Thursday, January 7, 2010

Al-Kisah : kadar bayaran Internet di kaji semula???


PENGUMUMAN kerajaan untuk mengkaji semula kadar bayaran perkhidmatan jalur lebar (broadband) di negara ini agar ia mampu dilanggan oleh lebih ramai pelanggan sememangnya suatu pengumuman yang sangat ditunggu-tunggu.

Ini kerana melanggan perkhidmatan Internet terutama rangkaian jalur lebar boleh dianggap seperti suatu keperluan asas masa kini seperti mana kita memerlukan perkhidmatan bekalan elektrik, air dan perkhidmatan telefon.

Jika dahulu, ketiga-tiga perkhidmatan itu perlu ada dalam setiap rumah tetapi kini akses Internet menjadi salah satu elemen baru kerana kepentingannya dalam memudahkan urusan kehidupan kita.

Tanpa Internet di rumah, tentu kita terpaksa ke pejabat dahulu atau ke restoran dengan kemudahan WiFi untuk memeriksa e-mel, mendapatkan maklumat mengenai cuaca, trafik, membuat kerja sekolah, berkomunikasi dengan rakan-rakan melalui rangkaian sosial dan sebagainya.

Sememangnya jika hendak memperkatakan mengenai kadar langganan Internet di negara ini, tahapnya boleh dikatakan agak tinggi berbanding beberapa negara jiran.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), kadar penembusan perkhidmatan jalur lebar di Malaysia sehingga suku ketiga tahun lalu adalah 27 peratus berbanding 100 isi rumah.

Untuk kadar jalur lebar ini juga, kedudukan kita masih di hadapan berbanding negara-negara jiran (kecuali Singapura) tetapi ia sebenarnya masih perlu dipertingkatkan.

Ini kerana jika dilihat kadar penembusan perkhidmatan jalur lebar dunia, negara kita tidak termasuk pun dalam senarai 25 negara dalam kedudukan teratas.

Ini kerana kebanyakan daripada pengguna Internet di negara ini masih bergantung kepada talian dial-up, telefon 3G atau menggunakan perkhidmatan WiFi percuma di restoran-restoran.
Mengapa keadaan ini berlaku? Ada yang berpendapat kerana harga langganan jalur lebar di negara ini masih tinggi walaupun trendnya telah memperlihatkan penurunan.

Secara ringkasnya, harga langganan jalur lebar asas di negara ini bermula dari pakej RM58 sebulan ke atas untuk perkhidmatan akses menggunakan talian tetap atau tanpa wayar.
Kadar ini walaupun kelihatannya sudah agak rendah tetapi ia masih boleh diturunkan jika negara benar-benar hendak menjadikan Internet sebagai satu cara hidup seperti rakyat di negara maju.

Di Jepun misalnya, kadar langganan jalur lebar untuk talian asas iaitu dengan kelajuan 1 Megabit sesaat (Mbps), pengguna hanya dikenakan bayaran langganan bulanan kira-kira RM1 sahaja!.

Manakala di Korea Selatan, pengguna jalur lebar dikenakan bayaran RM1.50 sebulan dan Sweden menggenakan bayaran RM2.20 sebulan.

Mungkin syarikat pembekal perkhidmatan Internet (ISP) di negara kita tidak mampu menawarkan harga seumpama itu kerana kos penyediaan prasarana rangkaian sememangnya agak tinggi.

Bagaimanapun sesuatu harus dilakukan sama ada oleh kerajaan atau ISP sendiri bagi merendahkan lagi kadar sedia ada kerana sememangnya rakyat negara ini telah sebati hidup mereka dengan Internet.

Masyarakat negara ini juga telah menjadikan Internet sebagai medium aktiviti ekonomi mereka dengan menggunakan Internet untuk urusan perbankan, jual beli, membaca akhbar dan sebagainya.

Mungkin faktor harga adalah salah satu daya penarik sahaja untuk meningkatkan kadar langganan jalur lebar di negara ini tetapi faktor-faktor lain juga seharusnya diambil kira.
Antaranya ialah menggalakkan lebih banyak kewujudan laman-laman web dan kandungan yang menarik untuk dilawati, menggunakan Internet sebagai media berurusan dengan agensi-agensi kerajaan, meningkatkan kadar pemilikan komputer peribadi dan juga menjalankan kempen kesedaran yang berterusan.

Jika ibu bapa kita yang boleh dikatakan 'buta teknologi' kini mampu menggunakan kad mesin autoteller (ATM) untuk mengeluarkan wang, sudah tentu generasi kita dan anak-anak kita tiada masalah untuk menjadikan Internet sebagai salah satu keperluan dalam kehidupan masa kini.

***end***

sapa tak bayar murah kann... tp kena agak agak la.. cuma shin sgt teruja.. kalo betul lah.. kerajaan bukan takat mengkaji.. mengupgarde tp merealisasikan apa yg memang patut dia bikin la kan.. bukan takat cakap cakap cakap.. habuk pun tarakkk

cuma shin terpanggil la nak komen kat sini... kalo kita baca statement kat atas tadi yg bebunyik ''untuk kadar jalur lebar ini juga, kedudukan kita masih di hadapan berbanding negara-negara jiran (kecuali Singapura) tetapi ia sebenarnya masih perlu dipertingkatkan''... hmm susah sgt ker nak bagi statement.. yg kita sangat ketinggalan ngan negara Singapore dalam kadar jalur lebar ni?? aishhh susah nak terima hakikat ek... ntah apa apa..

sekian la ek

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

5 comments:

Frodo Baggins said...

hehehehe ...
nampaknya saudara shin berhujah
dengan berkobar2 sekali ~


tu namanya "ayat berlapik"
bukan x terima hakikat
Biasalah~paper ni ada etika berbahasa

>>____<<


lainlah kalau blogger cam kita ..

"malaysia nyer tenet cam cibai jer, lembab nak mampos. kalau nk lawan singapore, kiamat pown x mungkin dowh!"


muahahhahahaha

Awan Sutera said...

lebih baik kalau harga komputer diturunkan sama.
bagi lagi murah dan mampu dimiliki golongan berpendapatan rendah.

hakikatnya memang kita banyak ketinggalan berbanding singapura.
sbg rakyat,tugas memajukan negara ni tugas kita juga.

kalau kerajaan tak betul, tegur atau tukar kerajaan lain..tak gitu..? ;)

_AWAN_

Terry said...

huwaaa.. internet connection malaysia = siput!!!

lambat sangat2.. kalau tak sabar, boleh meroyan dibuatnyer.. tarik2 rambut, tarik2 benda2 yang boleh ditarik..

srsly, yang terry nampak sekarang hanyalah diorang nak untung jer.
kalau harga Mahal2 , and connection pon setanding ngan harga yang diorang tawarkan ok la jugak , contoh = Rm99 = 50mbps ke aper ker.. huhuhu..
ni tak.. Rm110 = 11mbps. yang tu pon sekejap jer!! CHOI!!!!

PM kita bila nak bagi kita kemudahan internet yng connection yang laju nieh ha?!!! geram okay!!!

black_mel said...

murah btul internet negara2 lain..

AzAz said...

klu g2 jom dok kt jepun nak?