Saturday, August 14, 2010

cerita hari ke empat puasa : mahkruh ker mandi masa berpuasa??


Assalammualaikum w.b.t.... Haiiiiiiii~ kengkawan... camne puasa arini??? haa Alhamdulillah kita dah nak melepasi hari keempat berpuasa untuk tahun ni.. awal awal puasa mmg kita terasa agak letih, sentiasa lapar dan dahaga.. nnt lama lama dah terbiasa la ek...

sebelum terlupa.. hari ni.. genap setahun pemergian Arwah pakcik Paijan.. dia meninggal dunia pada bulan Ramadhan tahun lepas.. hari keempat umat Islam berpuasa.. shin sentiasa teringat akan kelibat beliau kalo tiap kali masuk masjid.. tiada lagi bergema suara beliau dok marah budak budak yg bising kat dalam masjid.. tiada lagi suara beliau membebel bila ada orang orang tua yg x reti nak penuhkan saff - AlFatehah~ klik - Setahun Pemergian

hmm kengkawan nak tau... arini cuaca kat tempat shin panasss sangat.. terasa kering.. kontang.. gersang.. semua ada.. shin amek kesempatan ni utk membasuh pakaian.. banyak juga la membasuh tadi... seronok la bermain air ngee~

arini jugak shin mandi lebih dari 3 kali.. tak tahan.. panas sgt... tekak pun rasa perit... haa korang pernah dengar tak ada sumber dok bagitau kalo kita mandi byk kali masa bulan puasa hukumnya makruh??

haa arini shin nak menguraikan pendapat.. kot kot kengkawan lebih arif dalam bab ni.. leh la kita berkogsi ilmu ek.. atleast.. ada faedah yg kita dapat di bulan Ramadhan yg mulia ni.. xde la kita cakap benda yg sia sia jer sepanjang hari kan~

Tersebutlah hadith sahih yg diriwayatkan oleh al-Imam Malik di dalam al-Mawata', Ahmad dan Abu Daud, di dalam sunnahnya Abu Bakar bin Abd Al-Rahman meriwayatkan:

قَالَ الَّذِي حَدَّثَنِي لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْعَرْجِ يَصُبُّ الْمَاءَ عَلَى رَأْسِهِ مِنَ الْعَطَشِ أَوْ مِنَ الْحَرِّ

maksudnya : telah berkata sahabat yg menceritakan kepadaku, aku melihat Rasulullah s.aw. di Al-'Arj (nama tempat) mencurah air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.

diriwayatkan Ibn Hajar dalam Fathul Bari, bahawasanya Anas Bin Malik telah berkata, '' Sesungguhnya aku mempunyai sebuah kolah dan aku memasukinya ketika aku berpuasa '', Apa yg di terangkan di sini seolah olah kolah itu dipenuhi air, dan apabila Anas berasa panas, beliau memasukinya.

Imam Bukhari menjelaskan hukum mandi orang yg sedang berpuasa adalah harus.. tidak di sebut makhruh di sini ek.. Manakala menurut mazhab Abu Hanifah, tidak makruh mandi dan menyelimuti badan dengan kain yang basah untuk menyejukkan badan.

mungkin kalo kita cari dalil yg lain.. berlambak2 kat internet dan kitab kitab.. kita yg cetek ilmu ni mesti jadi confuse ek.. hmm xper la.. yg penting.. kita berpandukan pada niat kita.. kenapa kita mandi?? sebab panas?? atau sebab nak curi curi minum air?? haaa.. kalo kita mandi sambil minum.. mmg la batal puasa kan...

mcm tu gak.. kalo kita mandi elok elok.. sure mandi kita tu x makhruh.. ni mandi berjam jam.. sampai air masuk dalam telinga.. haa yg tu mungkin puasa kita dalam posisi yg membahayakan ngee..

lepas ni jangan la takut nak mandi masa siang hari bulan puasa ek.. ngee.. semoga kita terus mendapat hidayah dan keberkatan sepanjang bulan Ramdhan al-mubarak ni..

berkata Umar bin Abdul-‘Aziz; “Aku tidak gembira jika sahabat-sahabat Nabi tidak berbeza pandangan, kerana jika mereka semua sepakat atas satu pandangan, sesiapa menyalahinya, ia akan sesat. Namun jika mereka berbeza pandangan, lalu seorang memakai satu pandangan dan seorang yang lain memakai satu pandangan lain, maka terdapat keluasan @ kelonggaran bagi urusan tersebut”.

sekian~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

No comments: