Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH


yer... mungkin ada yg x amek tau. ada gak yg amek kesah.. bahawasanya.. 18hb December ni.. bersamaan dengan 1 Muharram 1431H ...seluruh umat Islam seantero dunia akan menyambut tahun baru.. awal muharram.. orang selalu dok sebut Maal Hijrah..

haa.. korang x reti reti nak amek kesah?? yg ramai teruja sekarang cuma nak nyambut tahun baru 2010 jer kan.. sampai x tau.. x perasan.. padahal seluruh umat Islam nak nyambut tahun baru gak.. adoii.. motip?? x peka langsung kan..

teringat masa skolah skolah dulu.. tiap kali sambutan Maal Hijrah.. mesti ada pertandingan nasyid.. huhu.. masa shin kekecik dulu. rajin gak masuk nasyid tau.. pernah dapat no 1 lagik.. ngee... hah jangan x cayer.. i'm the lead singer.. hehehe... pernah gak masuk petandingan bercerita kisah nabi nabi.. petandingan puisi la.. hahaha.. ruginya xde amik gambo dulu.. maklumlah.. camera susah nak jumpa..

ouh shin nak berkongsi info la pasal sambutan Maal Hijrah ni ek.. hopefully.. kita dapat membaca ngan tenang dan sabar.. mudah mudahan.. segala isinya akan menyerap masuk ke ronga ronga tubuh badan kita.. lantas mudah sebati ke dalam hati.. ngee~

alkisah - kesedaran umat Islam hari ini mengisi kedatangan bulan Muharam yang mulia ini dengan pelbagai amalan merupakan satu tabiat yang baik. Namun, peringatan Nabi s.a.w. di dalam urusan ibadah ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

justeru itu, dalam keghairahan kita menambahkan amal ibadah di dalam bulan Muharam yang mulia ini, marilah kita mengambil sedikit masa untuk mengkaji dan menyemak semula, adakah amalan-amalan yang kita atau masyarakat kita atau kerajaan kita lakukan itu menepati syarat-syarat yang telah digariskan oleh Islam??

di antara amalan-amalan pada bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih ialah:

1. Memakai celak pada hari Asyura dengan kepercayaan ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya.

2. Solat sunat yang khusus pada hari Asyura.

3. Mandi yang khusus pada hari Asyura dengan tanggapan dapat menghindarkan diri daripada sebarang penyakit pada sepanjang tahun.

4. Melebihkan pemberian seperti makanan, minuman, pakaian kepada ahli keluarga pada hari Asyura dengan harapan semoga akan dimurahkan rezeki sepanjang tahun.

5. Menyediakan makanan yang khas seperti bubur (bubur Asyura) yang dikaitkan dengan sunah Rasulullah s.a.w. atau disandarkan kepada peristiwa Nabi Nuh a.s. yang menyuruh para pengikutnya memasak daripada sisa-sisa makanan dan biji-bijian setelah mendarat dan selamat daripada taufan besar. Padahal ini adalah tanggapan yang tidak benar dan ia bersumberkan cerita-cerita dongeng Israiliyat.

6. Membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Tidak terdapat sebarang hadis sahih yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas, sebagaimana yang diamalkan oleh sesetengah daripada umat Islam.

As-Syiekh Ali Mahfuz menulis di dalam kitabnya al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida', dia memetik dari kata-kata al-Allamah Ibn al-'Izz al-Hanafi: ``Sesungguhnya tidak sahih daripada Nabi s.a.w. sebarang amalan pun pada hari Asyura selain puasa Baginda.

demikianlah beberapa contoh daripada amalan-amalan umat Islam di dalam bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih, mahu pun para sahabat dan para Imam kaum Muslimin.

justeru, jalan yang terbaik ialah dengan mengikuti sunah Baginda s.a.w. dan seburuk-buruk perkara pula ialah mencipta sesuatu yang baru di dalam urusan agama. Semoga kita semua diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. untuk mengikuti sunah Rasulullah s.a.w.

moral of the story : shin hampir saban tahun dok baca doa akhir tahun dan awal tahun ni.. even kat radio best 104 Johor pun siap ada siaran live lagi.. di baca oleh Mufti Besar Noh Gadut.. tu Mufti tu yg baca... hmmm camne eh..

bagi shin.. dalam doa tu xde unsur unsur yg di ragui atau memesongkan akidah orang Islam tu sendiri.. anggap je macam doa doa biasa yg kita baca selepas solat ker.. doa time kita susah hati ker.. doa time kita di timpa kesusahan ker.. cuma kita jangan anggap ianya macam doa yg wajib... mesti kita baca... ek.. dan kita jangan terlalu ambik pusing pasal fadhilat doa tersebut yg x tahu betul atau sekadar palsu...ek~


biasa orang baca sebelum masuk waktu Maghrib


biasa di baca.. betul betul masuk waktu Mahgrib

p/s : Kita yakin bahawa semua amalan yang dilakukan ini tidak lain dan tidak bukan kecuali di atas satu niat, iaitu semoga ia akan dimasukkan dalam senarai amalan soleh yang akan diberikan ganjaran pahala di akhirat kelak.. semoga kita tidak tergolong dalam golongan yg menyesatkan dan disesatkan.. AMIN

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah ek~

sekian~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

9 comments:

Comic Lover said...

x baek tuduh2 org taw... dosa... dosa ngan org akhirat nnti bru maap... taw tu... kalendar islam berselerak kt dinding umah... slmat menyambut maal hijrah kt shin...:P ada azam baru?

achik ezam said...

bulan hijrah cume ade 10 bulan je kan shin....cepat tuo lah nanti shin...

kolo ikot kelender masihi lambat sket...hahahhhaa

lanz_evo7 said...

shin..
slmt menyambut maal hijrah shin..
tapi moga2 kte akan jadi lagi bagus dr yg lepas huhu..

Adam said...

selamat menyambut maal hijrah~~~mari kita berhijrah ke arah yang lebih baik... huhuhu

Unknown said...

salam maal hijrah wahai shin ♥~
hoho.
mari lah kita lakukan perkara2 yang mendekatkan diri dengan allah dan cubalah jauhi perkara2 yang dilarangi. For the better of muslim worldwide gitu...

hehe.

:) I hope the next year is a fruitful and wonderful year for you.

lets leave the past behind and forge a new future. tak gitu shin? ☺

i'm shin... i'm inesen said...

azaz : azam?? hmm lom ada hehehe

ezam : bulan ada 1 jer huhu

lanz : sama ler ek

adam : semoga korang jadi lebih inesen dari sekarang huhu.. jgn lebey tokey udah ler..

terry : thankz terry.. same here la..

Faizal Sulaiman said...

selamat menyambut maal hijrah shin!

da ada azam baru ke?

Unknown said...

huhuh
amat bererti
selamat menyambut maal hijrah


*thank q utk info

i'm shin... i'm inesen said...

faizal : selamat tu you too.. azam?? hmm xde kot.. kekadang masa pertengahan tahun.. even dah nak abis tahun.. baru ada azam.. ngee.. lom rasa nak berazam skrg..

tengku fir : selamat selamat... great dapat berkongsi infro yer~