Friday, July 16, 2010

Al-Kisah : Ramadhan tahun ni tak kesorangan lagi


haaa... mudah mudahan Ramadhan tahun ni shin x 'kesorangan' lagi ngee... ececeh.. tiap tiap tahun bepuasa ngan family, kesorangan apanyer plak kan... tp kalo dah berkapel sure lagi best huhu.. kan kan kan.. actually entri kali ni shin tujukan khas kat nenek Wook Kundur.. kalo korang pernah terbaca kat entri sebelum ni... shin ada menulis beberapa entri pasal nenek Wook ni.. dari start dia kawen.. sampai la last episod duka nenek ni masa suami dia kena tangkap tahun lepas, masuk pusat pasal dadah..

p/:s : entri lama Nenek Wook ( Cinta Di Hujung Usia )

selepas 12 bulan 8 hari, suami nenek Wook ni di tahan.. akhirnya smlm dia di bebaskan.. dan masa sebelum Raya tahun lepas, shin ada siarkan entri pasal kesunyian makcik Wook berpuasa ngan beraya tanpa suami.. tahun ni, nenek Wook dan sunyik lagi.. Alhamudlillah...


BESUT - "Lepas ni saya nak belajar pondok untuk mendalami ilmu agama." Itu luahan pertama Mohd. Noor Che Musa, 38, suami kepada warga emas, Wook Kundor sebaik sahaja dibebaskan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Besut di sini semalam.

Sejurus dibebaskan, Mohd. Noor yang kelihatan sayu meninggalkan pintu utama Puspen menadah tangan tanda syukur sambil berniat mahu mengubah nasibnya demi masa depan diri dan isteri.

"Sepanjang ditahan, ingatan tak lekang kepada dia. Selepas ni saya nak ke pondok untuk mendalami dan tumpu pada ilmu agama selain mencari pekerjaan yang sesuai bagi menyara kehidupan kami suami isteri."

"Saya janji tidak akan terlibat dalam sebarang bentuk penagihan dadah. Selepas ini, saya mahu menghabiskan banyak masa bersama isteri tersayang dan mahu menjaganya dengan baik," jelasnya.

Selain itu, dia juga berazam mendekatkan diri dengan orang ramai dan surau supaya tidak berasa terpinggir dalam masyarakat setelah keluar daripada Puspen.

Dalam pada itu, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan yang sentiasa rindu dan bimbangkan keadaan kesihatan isteri tersayang selama proses dia menjalani pemulihan di Puspen itu.

Sebelum ini, kisah perkahwinan lelaki itu dengan wanita yang 70 tahun lebih tua daripadanya lima tahun lalu dan perkahwinan kali ke-23 bagi warga emas itu mendapat liputan meluas media seluruh dunia.

Sumber Berita dari Bernama

moral of the story : hmm akhirnya penantian nenek Wook menunggu suami dia pulang ke sisi berakhir semalam.. akibat najis dadah mereka terpisah, dan atas pemintaaan nenek Wook, kerasa sayangkan suami dia.. dia rela suami dia ditahan.. dia nak suami dia berubah..

walaupun, harta nenek Wook yg sedikit tu pun kena kebas dek suami utk mendapatkan bekalan dadah.. nenek Wook tetap sayangkan suami dia.. hmmm dasat kan...

tp kita xleh nak elak la.. pandangan masyarakat terhadap orang yg kuar dari pusat pemulihan ni.. kalo x kena gaya mau stress... tu la pasal ada yg kembali menagih dadah.. bila masyarakat tak mo terima, kawan kawan lama plak yg dok offer kembali ke pangkuan najis dadah.. haaa.. mula mula elak... lama lama terjebak... isk isk isk..

shin cuma doakan yg baik2 jer untuk nenek Wook ngan suami dia.. semoga terus sihat.. Puasa pun dah dekat.. jgn wat perangai... semoga suami nenek Wook ni tau dan sedar dek untung.. punya la orang tua tu baik kat dia.. jangan la buat hal lagi... kalo masyarat tak mo terima.. haa paham paham jer la.. itu la nilai yg dia kena bayar atas perbuatan dia yg menyalahi agama dan undang undang... byk byk la berdoa agar di beri kekuatan ek.. semoga berbahagia hendakNYA

sekian~

selamat menyambut bulan Ramadhan utk nenek Wook dan suami :)

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

4 comments:

Prince Patrick said...

Mari kita sama2 doakan untuk nenek tu...

Fauzzan Helmy Anuar said...

Ingatkan yang tak keseorangan. Nenek Wook rupenya. Baru nak nyanyi lagu Mengenangmu, tapi tak jadilah. Huhuhuhuhuhu
=D

i'm shin... i'm inesen said...

patrick : mudah mudahan ek~ amin!

i'm shin... i'm inesen said...

fauzan : thankz... tujukan shin lagu laen lak ek ngee~