Tuesday, June 9, 2009

Al-Kisah : Penghijrahan Malek Noor

SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.

Perbualan yang rancak bersama wartawan petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

"Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

''Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh," kata Malek dengan suara sebak.

Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

''Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi...kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

''Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

"Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati," luahnya.

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

"Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

"Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

"Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

"Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

"Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran," cerita Malek.

"Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini," Malek menyambung cerita.

"Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

"Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini," kata Malek lagi.

sumber : Utusan Malaysia


****

moral of the storynya :-

tu diaaaaaaaa... mrasa korang baca statement BERANI MATI dari seorang Hamba Allah yg namanya kalo di sebut jer.. rata rata orang kenal.. tahu.. siapa tu Malek Noor kannn.. tetiba smlm buat pengakuan.. membuka pekung diri sendri.. walauponnnnnn.. x mungkin Malek Noor akan ceritakan 100% apa lagik dosa dosa dia kann.. cukup sekadar dia bagitau makan minum benda yg haram serta tidak puasa dan bersolat... hmm kalo part lain selain dari itu... lebih aib dari yg tadi.. wallahualam laaa kan...

mungkin niat mamat ni buat pengakuan adalah untuk memberi teladan pada kita yg lom mampu nak buat macam dia... tp.. ntah la... bagi shin.. kalo kita nak bertaubat... diam diam sudah lah... bukan senang nak dapat hidayah.. bukan senang nak betul betul bertaubat... kang nanti.. cakap x serupa bikin.. kata orang muor.. ketengi jer..

semoga Malek Noor terus mendapat hidayah.. sihat sihat selalu dan dapat menjalani kehidupan seorang muslim sejati... wahh sejati tu... serta mampu meninggalkan segalaaa LARANGANNYA... yer la.. ada benda yg di larang tu.. susah nak di tinggalkan...

shin ni... bila lagi la nak bertaubat kann..... hmmm ntah la.. korang lak?? bila lagi?? ngee... sekian~


m(^0^)m

* i'm shin.. i'm inesen

8 comments:

~ujicham~ said...

sama2lah kita ingat mengingati kan..

shin.. usaha tangga kejayaan. jgn disia2kn muka hensem mu. peace!

naqiubex said...

Ini sebagai sebuah pengajaran kepada kita juga..

Suf n Steve said...

maq tobat! *sambil pakai tudong laboh*

Anonymous said...

Alhamdulillah utk abg malek..moga2 Allah sentiasa merahmati dan mengampuni beliau, Yang penting Allah dh bagi padanya hidayah utk berubah...yang lain bila lagi?

Anonymous said...

bukan senang nak buka pekung di dada...
at least he brave enuff

i'm shin... i'm inesen said...

uji : lol... mana tau ensem ni.. kan x full face.. ish ish ish........

naqiubex : hmm betul betul betul

sufi : amboih.. terus pesen batman 24hours ek..

andy : hope hidayah tu sampai akhir hayat.. bukan senang nak dtg eh..

hanis : bukan senang nak jadi baik.. nak jadi jahat senang jer.. la ni pun bole kann

Hamli Sanai said...

nak jd jahat mmg senang shin, la ni pun bole, la ni jugak Allah cabut nyawa, abes la XD

Comic Lover said...

kan...kan...