Elektrik percuma bawah RM20 dilanjut Disember 2010
KUALA LUMPUR 17 Dis. - Berita baik untuk rakyat berpendapatan rendah apabila kerajaan bersetuju melanjutkan program pengecualian pembayaran bil elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah untuk tempoh setahun lagi iaitu sehingga Disember 2010.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, secara purata seramai 1.05 juta pengguna domestik yang kini menikmati pengecualian itu setiap bulan terus menerima manfaat.
Jelasnya, program itu sepatutnya tamat pada hujung bulan ini, namun disebabkan kedudukan ekonomi yang belum pulih selain keprihatinan kerajaan terhadap rakyat berpendapatan rendah, ia dilanjutkan setahun lagi.
''Program ini telah diperkenalkan pada Oktober 2008 iaitu semasa pembentangan Bajet 2009,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Parlimen, hari ini.
Menurutnya, sejak program itu diperkenalkan kerajaan telah menanggung kos purata sebanyak RM11.95 juta setiap bulan.
''Sehingga September tahun ini, sebanyak RM143.4 juta telah dibayar oleh kerajaan untuk menampung kos pengecualian bil ini.
''Dengan persetujuan kerajaan melanjutkan program ini, ia bermakna kerajaan akan menanggung sejumlah kos tambahan iaitu sebanyak RM143 juta lagi," katanya.
***end***
hah macam mana??? suka tak??? so korang kena la berjimat cermat ek.. pastikan dalam sebulan bil elektrik korang x lebih 20 hinggit.. pandai pandai la korang manage penggunaan elektrik kat umah ek.. hmm suka suka suka~
sekian ek~
m(^o^)m
*i'm shin.. i'm inensen
7 comments:
klu nak percuma... pki tenaga solar lah... byr sekali je, mahalnya mak ooi, tapi percuma sepanjang idup... camner,,? nak?
setuju ngan AzAz, tenaga solar sebagai alternatif.. hehe.. tapi nanti TNB jadi bankrupt kalau semua orng guna tenaga solar... tak gitu? ngee~
*bil elektrik terry = Rm300+ ..
takder pengecualian la jawabnyer :(
azaz : shin nak yg pecuma jer.. x kisah la solar ker. tnb ker.. apa jer hehehe
terry : woaaaaaaaaa Rm300 sebulan.. kalo bil mcm tu kat umah ni.. abislah kena sembelih ngan mak shin ngee~
kan shin
nk yg percuma je kan?
hai-o
karl : *malu
err... shin sebenornya xde benda free kt dunia ni... smua mesti ada fee... :)
azaz : yg shin maksudnya.. elektrik yer... ngan air skali la.. kalo guna minimum.. mcm bawah Rm20.. x yah bayar.. so automaticly.. kita pandai manage penggunaannya.. jimat cermat
Post a Comment