Friday, April 23, 2010

sumpah.. shin x nakal


tetiba dapat sms, kenapa shin bikin entri separa lucah pagi tadi... adehhhhhhh... teruk sgt kah entri shin yg satu tu?? shin cuma nak sampaikan kat situ, moral of the storynya.. jgn buang bayi.. even dah bersedap sedap cinta, pastu besedap sedap buat sex.. meant.. entri tu.. entri anti buang bayi.. harap maklum~

p/s : ok x alasan shin ni.. inesen kan~

baiklah... shin ngaku shin sedikit nakal.. sangat sikit ek.. x melampau lampau.. huhu tp shin sgt teruja kalo cite bab agama ker.. pasal TG Nik Abdul Aziz ker.. pasal Kelantan ker.. huhu... ntah.. suka..

arini shin nak kongsi berita satu ni.. berlaku kat negeri Kelantan, pasal budak budak skolah pondok ngee~

KES 1


KOTA BHARU, 19 Jan (Hrkh) – Seorang pelajar pondok sanggup memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar. Sedangkan ketika ditahan polis beliau memakai serban.

Ahmad Nasir Darus, 27 memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A’Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari. Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara.

Pada 20 September dua tahun lalu Ahmad Nasir disaman di Jalan Pasir Tumboh atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.

Beliau disaman kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama.

Prosiding itu berlangsung di hadapan Majistret Tengku Amalin A'ishah Putri Sultan Ismail Petra selepas pelajar Madrasah al-Diniah al-Bakriah, Pusat Pengajian Islam Pondok, dekat Pasir Tumboh, Ahmad Nasir Darus,27, mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan tidak memakai topi keledar, jam 6.30 petang pada 20 September 2007.




KES 2
TUMPAT 22 April – Mahkamah Majistret Tumpat di sini hari ini membebaskan dan melepaskan lima pelajar sebuah sekolah pondok atas kesalahan tidak memakai topi keledar tetapi sebaliknya memakai serban ketika menunggang motosikal, dua tahun lalu.

Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes tersebut.

Sebaik sahaja Raja Norshuzianna Shakila selesai membacakan penghakimannya, kelima-lima pelajar itu Adli Abd. Halim, 22; Ahmad Hafiz Shaari, 24; Mohd. Hafizul Mohamad, 22; Mohd. Azam Mohd. Arifin, 24; dan Che Mohd. Noor Che Soh, 28; kelihatan sebak dan beberapa daripada mereka mengalirkan air mata.

Kelima-lima pelajar Pondok Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah, Gelang Mas, di sini, ditahan dalam sekatan polis di Kampung Geting, dekat sini, pada pukul 12.30 tengah malam, 28 April, 2008, semasa dalam perjalanan pulang dari menghadiri upacara sembahyang jenazah di sebuah masjid.

Mereka didakwa mengikut Kaedah 4 (motosikal topi keledar keselamatan) 1973 dan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibaca bersama Seksyen 128(1) akta yang sama. – Bernama

***end***

moral of the story : mungkin kalo ikot keselamatan, memakai topi keledar tu lebih utama bebanding memakai serban.. jangan cakap shin menolak sunnah Nabi, tp kita kan mengikut peredaran zaman. Masa zaman Nabi S.A.W, xde motosikal, pengangkutan utama unta, kuda atau mungkin ada haiwan lain. So, xde la rempit rempit ni kan.. makan jarang la ada kemalangan yg meragut nyawa..

tapi yg buat shin tertanya tanya, masa polis dok tahan budak budak yg berserban ni semua, camne agaknya cara depa memandu, secara berbahaya ke ? i meant rempit.. atau depa ni bawak moto elok elok jer.. tp shin pasti depa mesti bawak elok punya.. orang yg mengikut sunnah Nabi katanya.. tak mungkin buat sesuatu yg memudharatkan orang lain..

lagi pulak diaorg balik dari solat jenazah, atau mungkin baru balik dari mencari ilmu, bagi la kelonggaran. Jadikan faktor keadaan sebagai timbang rasa.. x yah la jadi kes camni..

kalo shin la... di beri pilihan untuk pakai serban ngan helmet.. shin xde ragu ragu pilih pakai serban. Bawak moto pun kawasan dekat2 situ gak.. melainkan shin lalu highway, sure la shin tanggal kan serban, shin pakai helmet.. ikut keadaan la kan...

lagi satu.. bila kita pakai serban, automatik kita pon akan menutup aurat, takkan nak pakai suar pendek bawak moto.. tp pakai serban.. tul x?? sure la kita pakai elok elok.. jadi pakai serban bole beri perubahan dari kita x menutup aurat.. terus tutup..

pompuan lagi la... tp pompuan x pakai serban la.. pakai tudung labuh2.. tudung batman.. x kan lagi nampak pompuan dok pakai ketat ketat mcm nak jadi minah rempit.. cuma kalo pompuan pakai tudung, leh sarung helmet sekali kannn.. huhu

so.. camtu la kesah serban arini.. semoga jadi teladan kita bersama.. walau di mana kita bawak kenderaan, sama ada pakai serban ker, pakai helmet ker, togel ker.. hati hati selalu.. kalo kita x sayang nyawa sendiri.. pikir la nyawa org lain..

sekian ek~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

9 comments:

achik ezam said...

terbaeekkkkkk entry nie shin...

sokong your opininon tuh...

i'm shin... i'm inesen said...

ezam : *malu

Fauzzan Helmy Anuar said...

Terfikir, apa yang melampaunya entri pagi tadi tu. Biase aje. Hurm pasal entri baru Shin ni, Mie sokong. Betullah tu kot. Tapi kan Shin, malang tak berbau macam bau bedak tu, sebatu dah boleh bau. Mane tahu jatuh tengah jalan. Kalau pakai serban ada possibility nak tertanggal, kepala terhentak kat jala. Kalau pakai topi pelindung keselamatan kepala kan selamat sikit. Kita bawak moto elok-elok, orang lain bawak kenderaan elok cam kita tak? =)

Mie baru perasan, kita ada susuk cantik atas bibir dekat tempat yang sama. Tengok dalam FB. Hahahahah. Nyte!

i'm shin... i'm inesen said...

fauzzan : iyer.. yg xcident pakai helmet pun leh 'kiok'.. pokok pangkal daun akar.. bawak hati2..

susuk cantik??

Hizami Li said...

ya.
rasa tak salah pakai serban.
hurm.

Han$ Xy said...

ho4..serban vs helmet...pasni tak ragu2 kot nak pakai serban jln2 kat kg han..he4..ermm...pepom..entri ni mmg okay ar~~wink2

lanz_evo7 said...

shin x baik main2 sumpah..takut sumpah tu memakan diri nti.takuttt nye!!! lalala~

AkU said...

tak pakai pe2 pown best gak..an...

i'm shin... i'm inesen said...

hizami : betul betul betul.. teringat rupa bentuk hizami pakai serban masa raya.. chomey ngee~

hans : han try ar pakai serban ek.. tepek gambo kat blog

lanz : sumpah tu lapo sgt ker??

aku : gatai.. renyam lak dia