Thursday, August 19, 2010

cerita hari kesembilan puasa : jom bayar zakat


Assalammualaukum kengkawan... haa korang watpe tu?? puasa tak arini?? haa bagus bagus bagus... arini kita dah berpuasa hari yg ke sembilan.. kejap jer kan dah nak masuk 10 hari bepuasa.. haa.. awal awal memang la rasa lambat.. nanti tau tau jer dah nak raya.. kejap jer kan! kan!

haa kengkawan.. korang dah bayar zakat fitrah?? belum lagi?? ngee.. shin pon lom bayar lagi... hmm korang nak tau kadar zakat fitrah utk tahun 2010 ni?? ok! jom kita tengok baper ringgit zakat fitrah yg kita kena bayar untuk tahun ni..

kadar zakat fitrah 2010H/1431M

1. Selangor – RM7
2. Pahang – RM7
3. Perak – RM 7
4. Kedah – RM7
5. Pulau Pinang – RM7
6. Terengganu – RM5, RM7 & RM8 (berdasarkan nilai harga beras semasa)
7. Johor – RM5 (Beras biasa/beras hancur) dan RM7.50 (beras wangi)
8. Sabah – RM6.80
9. Negeri Sembilan – RM6.50
10. Melaka – RM6.50
11. Perlis – RM6
12. Wilayah Persekutuan & Labuan- RM7
13. Kelantan – RM7


Rasulullah s.a.w mewajibkan zakat fiitrah sebagai satu pembersihan bagi orang orang yg berpuasa dari perbuatannya yg sia sia serta perkataan yg kotor, dan ia nyasebagai makanan untuk orang miskin. Sesapa yg membayar zakat fitrah sebelum solat sunat Aidilfitri, maka ia adalah zakat yg diterima ( oleh Allah ) baginya, manakala sesapa yg membayarnya selepas solat sunat Aidilfitri maka ia dikira macam sedekah biasa.. ish ish ish.. ruginya~

untuk mengelakkan kita terlupa sebab lalai... sibuk nak prepare pasal raya.. baik kita bayar cecepat ek.. haaa kalau kita tak bayar zakat fitrah.. dikhuatiri ibadah puasa kita tidak lengkap.. camne Allah nak terima.. haa masih terapung apung lagi...

so.. lepas ni.. semua org dah tau kan berapa nilai zakat yg korang kena bayar.. semoga ibadah puasa kita tahun ni yg TERBAEKKKK~

so jangan la lengah lengah or buat buat lupa ek.. x elok tu... jom kita bayar sekarangggg~

selamat meneruskan ibadah puasa dan selamat berbuka puasa untuk semua kengkawan yg shin sayanggg... sekian ek.. jumpa lagi~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen