Tuesday, April 20, 2010

sapa nak tido ngan shin angkat tangan!


kengkawan nak tau takkkkkk.... selain dari makan, dengar lagu raya, main tenet... ada lagi satu hobi shin yg best.. TIDO... ngee... ntah naper.. shin rasa aman damai kalo dapat tido lena... x di buai mimpi indah pun xde hal... ngee~

dan shin paling tak suka tido shin di kacow.. sebab bunyik bunyik bising ker, calling calling ker, raba raba ker.. mau ada yg kena flying kick atau kena marah hik hik.. kalo x caya.. try ar.. shin slalu silentkan hp, shut down lappy dan jarang tido sambil dengar lagu... sebab shin mmg nak rest betul2..

cuma satu jer.. shin mmg x suka tido dalam keadaan gelap.. so kena la tido dalam keadaan terang.. kalo dah letih sangat xper.. kalo x.. mau pk bukan bukan.. takkpon asyik terjaga jer.. pastu cecepat bukak lampu huhu

dan shin pun x suka tido time pepetang... ada orang bilang.. sapa tido pepetang nnt cpt tua.. dan senang kena penyakit stroke... aishh xmo la.. lagipun kalo tido pepetang, bangun tido akan sakit kepala.. better x yah...

shin x pasti ar.. naper ek shin kalo kat umah.. rasa cergas jer... tp bila kat tempat kerja.. asyik ngantok jer... hampir hari hari tak sengaja tido.. timing ngantok tu plak sama jer... kul 8 pagi, 10 pagi, 12 tgh ari, 2 ptg, 3 ptg, dan kekadang shin amik kesempatan tido kejap kejap... selalu gak kantoi ngan bos.. tp dapat tido tu rasanya puas sgt... cuma skrg ni dah ada cctv.. agak payah melakukan rutin harian yg mulia ni...

sebut pasal tido... shin nak kongsi info pasal kebaikan tido di tengah ari... haa.. baca la kalo rasa nak tau apa kebaikkannya...


kengkawan nak tau.. tidur sekejap di waktu siang terutama pada waktu tengah hari didapati amat berkesan untuk meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti seseorang pekerja... bagi mantap lagik

even ada yang beranggapan ia bukan sesuatu yang elok untuk diamalkan di tempat kerja, jika diteliti dengan lebih mendalam, tidur sekejap di waktu rehat tidaklah bermakna seseorang itu curi tulang atau ponteng kerja... haa dengar tu... shin bukan la sorang yg suka curi tulang tau kat tempat kerja... i'm inesen~

nak tau!? di negara barat terutamanya Amerika Syarikat (AS), pelbagai kajian sudah dijalankan dan mendapati bahawa 92.5 peratus pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti serta keupayaan mereka menyelesaikan masalah adalah jauh lebih tinggi.

ia disebabkan waktu tengah hari adalah masa yang paling sesuai untuk berehat seketika kerana sistem badan kita dikatakan memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu berkenaan yang juga dikenali sebagai kelesuan pada pertengahan hari.

ini disebabkan keletihan bekerja lebih memuncak pada waktu tengah hari dan ia mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah. Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala dapat membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah.

ia dapat membantu melancarkan pengaliran darah serta oksigen selain berupaya memperbaiki sel badan dan mengendurkan otot yang digunakan secara aktif ketika bekerja. Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda pekerja yang berpeluang berehat dengan tidur seketika akan menjadi lebih tenang daripada tekanan serta dikatakan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif dan berkesan.

kajian penyelidik Nasa menunjukkan, tidur siang selama 24 minit mampu memperbaiki kepekaan dan prestasi juruterbang dan tidak hairan jika tidur seketika di waktu tengah hari itu sudah menjadi amalan di negara maju seperti AS, Itali serta Sepanyol.

pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Khaidzir Ismail, berkata merehatkan diri dengan melelapkan mata seketika di siang hari mampu meningkatkan lagi produktiviti kerja seseorang individu.. bukan melantak ker.. shoping shoping ker kann~

menurutnya, waktu tengah hari adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika dan sistem pekerjaan yang diamalkan di negara ini memperuntukkan waktu rehat pada waktu tengah hari bagi dimanfaatkan sebaiknya untuk tidur sejenak serta berehat.

tidur sekejap selama lebih kurang 10 minit mampu mengembalikan tenaga yang hilang dan amalan berkenaan amat sesuai bagi mereka yang sering berjaga malam atau bangun untuk sembahyang tahajud hmmm biasa masa bulan puasa tido memang x cukup kan... al maklum masing2 buat solat malam~

penyelidik tidur Universiti Pennsylvania, Dr David Dinges, pula berpendapat bahawa tidur sekejap sebenarnya boleh ‘membayar balik’ hutang tidur pada waktu malam.

“Tetapi tidur tidak boleh terlalu lama kerana jika melebihi 30 minit, seseorang itu sukar untuk bangun kerana terlalu nyenyak,” katanya.

ouhhh patut lah shin slalu terlajak sampai sejam dua tetido time waktu rehat.. ngee... mesti nyenyak sangat tu.. x sengaja ar..

dalam pada itu, profesor psikologi, Universiti Cornell, AS, Dr James Maas, berpendapat bahawa tidur pada waktu tengah hari sekitar 15 hingga 20 minit sebenarnya sudah mencukupi untuk menjaga kesihatan dan mengembalikan tenaga.

menurut Dr James, waktu tidur yang mencukupi untuk golongan dewasa adalah sekitar lapan hingga sembilan jam manakala remaja, sembilan hingga 10 jam, kanak-kanak (12 hingga 13 jam) dan bayi, 17 jam sehari.. hmmm untuk budak inesen mcm shin... tido ikut skala tido remaja ngee~

“Dengan mendapatkan jumlah tidur yang mencukupi, seseorang itu boleh mengawal perasaan dengan baik dan pada masa sama, dapat menjaga kesihatan serta kecantikan,” katanya... hmm point penting ni yer~

***end***

moral of the story : mulai skrg.. jom ler kita tido sekejap masa luch hour tu.. sebab kita dah tau benefit dia kan... tido ni nikmat... kalo tido bedua,betiga lagikk nikmat hik hik

sekian.. jumpa lagik ek kengkawan...

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

24 comments:

Fauzzan Helmy Anuar said...

Thanx Shin sebab kongsi info ni... So, nak tido 15 minit lepas ni. =)

Hizami Rahim said...

rajin rajin la tido ye.
ahha~

i'm shin... i'm inesen said...

fauzzan : tido tido

hizami : meh tido meh

AkU said...

huhuuh..leh gune fact ni kalo kantoi ngan lec..hehehe..

i'm shin... i'm inesen said...

aku : amik point k... xpon suh dia bca entri ni... ada xcuse! kn kn!

||| PöJìé PööH ||| said...

erm, betul².. mmg disarankan tido tghari dalam stgh jam utk refresh n regenerate tenaga/ otak!
Pojie selalu macam tuh, klo xthn sgt minta izin boss, dia mengerti.. klo idak masukl toilet tido la kejap, lantak!
ditnya knp lambat dlm toilet? ckp sembelit.. hahahah!!

eiii Shin sexy nyer! puting besar lak tuh!! **larekkkk!!

i'm shin... i'm inesen said...

pojie : amboiii.. tergamam tido dlm toilet... tersiksa org len tunggu turn..

*x penah jadi bapak susuan lagik ni.. nampak besar sbb teknik camera kot..agagaga~

ikanbilis said...

shin cakap bila tido tak suka dikacau.. kalau dipeluk lak camne? ngehe..

mari lah bertido kejap ngantuk ni dah la hujan dah..

i'm shin... i'm inesen said...

ikanbilis : dipeluk ek??? hmm leh kot.. tp jgn usap2.. rimas.. lemas

haNIz said...

cam ne nk tdo kejap..
bgun pn da tghari..
takkn nk amik nap..
hahha

ezam said...

informOtifff nieh~

i'm shin... i'm inesen said...

haniz : kuat membuta ek

ezam : take note~

AkU said...

kena gak hempuk ngan lec..lol..

Vee Violet ~vLockheart~ said...

oh yeah... sangat betul...
: )

i'm shin... i'm inesen said...

aku : agagagaga.. x dapek den nak nolong

vee : betul betul betul

H@n$ Xy said...

hok4...suka tido ptg actually...pasni kenalh tido waktu tgh hari..he4...

i'm shin... i'm inesen said...

hans : bagus bagus.. jgn tido pepetang ek

Terry ♥ said...

tidur petang tak eloks2... dalam islam pon cakap kan..
tapi rasanya kalau dah terlampau letih..tak salah agaknya kot...

emm.. sama la.. tak suka orang ganggu bila titow.. kalau kacau..mesti buat tataw jerr..
lagi2 kalau tak cukup titow..kacau jer terry..kena lah tomahan and makian terry yang penuh ngan kata-kata indah itew...

shin tak suker tidur dalam gelap? kenape plak?

untuk terry..kalau tidur dalam gelap lagi senang nak tidur sebab takde distraction, lagipun rasa tenang.. :) .

P/S : lampu silau. tak sker.!

i'm shin... i'm inesen said...

terry : x silau... sbb shin tido suka letak tangan kat dahi... so kalis silau ler.. huhu

Terry ♥ said...

naper tak beli jer penutup mata dari kedai gift shop tu? ala..pernah gi SnJ gift shop tak??? hee~

Mie said...

ngantok Shin..joom tdo...

zayani zidane said...

semalam tertdo dari pukul 9 malam samapi 10 pagi ni..arghh sakit badan

rAy jR...@...Aliff said...

mak aiii..pkai baju weyyy...aurat2..kakaka

i'm shin... i'm inesen said...

terry : x yah ada benda alah tu pun leh tido

mie : jom jom jom

yani : perghhh kuat membuta ek

ray : adoiii.. aurat shin pusat sampai lutut ja