Tuesday, January 19, 2010

Al-Kisah : anak sapa la tu


shin nak kongsi dua cerita berbeza... tp melibatkan negeri yg sama.. juga mangsa adalah golongan kanak kanak yg tak tau apa apa... aishhh... shin memang kurang mesra ngan kanak kanak.. tp tak bermaksud shin tak peka ngan diaorg ni ek.. jom shin kongsi cite ni ngan korang semua ek...

kes 1

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun meninggal dunia selepas dihempap televisyen berukuran 24 inci di rumahnya di Bandar Putra, Kulaijaya, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supt Zulkefly Yahya, berkata ia berlaku kira-kira jam 9.40 malam ketika mangsa, Cyndi Yeo, sedang menonton berseorangan di bilik belakang rumah berkenaan.

"Kejadian disedari bapanya, Yeo Sung Wah, 38, yang terdengar bunyi sesuatu benda terjatuh di dalam bilik berkenaan dan disusuli jeritan anak perempuannya itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, Yeo yang ketika itu berada di ruang tamu terus bergegas ke bilik berkenaan lalu menemui anaknya yang tertiarap dihempap televisyen tersebut.

Katanya, Yeo yang juga seorang peniaga terus membawa Cyndi ke Hospital Kulai dan kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan pada jam 12.20 malam tadi akibat kecederaan teruk di kepala.

Cyndi, katanya, dipercayai tertarik wayar televisyen berkenaan dengan kakinya sehingga menyebabkan televisyen itu terjatuh dari rak sebelum menghempapnya.
"Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - Bernama

kes 2

JOHOR BAHRU - Tiga tahun lalu kematian suami akibat kemalangan jalan raya, semalam kehilangan anak lelaki tunggalnya, A. Sanjit, 5.

Demikianlah nasib malang ibu tunggal, S. Sarasvati, 29, berasal dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang.

Selepas tiga tahun hidup dalam serba kekurangan, Sarasvati membuat keputusan bekerja di Singapura bagi membesarkan anaknya.

Wanita itu bersama anaknya kemudian datang ke Johor dan menumpang di rumah saudaranya di Pangsapuri Larkin Idaman di sini sejak empat hari lalu sebelum melaporkan diri untuk bekerja di Singapura semalam.

Dalam perjalanan menaiki bas ke negara jiran itu, Sarasvati tidak menduga akan menerima berita menyedihkan iaitu kematian Sanjit.

Anaknya itu dikatakan terjatuh dari tingkat lapan pangsapuri 14 tingkat dan ditemui mati di tempat kejadian pada pukul 7 pagi.


menangis kuar air mata darah pun x leh nak watpe da~

***end***

moral of the story - camne ek nak cakap... ini lah namanya.. jodoh- ajal- maut di 'tangan' Tuhan.. sesapa tak leh duga kan.. sedihnya kehilangan orang tersayang.. nak nak.. budak kecik.. tak kira la apa bangsa.. apa agama.. diaorg ni semua inesen.. mcm shin gak..

tolong la.. kalo ada anak tu.. buat la something.. pengawasan yg wajar.. kalo bole xtra allert utk diaorg niek... aishhh... sure korang pon x nak benda camni berlaku kat family korang kan.. amik amik la iktibar... tukar la tv LCD @ LED kat umah tu.. pasang pasang la grill kalo bole dari atas bumbung sampai la bawah tanah ek!

sekian~

*i'm shin.. inesen

11 comments:

Comic Lover said...

cian kan... kt anak melayu lg cian...

pas ni xde comment dh, kena gi keje luar... huk3

i'm shin... i'm inesen said...

azaz : oh ye ker.. temporary ke.. permenant?

senandung semalam said...

sian nye kat 22 budak ni... sedyh nye... tp nak wat cm ne, tuhan syg dowg lg... kn?

Frodo Baggins said...

sian kanak2 ni ~

Comic Lover said...

temporary sajork... klu permanent... mampos lah...

lanz_evo7 said...

aslm..
takut nye shin..kdg2 kte pun kena hempap jgk,tpi x sakit.sedap lak..ahak3..

moral nye cete tu kn..kt mane2 pun kte or budak kecil berada x mungkin selamat.
so kena waspada selalu shin..huhu

Unknown said...

:'( ..
erm...
im speechless.

achik ezam said...

betul kata shin..ajal maut jodoh pertemuan semua tuhan dh tentukan....hrmmm~

~ujicham~ said...

hai shin.. lama xsinggah sini dah.. hmm.. betul.. lg satu malang tak berbau.. kena hati2 selalu... nauzubillah kena kat anak/adik kita sendiri.. sedihnya.

Jari Lentik said...

biorlah yg dh mati tu pegi, kitor yg idop ni kenaloh move on

elok pon cik azaz tu x ltak komen brunsur puako kt sini, huhuhu jgn mare ye cik azaz, gurau senda tando prsahabatan huhuhu

Comic Lover said...

amboi amboi MeManik... lancau... Opss lancangnya molot... meh sini aku cilikan!