kawan kawan.. korang penah kena sakit tekak tak?? huh? x penah!! ish korang ni robot ker apa...
malam tadi shin ngan inesennya pegi klinik.. baru baru ni.. rasa macam x sihat.. nak telan makanan sakit.. even nak telan air liur pun sakit.. semalamnya lagi paling kronik ler.. nak kuarkan suara pun rasa perit.. kesakitan tu lebih terasa time bangun tido.. adehhh sakit sakit sakit...
bila turn jumpa doktor.. shin bagitau la apa problemnya.. actually shin dah leh agak yg tonsil shin problem.. bengkak.. yeah.. tepat dugaan shin.. bila doktor bagitau tonsil shin bengkak.. tp peliknya xde rasa demam.. actually tahun lepas kerap juga shin kena sakit ni.. ada la 2-3 kali.. bila doktor check balik laporan kesihatan shin yg lepas lepas.. dia dapati shin mudah kena radang tonsil.. risau juga dibuatnya.. lebih lebih lagi doktor bagi tau.. kalo dalam setahun kena lebih 6 kali.. dinasihatkan untuk buat operation... erkkk adoiiii takutnya~
so kena la Rm35 malam tadi.. dapat ubat demam ngan antibiotik utk redakan radang tu.. sib baik shin x demam... kalo demam.. mau kena masuk ubat bontot huhuhu tidakkkkkkkk! i'm still virgin~ hik hik
so shin terpanggil nak bagi info kat diri sendiri dan kengkawan pasal penyakit radang tonsil ni.. jom kita baca sama sama ek..
***
Apakah itu Tonsil?
Tonsil adalah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-
1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.
Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?
Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.
Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.
Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?
Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.
Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur
Komplikasi Radang Tonsil
Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun ( tapi kenapa shin kerap kena??? )
Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).
Perawatan Radang Tonsil
Ubat antibiotik akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin. Kadang-kadang doktor juga memberi antibiotik dari jenis cephalosporin atau erythromycin. Doktor amat jarang memberi antibiotik bertenaga nuklear seperti Zithromycin atau Augmentin kerana kaedah perubatan mengamalkan prinsip memberi antibiotik yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat.
Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati.
sumber : Doktor Azwan
***
camtu la serba sedikit info pasal radang tonsil ni.. kalo korang rasa kurang sihat.. pi la jumpa doktor.. pastikan korang aim dulu.. doktornya mantap, service meletup, ubatnya mujarab, harga plak x menyentap hehehehe... apapun.. kita berusaha Tuhan yg menyembuhkan ek.. dah dapat ubat jangan plak buat perhiasan.. makan sampai abis..
sekian dulu la yer~
m(^o^)m
* i'm shin.. i'm inesen
4 comments:
pastikan nasihat tu sendiri pun gunapakai aaa... :P
ek eleh.. tau la.. ingat orang ni budak kecik ker??
alaarrr.. marah lak dia. ye lar ye lar, kita tk yah risau kat dia lg.. dia dah besor :(
eh korang ni gaduh mcm suami isteri sajork!!! dh tu!!!!
pki cara tradisional jer lah minum air asam jawa... pas tu kurang minum air gula...
alah msuk ubat kut bontot bkn sakit sgt, lain kalau doctor tuh masukkan anu dier kt c2 Opsss...
Post a Comment