Friday, August 20, 2010

cerita hari kesepuluh puasa : berkat Ramadhan..tiada dendam


balik jer keje.. shin dok santai santai kat umah.. masa yg bekualiti tu shin ambik dengan membaca surat khabar.. even ada gak baca online paper.. tp xde la secomplete mcm kat surat khabar yg betul punya ngee... terpana seketika.. melihat muka depan surat khabar Utusan Malaysia.. penyanyi pujaan shin Datuk Sharifah Aini bergambar ngan Siti Nurhaliza.. ngee eh apa kes eh.. dah comolot ek??

Klik - entri Istimewa Biduanita Sharifah Aini

'Kami tiada sengketa' <-- katanya lah~ KUALA LUMPUR 18 Ogos - Selama enam tahun peminat seni tanah air tertanya-tanya sejauh mana kebenaran dua penyanyi tersohor negara, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza bermasam muka.

Sepanjang tempoh itu juga, baik Sharifah Aini mahupun Siti Nurhaliza, kedua-duanya tidak pernah disatukan dalam mana-mana sesi temu bual bersama media mahupun dalam program hiburan televisyen.

Mengambil keberkatan bulan Ramadan, di suite hotel ternama The Royale Chulan di sini hari ini, Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza dipertemukan selepas kedua-duanya pernah diheret dalam kontroversi paling gempar dan mendapat liputan meluas media massa pada 2004.


"Sebenarnya antara saya dan Siti Nurhaliza tidak ada sebarang sengketa. Kami berdua menjadi mangsa keadaan. Saya secara peribadi berpendapat Siti Nurhaliza seorang yang baik dan masih seperti mana yang saya kenali dulu," kata Sharifah Aini mengulas pertemuan yang disifatkannya sebagai cukup bermakna dalam kehidupannya.



Krisis hubungan dua penyanyi itu tercetus apabila Sharifah Aini didakwa membuat fitnah menerusi e-mel dengan niat untuk merosakkan reputasi Siti Nurhaliza. Bagaimanapun, pendakwaan itu digugurkan selepas didapati tiada kes yang boleh ditimbulkan.

Sementara Siti Nurhaliza dalam reaksinya memberitahu, sebagai manusia dia tidak pernah berdendam terhadap apa yang pernah berlaku dalam kariernya sebagai anak seni.


Sebaliknya, Siti Nurhaliza bersyukur kerana pada Ramadan yang mulia ini, dia dan penyanyi yang amat dikaguminya itu dipertemukan dalam suasana yang sangat harmoni.


"Segala yang berlaku sudah lama Siti lupakan. Siti gembira kerana bulan Ramadan kali ini memberikan Siti dan Datuk (Sharifah Aini) peluang untuk kami menjernihkan semula keadaan selepas ramai yang berprasangka buruk terhadap hubungan kami berdua selama ini," ujar Siti Nurhaliza lagi.


"Insya-Allah selepas ini saya yakin hubungan saya dengan Siti Nurhaliza akan lebih erat dan apa yang berlaku menjadi pengajaran yang cukup berguna untuk kami," kata Sharifah Aini sambil memegang erat tangan Siti Nurhaliza.


Kemesraan mereka berdua sepanjang lima jam sesi fotografi berlangsung terpancar dan kedua-duanya seolah-olah tidak puas berkongsi pelbagai cerita mengenai kerjaya seni mereka.


*** end ***

gitu la kan.. x yah gegado.. x elok tak betego sapa.. memutuskan silaturahim.. hmm walaupun suara Datuk Sharifah Aini versi skrg ni shin kurang berkenan.. tp shin akui.. dia antara penyanyi yg akan shin minat sampai bebila.. sbb tu shin amik tau ngee.. so shin rasa besyukur la.. dalam umur Datuk Sharifan Aini ni.. dia melakukan sesuatu yg begitu terpuji.. semoga ikhlas hendakNYA kedua dua penyanyi ni ek.. lom raya lagi dah mintak maap.. advance.. ngee~

so shin pun amik pemikiran yg serupa.. shin kalo bole xmo ada bedendam ngan sesapa.. termasuk la kepada org org yg penah shin syg.. dia mana shin atau diaorg ada wat sesuatu yg menyakitkan ati.. shin redha.. walaupun shin budak baek.. inesen.. shin pun ada wat silap.. then shin mmg kalo bole xmo la memutuskan silaturahim ek.. nak juga tego tego.. kalo jumpa still leh comolot lagi ngee.. maksud shin.. gurau gurau ker apa.. ek..

ok lah.. sekian dulu untuk entri ari ni ek.. selamat meneruskan ibadah puasa.. jumpa lagi di lain entri... salam sayang~

Align Center
bibir dulu ngan bibir skrg lain ar.. apa rahsianya??

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

2 comments:

Terry The Terrible said...

huhuh..
love fauziah latiff..
:( .
sedih dengar citer die bila dia gi Gaza tu.. (not that i didnt know the current situation there)..
hurmmm..

Terry nak gi Gaza gak arr!

P/S : bagus lah CT and SA dah berbaik2.. tak bek gaduh2 and sentap2 tak tentu pasal kan?

Adam said...

bibir adam pun lain..... =p