Wednesday, March 25, 2009

Nostalgia - Uji Rashid



..indahnya sungguh di hari raya.. ramainya orang bersuka ria.. adik ku manis.. cantik bergaya.. bolehkah abang ikut bersama....

..usahlah abang membuang waktu.. mari menuju ke rumah bonda.. sanak saudara sedang menunggu.. di hari mulia bertemu mesra....

tu dia..lihat bait lagu ni.. sapa yg x kenal kan... lagu Seloka Hari Raya.. lagu wajib tiap kali nak raya... kalo dengar sure mood nak raya tu datang.. mau taknya.. dengar suara lemak merdu empunya penyanyi.. melonjak lonjak semangat nak raya.. itu la hebatnya penyanyi wanita popular Malaysia satu ketika dulu.. Uji Rashid....

Uji Rashid antara penyanyi yg sangat shin minat.. suara dia.. lakonan dia.. semuanya shin suka.. kali ni.. untuk entri artis pilihan melalui slot Nostalgia.. shin pilih Uji Rashid untuk tatapan kengkawan semua.. shin sertakan sedikit cerita tentang artis kegemaran shin ni.. x banyak info yg shin dapat.. kasihan.. artis hebat macam Uji Rashid ni... ceritanya di pandang sepi.. xde orang nak tulis kisah dia kat website.. nanti bila dah arwah.. baru la sibuk... nak buat biografi la, tribute la.. filem la.. nak bagi tittle datuk.. hampeh~

jom baca baca...

Fuziah Hj Haroun Al Rashid atau lebih dikenali sebagai Uji Rashid merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia yang terkenal pada zaman kegemilangannya dan sehingga kini nama Uji Rashid setiasa terpahat di hati peminat dan pengiat seni tanah air.

pembabitan Fuziah Harun Al Rashid dalam bidang seni bermula pada zaman persekolahannya iaitu pada awal 70-an. Ketika itu dia yang belajar di sekolah perempuan dan meminati aktiviti sukan ini didesak oleh rakan-rakan sekolahnya untuk menyertai sebagai penari kebudayaan sekolah. Biarpun sekadar suka-suka, beliau seterusnya tidak ketinggalan menyertai pertandingan tarian dan pada masa sama mula berjinak-jinak dengan teater.

boleh dikatakan apa jua cabang seni yang disertainya, sama ada tarian dan lakonan serba menjadi.. lantas membuatkannya mencuba nasib dalam pertandingan nyanyian yang berlangsung di Panggung Anniversary Kuala Lumpur dan berjaya meraih tempat ketiga. Bersama rakannya, Fauziah Nawi, mereka memberanikan diri menyertai Pertandingan Bintang RTM tetapi yang ado..tak mencapai sebarang kejayaan. kira kes Sarah Raisuddin ngan Misha Omar la ni
psst : gamaknya Uji Rashid aka Misha, Fauziah Nawi aka Sarah la kannn huhuhu sedey~

biarpun tidak berjaya, bakatnya dikesan Ahmad Nawab dan berikutan galakan yang diterima daripada penggubah terbabit, Uji merakamkan empat lagu di sebuah studio di Singapura tetapi lagu berkenaan tidak diterbitkan. Pesal lak kan.. takkan karam kat tambah Johore kot.. atau x lepas dek kastam.. aiyooo...


nasibnya berubah selepas itu sebaik saja bertemu Jamil Sulong yang secara kebetulan mengajaknya membintangi filem baru berjudul Permintaan Terakhir bersama Nozie Nani, Sani Abdullah dan Yusof Haslam ( hensem mamat ni masa muda muda ngee~) Tuahnya kemudian cukup menyerlah di layar perak. Apabila filem pertamanya itu mendapat sambutan hangat di pawagam dan namanya semakin menjadi sebutan, barulah lagunya yang pernah dirakamkan dulu diedarkan sekali gus meledakkan lagi popularitinya sebagai bintang baru.

sama ada lakonan mahu pun nyanyian, kedua-dua bidang ini cukup sinonim dengannya. Dia dianggap sebagai bintang idola yang menjadi ikutan ramai. Sebut apa saja, fesyen pakaiannya, fesyen rambut.. hingga ikan di pasar pun digelar Ikan Uji Rashid dek matanya yang besar.. kannnn glamer.. kalo jaman ramai ni orang pompuan kuat pegangan agama ( ops! ) sure dah ada tudung Uji Rashid kannn huhu.. ingat tundung Ikin ngan CT jer ado~

psst : tp memang betul zaman dulu... 50an sampai awal 80an.. memang pompuannya seksi abishhh.. baju ketat... sendat.. melekat kat badan.. huhuhu x caya.. korang tengok la gambo gambo lama mak korang ( kalo ada la )

filem lakonannya yang cukup berkesan ialah Jiwa Remaja, Yasin, Langit Tidak Selalu Cerah dan Dendang Perantau. Uji juga merakamkan lebih puluhan piring hitam (EP), cartridge dan album termasuk berduet dengan Hail Amir dan DJ Dave. perghh ensem siot mamat dua orang ni masa muda muda dulu.. aish.. agak agak kalo ada Blue Boy ngan La Queen jaman tu.. ada x muka muka Yusof Haslam.. Hail Amir ngan DJ Dave dalam tu.. huhuhu DJ Dave maybe kot.. iyolah sbb dia jadi DJ.. kannn! wahhhh korang fantasi lelebih plak! shin jugak yg inesen...

semasa EMI mula serius dalam industri muzik Malaysia pada tahun 1975, Uji Rashid merupakan salah satu artis yang pertama merakamkan album penuh. Empat album terawal Uji Rashid berjaya terjual melebihi 30,000 unit menjadikan Uji Rashid sebagai salah satu artis yang paling laku pada waktu itu





antara album yang dihasilkan ialah Semakin Hari Semakin Sayang, Antara Matamu Dan Mataku, Ku Kekosongan, Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu, Hujan, Mengapa Derita Yang Dicari, Ku Kejar Bayanganmu, Merpati dan Bisikan Hati.

satu-satunya pesanan arwah Saloma yang hingga kini masih kekal dalam ingatan Uji Rashid ialah mencari identiti sendiri apabila ingin bergelar penyanyi. Pesan arwah "Hanya dengan mempunyai gaya serta cara tersendiri, seseorang penyanyi akan lebih mudah dikenali dan dihormati. "Kalau meniru orang lain, peminat akan ingat penyanyi asal. Jadi bakat kita akan tenggelam.''

Uji Rashid mula mengenali arwah Saloma ketika usianya belasan tahun dan masih di bangku sekolah iaitu sekitar hujung 1960-an. Ketika itu, Uji mula berjinak-jinak sebagai penari dan membuat persembahan di Shah's Motel, Petaling Jaya ketika arwah Saloma menyanyi di situ. Malah apabila Uji menjadi penari Kumpulan Budaya Negara (kini Akademi Seni Negara), arwah pasti dijemput sebagai penyanyi undangan. Pada waktu itu, Hail Amir turut serta dalam kumpulan tarian itu.

Uji Rashid adalah antara penyanyi yang sering diundang Saloma untuk sama-sama menyerikan persembahannya. Apabila Uji mula menyanyi, Saloma banyak memberi perangsang malah mengetengahkan bakat penyanyi muda itu kepada EMI. Padahal Uji Rashid tidak begitu meminati bidang nyanyian. Sebelum lagu Mengapa Dirindu di nyanyikan semula.. Uji Rashid meminata keizinan penyanyi asalnya terlebih dahulu.. Saloma merupakan penyanyi asal lagu tersebut. Saloma memberi keizinan tetapi bersyarat, Uji perlu membawanya dengan gaya sendiri dan tidak merosakkan lagu itu. Apabila album itu siap dirakamkan, Uji Rashid memberinya salinan. Saloma memuji kerana lagu tersebut di bawa dengan gaya tersendiri Uji Rashid. Uji yang turut merakamkan semula lagu popular Allahyarham seperti Jikalau Abang Merindu, Aku & Dia dan Bintang Malam.

Uji banyak berkongsi suka duka dengan Saloma. Malah dia terkilan dengan sikap sesetengah promoter pertunjukan ketika itu yang tidak menghormati arwah sebagai penyanyi veteran.

"Kami pernah dibayar dengan note seringgit. Bayangkanlah, betapa tebalnya wang yang kami terima. Dah jadi satu kerja pula untuk mengiranya. Simpati melihat keadaan arwah yang ketika itu sudah lemah. Hail Amir menyuruh Saloma berhebat.. selepas habis mengira, Hail menyerahkan wang tersebut kepada Saloma.'' Hmm nasib baik note seringit.. kalo sen sen.. mau pengsan dok ngira...

"Kami juga pernah ditipu promoter. Satu sen pun bayaran tidak kami terima ketika mengadakan persembahan di Sabah. Arwah sempat berpesan, jika saya ke situ, tolong minta wang yang dijanjikan. Hingga dia menutup mata, wang itu kami tidak pernah dapat.''

begitulah kisah pengalaman beharga Uji Rashid bersama biduanita Saloma yg di gelar MAMA.


pada zaman kegemilangan Uji Rashid.. namnya sering di kaitkan dengan Hail Amir dan D J Dave.. ramai dok gosipkan mereka sebagai pasangan kekasih.. banyak spekulasi mengatakan Hail Amir dan DJ Dave saling cuba memikat hati Uji Rashid.. namun sehingga sekarang.. masing masing memilih pasangan hidup sendiri... sib baik Melodi xde jaman tu.. kalo x.. sure dah kena terjah kann~

banyak lagu dendangan Uji Rashid malar sagar sehingga ke hari ini.. antara yang popular Ku Ingin Selalu Di Sampingmu, Ku Kekosongan, Mengapa Dirindu, Antara Matamu Dan Mataku, Rintihan Rasa, Semakin Hari Semakin Sayang, Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu dan banyak lagi... tp tetap lagu Seloka Hari Raya menjadi pujaan halwa teligan shin.. sampai bebila..

walaupun kehebatan Uji Rashid sering dibandingkan dengan Sharifah Aini.. malah, kelebihan tentunya lebih kepada Sharifah Aini.. namun Uji Rashid telah berada pada kelasnya yg tersendiri bersama peminat peminat suara nya yg tersendiri...

semoga Allah.. memberi kesihatan dan keselamatan kepada Uji Rashid agar terus menyumbangkan suara untuk peminat peminatnya.. tidak lupa..terus mendapat hidayah dan bahagia bersama keluarganya di dunia dan akhirat.. AMIN

sekian dulu la ek... len kali shin cerita artis lain plak...


m(^o^)

* i'm shin.. i'm inesen

3 comments:

Ri said...

:) raye tu jugak dia nk highlight ek? al maklum lar, org dah siap pilih kain utk buat baju raya, huhu...

AzAz said...

uji shantek, tapi anak dier...adussss... tongkang pecah Opsss

i'm shin... i'm inesen said...

azaz : aishh x bek kutut.. tp kalo kak uji kawen ngan hail amir ataopon dj dave.. sure anak dia lawa... ngee~