Tuesday, February 24, 2009

oh... baru shin tau


dalam entri shin sebelum ni kan shin ada tepek gambo bunga ala ala sakura kan..kekdahnya baru shin tau nama sebenar pokok tu.. Tecoma atau dalam bahasa saintifiknya 'tabebui' ( buruknya nama ). anyway.. pokok ni x lama berbunga.. dalam tempoh dua minggu jer dia akan berbunga lebat... yg ada sampai menutup semua daun daun yg ada. memang sangat cantik. mungkin kat kawasan pebandaran Johor jer kot ada tanam.. kat negeri negeri lain x tau la ek.. ohh baru shin tau!




gambar gambar ni shin ambik beberapa ari lepas.. skrg ni.. bunga bunga dah xde dah... masa time nya nak bebunga dah abis... kepada Wai.. tu la.. lambat sangat datang.. x sempat nak tengok n snap snap pic ek. Tunggu jer tahun depan!



rekabentuk benda ala yg namanya buah markisa

korang penah dengar buah markisa x?? huh x penah?? passion fruit?? isk isk.. susah ler kalo korang x penah dengar. masa shin kecik kecik.. shin panggil buah ni ' buah susu ' dia sebijik sama mcm buah 'letup letup'. tumbuh meliar.. menjalar.. menggedik kat mana mana jer. tp bila shin membesar.. susah nak jumpa pokok ni..

macam macam kaler ada.. tp yg biasa jumpa kat sini kaler oren ngan merah la.. kalo kaler purple gelap.. kuning.. kat area lain la.. yg penting nama dan khasiat dia sama. buah ni kaya ngan vitamin A, vitamin C ( bagus untuk kulit nampak cantik ), protein, kalori yang seimbang, dipercayai juga buah ni anti kanser.. wahh baru shin tau!




belobang lobang daun heheheh shin x penah sembur racun serangga... biar mcm tu jer.. kalo timepanas baru shin siram air .. almaklumlah 'rajin'.. selalu harap mak shin yg siramkan.

2 tahun lepas.. ada sorang kawan shin dari kota tinggi ( dia keje KL ).. bagi shin benih pokok ni. mekasih ek.. sampai sekarang pokok ni hidup dan berbuah.. sedapppp buah dia.

pastu masa bulan puasa... ada jual kat bazar Ramadhan, kat pasar malam... sekilo Rm6.. ada lah dapat dalam 15 bijik.. sib baik shin ada tanam.. x yah beli beli.. tp nak tunggu buah tu masak.. jenuh gak.. lebih 4 minggu baru dia mula merah merah...


camni la ropa bunga buah markisa puan puan

bunga markisa ni berkhasiat untuk melegakan sistem saraf, mengubati sawan (convulsions), sukar tidur, cemas, menopause, keletihan mata, demam, ketegangan mental/stres, tekanan darah tinggi, melancarkan peredaran darah, meredakan radang, sakit perut, kerisauan, merawat perasan gemuruh, menggelabah, pergerakan luar kawalan, Parkinson, gagap, nyanyuk, ahmar/strok, malas belajar, kurang ingatan dan down sindrom.. oohhh.. baru shin tau!

psst : x tau plak buah ni leh ubat lemah tenaga batin.. ye la kan.. orang kita bab batin batin ni laju jer nak coba.. yg utk kesihatan lain.. pahit la.. x sedap la.. bab tu sanggup even rasa macam air longkang kannn!

selama ni main tanam jer.. yang tau rasa dia sedap.. masam masam manis.. selalu orang cina banyak guna dalam masakan dan perubatan. ish.. x rugi kalo korang tanam pokok ni.. huh.. korang dok kondo? flat??? ohhh baru shin tau.. x dapek nak nolong eh!

sekian~


m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen

2 comments:

Wai said...

hahahaa.... aisey.... melepas la pulak nak tengok bunga2 "sakura" tu. tapi xpe, ada masa datang je. ada bunga ke, xde bunga ke.. carry on je =P

shin, wai pernah buat kek markisa. sedap sey... family makan rebut2.
Ngee~~

AzAz said...

oooooooo yea ker ingatkan bunga kertas....