Tuesday, August 17, 2010

cerita hari ke tujuh puasa : tak serik serik


Assalammualaikum w.b.t... haa masa puasa ni.. kekadang teruji keimanan kita kan... ye la.. memasing dok lapo.. cpt naik hangin.. cpt emo.. ngalah pompuan period kena sengugut.. kalo x kena gaya.. mau ngamok mcm singa lapo huhu... sib baek la kengkawan yg shin sayang ni semua pandai kontrol perasaan kan! kan!

tp bila kita bukak surat khabar hari hari.. ada je berita yg buat kita rasa mcm hilang sabo... kes buang anak... kes simbah asid kat anak isteri.. kes tetak mati anak isteri.. macam macam lagi ler.. kasihan bila fikirkan orang orang yg dibuli, ditindas oleh suami dan lelaki durjana lagi malapetaka.. takkan la dorang ni x penah baca surat khabar.. x penah baca kisah org lain kena hukuman.. tu pun x serik serik ek..

haa ni lagi ada satu kes tak serik serik.. kisah suami nya nenek Wook Kundor.. x sampai sebulan dia dibebaskan tahanan sbb najis dadah.. semalam dia kena tahan lagi kes yg sama... apa laaa.. dia x serik serik ker duduk dalam tahanan tu?? meh shin tepek ringkasan berita tu ek

HULU TERENGGANU - Demi perasaan sayang kepada Mohd. Nor Musa, 38, warga emas berusia 108 tahun, Mek Wook Kundur sanggup menghabiskan duit simpanannya sebanyak RM2,000 untuk menjamin keluar suaminya itu yang ditahan sekali lagi kerana kes dadah.

Menurut Wook, duit simpanan untuk sambutan Aidilfitri itu terpaksa dikorbankan demi untuk berpuasa dan beraya bersama Mohd. Nor yang baru sahaja dibebaskan dari pusat pemulihan di Sungai Besi, Kuala Lumpur bulan lalu.


Semuanya dilakukan Wook demi Mohd. Nor yang sekali lagi ditahan kerana dipercayai mengambil dadah dalam satu operasi polis di Kampung Pasir Tinggi dekat sini kira-kira pukul 10.30 pagi Khamis lalu.

Jelas Wook, biarpun dia kecewa dengan perbuatan suaminya itu, namun kerana sayang dan tidak mahu menyambut Aidilfitri dan berpuasa sendirian seperti tahun lalu, dia terpaksa mengorbankan simpanannya.


"Dia tetap suami tok dan tok tetap sayang walau apa pun yang dia buat. Tapi tok rasa sedih fikirkan apa yang dia buat sebab tok ingatkan dia dah insaf," katanya ketika ditemui dekat sini semalam.

*** end ***

kesian orang tu ni... patut dah tua camni.. hati dia tenang.. bahagia... dapat buat ibadah puasa ngan orang yg dia sayang.. tp kerana x serik bergelombang ngan najis dadah.. x pasal pasal nenek wook jadi mangsa plak.. abis duit semua pergi kat dia..

shin meluat kalo baca balik artikel kata kata lelaki ni masa baru kuar tahanan.. nak belajar pondok la.. dalami agama la... cari keje la.. semuanya hanya kata kata manis palsu belaka..korang leh tengok di entri lama ni ek KLIK - berubah la konon

hm susah agaknya nak lari dari najis dadah ni ek.. tp kot ye.. jgn la nyusahkan hidup org yg dah memang susah.. kesian shin nengok nenek ni.. ader lelaki ni kawen ngan nenek wook semata mata utk ngikis duit dia??? wallahualam... hopefully x laaa ek..

semoga di bulan Ramadhan yg mulia ni.. kita semua di beri petunjuk dan hidayah... dan pada mereka mereka yg ada buat silap.. dah di beri peluang.. gunalah peluang tu sebaik mungkin.. jgn buat perangai sama atau menjadi jadi lak... haa x serik namanya tu.. kang.. tunggu jer la pembalasan si pitung ek...

sekian~

*i'm shin.. i'm inesen

2 comments:

FaizalSulaiman said...

kesian kat nenek wok kan shin.huhuhu

@yue said...

sekian..tazkirah dr shin..

^_^