Thursday, July 22, 2010

tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima


NINGBO - Seorang pengemis di China, Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam - akhbar mana.. ntah x tau ler... huhu

Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.

Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet.

Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.

Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan.


pakaiannya semasa dia jadi pengemis turut menjadi ikon fesyen

Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru.

Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta). Filem tersebut akan menjalani penggambaran pada September depan dan ia dijadualkan ditayangkan pada Februari 2011.

Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.

Saudara-maranya menyangka dia mati sehingga mereka melihat imej-imejnya di Internet.

Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini. - Agensi

moral of the story : asal muka tu lawa skit... haa letak la kat mana mana.. mmg mudah menarik minat org lain... hmm macam kes pengemis ni ler.. muda muda dah jadi pengemis... nak dpt keje susah kot.. xde bawak sijil semua.. org skrg pun kalo nak bagi keje, bukan pandang sijil jer.. tp dia pandang penampilan dari atas sampai bawah.. haa lagi menyampah... main org dalam.. suku sakat sedara mara dia jer yg keje situ... menutup peluang org lain... xper rejeki Allah tu luas.. kan kan

so kiranya.. bernasib malang la pengemis pengemis yg xde rupa.. yg selekeh lagi busuk.. sbb xde peminat.. xde sapa nak derma utk dia... ramai ramai kumpul duit utk mulakan hidup baru... kannnn... lagikan nak amik jadi model.. hampeh.. nak tolong org pon ada diskriminasi.. jgn x tau...

kan bagus.. kalo semua org ada kesedaran.. bantu la semua org x ikot rupa.. bayangkan ler.. sorang derma seringgit.. haaa mungkin semua org mampu nak kuar kan seringgit kan.. kalo sejuta org derma seringgit dah dapat baper... pastu aim la pengemis yg ada kat luar sana... atau org miskin.. bagi bagi duit tu.. dapat la sorang 25 ribu ker.. mulakan hidup baru... kan... bole kan...

tp skrg ni... kalo kat Malaysia la.. yg pengemis ni mcm ada sindiket kot.. ada org hantar.. shin penah tengok sendiri.. mcm mana budak2 kecik pompuan.. dok mengemis.. mintak2 duit org... pastu kalo x bagi.. dia leh plak wat aksi kurang ajar.. shin rasa tu bukan pengemis tu..

mostly kat kedai2 makan ler.. tgh dok nak makan.. datang ler sesama mintak duit.. atau lebih enak di panggil mintak derma.. haa.. tiap2 hari dia wat camtu.. mau kaya... tu lom yg mintak derma kat stesen minyak... aduhai...

camne agaknya kalo yg mintak derma tu.. muka mcm Ziana Zain, muka suci mcm Mawi, muka cute mcm Dafi.. sure org x agak agak nak bagi 10 hinggit kan... tp kalo muka mcm x semegah mana.. org buat x paham jer... hmmm..

org Malaysia mmg prihatin.. tp jgn sbb rasa nak buat baik tu.. sampai kita tertipu ek.. bantu lah pada yg betul betul memerluka... derma pada saluran yg betul.. lebih elok kita bantu ahli keluarga kita dahulu.. kalo ada rejeki lebih baru kat org len ek..

skrg ni bulan Sya'ban.. elok la bersedekah semua kan... nnt masuk bulan Ramadhan.. lagi la elok... berlipat kali ganda pahalanya... semoga kita x leka ek... ni la peluang kita menyimpan dana saham akhirat.. amin~

p/s : tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima

sekian~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen