Monday, June 15, 2009

Al-Kisah : belasah ibu sampai tergolek


sumber : Harian Metro

KUALA LUMPUR: Berang dimarahi kerana menjadi ‘anak ikan’ kepada pengamal seks songsang, seorang remaja berusia 13 tahun membelasah ibunya berusia 38 tahun menggunakan buku lima di rumahnya di Gombak, di sini.

Difahamkan, tindakan biadap remaja lelaki itu memukul wanita yang juga ibu tunggal disebabkan dia melarang anaknya meneruskan hubungan songsang dengan seorang lelaki berusia 20-an yang menjadi kekasihnya sejak lima tahun lalu.

Rahsia percintaan terlarang pasangan itu terbongkar apabila ibu remaja berkenaan menemui wang yang banyak dalam simpanan anaknya itu.Perasaan pelik yang menyelubungi wanita itu terjawab apabila anak bongsu daripada tiga beradik itu mengakui ‘dibela’ kekasihnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, berlaku pertengkaran antara dua beranak itu apabila wanita berkenaan menegur anaknya supaya meninggalkan kerja terkutuk terbabit.

Sumber berkata, pertengkaran kira-kira 10 minit itu bertukar ganas apabila remaja terbabit hilang kawalan lalu menumbuk muka ibunya.

“Tidak berpuas hati, remaja itu menyarungkan buku lima dan menumbuk sekali lagi muka ibunya.“Wanita terbabit terpelanting sebelum terjatuh dan terkedu kerana tidak mempercayai perbuatan anaknya itu,” katanya.

Menurut sumber, remaja itu kemudian melemparkan kata-kata kesat selain mendakwa wanita itu tidak layak menjadi ibu kandungnya kerana tidak mampu menyediakan segala yang diingini.

Sumber berkata, hubungan songsang itu dipercayai sudah terjalin sejak lima tahun lalu dan bayaran lumayan diberikan kepada remaja berkenaan setiap kali melayani nafsu lelaki itu.

“Perasaan curiga mengenai perbuatan anaknya itu juga sudah lama dirasai wanita terbabit yang mendakwa pernah melihat kesan merah pada leher seperti ‘gigitan cinta’ namun mendiamkan diri kerana tiada bukti,” katanya.

Akibat dibelasah, wanita itu cedera di kepala dan difahamkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini.


*****


Moral of the story :-

hmmmmm... kannn baru shin bukak entri pasal gado ngan parent.. arini kuar paper la plak... tp melampau la tindakan budak ni.. sampai hati dia pukul mak dia sendiri... aishhhhh..

kalo pon shin marah.. mungkin shin melawan sekiranya betujuan untuk mempertahankan diri kalo tetiba di pukul atau di serang dalam keadaan yg merbahaya.. even orang tu ahli keluarga shin sendiri.. tp dalam kes ni... sangat la melampau rasanya..

shin dok bayangkan.. budak ni baru jer umo 13 tahun.. so kalo dia dah mula menjadi anak ikan 5 tahun lepas.. so.. budak tu dah hidup songsang masa umo dia 8 tahun.. uiks.... muda lagik tu... kenapa ehhhh..

atau pun family dia jenis porak peranda... atau dia dalam trauma.. atau desakan hidup melarat.. yer la.. sebab duit apa jer bole jadi kan...

tp shin kesian la.. kat mak dia.. kat budak tu sekali... dia stress.. mungkin lepas ni dia kena hantar pusat Juvana.. pastu bf dia kena tangkap dan di hukum atas melakukan seks luar tabi'e dengan kanak kanak.. pastu mak dia mesti malu... insiden ni jiran jiran.. sedara mara dah tau... hmm mungkin masa mak dia sound anak dia... jenis sound x hingat dunia.. dok marah berapi api.. si anak plak.. tension.. terus marah.. dan hilang kawalan diri... so byk la spekulasi nya..

nampaknya.. kesimpulannya.. bila kita tengah marah.. mungkin kita tak pikir apa yg kita buat.. apapun ia bebeza dengan orang yg mmg ada perangai panas baran... yg tu mmg susah nak di terima... aishhhhhhhh...

so korang.. jgn jadi orang yg ada sindrom panas baran ek....... sekian~


m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen

4 comments:

naqiubex said...

Hmm.. makin tak senonoh.. apa nak jadi nih..

hanis said...

apa nak buat...
kadang2 menyirap juga nak layan org tua nih
tapi kita kene sedar...
org tua kita bukan maksum...
mereka pun manusia biasa yg buat silap
maka kita pun takde hak nak menderhaka
dan tidak dihalalkan untuk berbuat demikian

i'm shin... i'm inesen said...

naqiubex : berat mata memandang.. berat lagi bahu yg memikul.. wahhh..

hanis : betul betul betul... cuma tahan x tahan jer la ek...

Comic Lover said...

Mmmm... antar kat sekolah henry guney nnti, budak tu bertambah parah mindanya... manalah tau boleh jadi pembunuh plak bila dewasa nnti... cara terbaik... HALAU aje dia dari umah... biarkan dia pegi... mampus bersama kekasihnya... boley?