedap ok kak pah nyanyi lagu omputeh... fluent sgt...


seksi ek kak pah dulu dulu..

Di era kegemilangan Sharifah Aini dahulu, di era 70-an, Sharifah adalah artis Malaysia pertama yang membawa gelaran Superstar. Gelaran ini diberikan kepadanya sebagai tanda penghormatan di atas kejayaannya yang telah mengharumkan nama negara sekaligus mencipta nama di peringkat antarabangsa. Selain beliau, artis lain yang juga memegang gelaran yang sama ialah Anita Sarawak. Artis wanita yang juga terkenal di era 70-an adalah Uji Rashid. Tiga artis wanita terkenal ini merupakan antara artis paling laris ketika itu. Sharifah adalah antara artis penghias muka depan majalah yang terlaris di Malaysia.. wahhh barulah layak di gelar 3 Diva kannn...

Setelah berusaha keras dalam memperjuangkan diri dalam bidang seni, usaha dan bakat yang dimiliki oleh beliau akhirnya diiktiraf oleh industri muzik tanah air. Sharifah telah menerima pelbagai anugerah yang telah membawanya hingga ke luar negara sekaligus meletakkan dirinya di tahap antarabangsa setanding dengan artis-artis popular di Asia. Antara anugerah yang pernah diterima oleh beliau ialah seperti Anugerah Penghibur Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 1972-1977), Anugerah Penghibur Wanita Popular 1970-1976, 1979 (Persatuan Pencipta Lagu, Penyanyi Dan Penghibur Tanah Air), Anugerah Aktres Terbaik (Hapuslah Airmatamu-Festival Filem Asia Pasifik 1977), Anugerah Seri Wirama (Anugerah Industri Muzik 2000), Anugerah Biduanita Sepanjang Zaman (Darjah Kebesaran Sultanah Kedah), Anugerah Emas Era (Anugerah Era 2002), Anugerah Khas Bintang Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003), Anugerah Tertinggi Biduanita Negara (Anugerah Kecapi 2006).


ayu tak kak pah?? lain jer pattern hidung dulu ngan sekarang.. ngee~

Sharifah Aini adalah satu-satunya artis Malaysia yang digelar Biduanita Negara selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma memegang gelaran tersebut. Ia adalah gelaran yang tertinggi dan gelaran seperti ini hanya diberikan kepada artis wanita yang begitu berjasa kepada rakyat, negara dan juga membawa nama hingga ke tahap antarabangsa.

Sharifah Aini pun tak dapat lari dari membuat kontroversi. Pada tahun 1978, telah berlakunya suatu pertelingkahan antara Sharifah dan ibunya. Pertelingkahan antara Sharifah dan ibunya telah menyebabkan isu Sharifah mahu menyaman ibunya. Setelah lama kes ini dibicarakan, akhirnya kes tersebut telah selesai setelah Sharifah dan ibunya berbaik semula.


akak x bersalah... akak inesen!!

Pada tahun 2004, Sharifah Aini dituduh memfitnah penyanyi popular Siti Nurhaliza. Beliau didakwa menyiarkan beberapa tuduhan tertentu yang memfitnah Siti Nurhaliza melalui emel kepada adik angkatnya Ahmad Shaharil Jamaluddin, pensyarah di sebuah kolej di Pulau Pinang, pada 24 Ogos 2004. Kes tersebut berakhir dengan dibuang tanpa perbicaraan.



Pada tahun 1981, telah berlakunya peristiwa yang bersejarah iaitu perkahwinan Sharifah Aini dengan suaminya, Ali Bakar. Namun, perkahwinannya hanya bertahan selama setahun selepas Sharifah melahirkan anaknya, Aliff. Perceraian itu berlaku setelah Sharifah Aini mendapati bahawa suaminya itu mempunyai seorang isteri sebelum menikahinya. Setelah beliau bercerai dengan suaminya, Sharifah telah mengahwini dengan seorang ahli korporat yang berpangkat Datuk di luar negara. Perkahwinan kali kedua yang dibina oleh Sharifah juga gagal bertahan. Sharifah telah bercerai dengan suami keduanya pada tahun 1992.

Kini.. belum ada penyanyi yang mampu menandingi kehebatan aura mahu pun suara Sharifah Aini.. Semoga Sharifah Aini terus sihat dan mampu menyumbangkan keistimewaan nya pada peminat dan negara. Semoga beliau sentiasa di pelihara kesihatan dan diberikan nur hidayah hingga ke akhir hayat. Selamat maju jaya...

Sekian~



satu ari nanti akak akan pakai tudung labuh.. InsyaAllah...

m(^0^)m

* i'm shin.. i'm inesen

13 comments:

nazlizan said...

btul gak, dia antara artis yng hebat, tapi bgi aku saloma lagi best

Nuri said...

Nok...ko tak minat siti keww

Zampeada said...

hebat ko nih... bleh buat article masuk paper ko punya entri nih... hehehe

Anonymous said...

takde lagu2 lama dia ker....nak gak layannn...boring nii.....

Anonymous said...

wah SHin tetibe pasang lagu raya...ni yg x sabar nk tempah baju melayu ni...huhuhu

mIE...

Suf Steve said...

harus mek pun pakai tudong laboh de labuchi leret2!

jgn pakai tudong periok cukop odah! ala2 rosmah

i'm shin... i'm inesen said...

naz : memang lah x leh di compare.. tp di sebabkan kehebatan diaorg bedua la dapat tittle Biduanita Negara..

Nuri : ngee...ntah ek.. biasa biasa saja.. shin x penah terfikir nak beli album dia..

zam : ngee... minat punya pasal la ni... untuk paper x layak kot.. diaorg lagi power korek korek cerita

mie & mr x : ngee.. lagi ni superb sgt.. mmg mendatangkan mood nak raya.. nak happy happy..

sufi : ngee.. siti hasmah punya tudung jenis apa plak?? tudung saji??

AzAz said...

x kenal sgt biduanita inew... bukan zaman sy... anyway nenek sy ckp dia mmg top zaman2 dulu...

Anonymous said...

Kak Pah ni memang meletup pada zaman tu, album tak putus setiap tahun, walaupun ramai penyanyi baru tapi dia tetap mengancam.

AJ Nasution said...

tok pah was great in her era and infact still is......tp kan .....rs nyer ler....fakta tmpt ke-3 tu , kurang tepat kot.....ke-2?

Terry said...

thanks for the info ^_^

Anonymous said...

salam hormat,
setakat ni x de sesiapa yang buat biografi yang banyak tentang kak pah/tok pah,,,kekok rasanya sebut tok pah.Nah adik,abang cadangkan adik buat sebanyak-banyaknya....tahunnye,judul lagu,komposernye ,catatan lagu saduran dsb.Abang nak adik jadi orang pertama buat bende ni maksud abang untuk tok pah kite ni lah ye.Iianye akan jadi bahan sejarah dik oi.

Anonymous said...

saloma ada kelebihannya tersendiri tapi kak pah ni banyak jenis lagu dia leh hayun.Abang bagi contoh lah ye:Kalu lagu macam tionghua tu,saloma bagus,lagu asli dua2 bagus,lagu omputeh kak pah bagus,lagu arab memang kak pak bagus.....saloma legenda klasik fasa pertama,kak pah legenda klasik fasa kedua...lu pikir sendiri