Wednesday, January 6, 2010

Al-Kisah : imam, isteri, cucu mati di bunuh kejam


Tampin 5 Januari 2010 - Tanda tanya panggilan telefon yang tidak berjawab akhirnya bertukar menjadi hari paling menyedihkan dan mengerikan bagi seorang pelajar sekolah menengah apabila menemui mayat empat ahli keluarganya yang dibunuh kejam termasuk seorang dipercayai dipenggal kepala di rumahnya yang agak terasing di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Siti Mariam Ismail, 19, hanya mampu menggigil ketakutan apabila menemui mayat kakaknya, Siti Khatijah, 22, terlentang di ruang tamu dengan sebilah pisau terpacak di dada selain mayat datuk dan neneknya berlumuran darah di pintu rumah mereka yang terletak bersebelahan.

Siti Mariam sebelum itu dikatakan berang kerana bapa tidak datang menjemputnya pulang di sekolah berhampiran seperti kebiasaan, malah panggilan dibuat terhadap bapa serta kakaknya juga tidak disambut. Siti Mariam kemudian berjalan kaki sejauh kira-kira satu kilometer ke rumahnya dan terus memarahi kakaknya yang disangka sedang tidur di ruang tamu.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila melihat pisau terpacak di dada kakaknya menyebabkan dia terus berlari ke rumah datuknya, Atan Daud, 90, yang juga bekas imam kampung itu yang terletak bersebelahan.

Dia sekali lagi terkejut apabila menemui mayat datuk dan neneknya terbaring di pintu rumah menyebabkan Siti Mariam menghubungi abangnya di Seremban.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata selain Atan, ahli keluarganya yang dibunuh dalam tragedi menyayat hati berkenaan ialah isteri bekas imam berkenaan, Sufiah Keatas, 80, menantu, Ismail Awang, 76, dan cucu, Siti Khatijah.

Beliau berkata, tiga mayat mangsa dijumpai dalam sebuah rumah manakala Siti Khatijah ditemui dalam rumah bersaingan dengan pisau masih terpacak di dada. Menurutnya, pembunuh juga disifatkan sangat kejam kerana Ismail ditemui dalam keadaan kepalanya terputus, manakala Atan putus tangan kiri dan isterinya pula putus tangan kanan, dipercayai akibat cuba menghadang tetakan.

Sehubungan itu, Osman berkata, polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang lelaki bernama Rashidi, 34, iaitu anak kepada Ismail bagi membantu siasatan.

TERKINI Polis menganggap kes pembunuhan kejam empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, semalam selesai berikutan penangkapan suspek di Stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur, petang tadi.

Polis juga mengesahkan kepala seorang mangsa, Ismail Awang, 76, yg dipenggal dalam pembunuhan itu masih belum ditemui.



gambar suspek kes pembunuhan


kesedihan sanak saudara arwah.. hmm sedey sedey :(


apakah yg sebenarnya berlaku ek...

***end***

apa kes ni ek.. dah mcm filem kejam lagi seram.. aishh awal awal tahun baru dah ada kes tragis mcm ni.. aishhh... x paham tu la... mana peginya akal yg sihat.. sifat perimanusiaan seorang manusia... shin memang geram baca berita ni pagi tadi..

mesti menyesal giler budak pompuan yg dok marah2 kakak dia.. parent dia x amik dia kat sekolah.. masa marah2 tu mesti dia maki maki.. guna perkataan kesat.. tp sekarang.. orang yg dia marah.. semua dah xde.. semua dah meninggalkan dia.. semuanya tak akan ambik dia kat sekolah sampai bila bila... so apa perasaan dia sekarang??

suspek yg membunuh tu plak.. ntah apa la kesnya.. hilang akal ker? salah menuntut ilmu ker? kena pukau ker? hasutan syaitan ker?? x sabar shin nak tau apa punca sebenar...

hmm dia kena tangkap kat sekitar Stesen LRT Masjid Jamek petang tadi.. aishhh.. ntah ntah.. dia ada duduk kat sebelah korang ek.. kot kot dia bawak beg.. dalam tu berisi kepala.. aiyooo.. mimpi ngeri!!

moral of the story : sama sama la kita bedoa.. ALLAH x cabut sifat kemanusiaan yg masih ada dalam diri kita.. doakan kesihatan dan keselamatan kita semua.. ahli keluarga kita... semuanya lah dalam pelindungan ALLAH s.w.t ek... kalo korang stress sekali pun.. asyik xde mood jer.. jgn la sampai nak bunuh bunuh org ek..

sekian~

* i'm shin.. i'm inesen

13 comments:

nisa j ramli said...

2 la.. pagi2 tadi bace kosm0, tekejut o0.. sedih lor bace kisah2 camni.. tapi kesian gak uh kat suspek tuh.. kite ta bley tuduh2 or ckap2 sumtg.. kite tataw pe yg jadi.. die kan ade masalah camtu.. mane nak taw tyme2 kejadian tuh, die ingatkan mgsa2 2 pemangsa ke.. paham ta??heheh! ilusi n halusinasi.. (na try jadi pakar psikis's) ngeh2

i'm shin... i'm inesen said...

hm..time marah.. lebih baik diam.. atau pegi jauh jauh dari org lain.. atau.. pi la amik whudu' ker.. mandi ker.. banyak benda lagi..

lanz_evo7 said...

aslm..
betul kata nisa tu kte x berada dlm stuasi tu.susah nk ckp..fmily problm pun ble jadi.hal2 lain tu coz keimanan dlm diri da xde..rajin tngk cete2 kejam.huhu

kt budak yg marah x amik dia tu,rasanye da jadi kambing.huhu xla gurau je.
dia x tau pe2..cedih je kut n trauma.

Frodo Baggins said...

gilerrr kejam, ngeri ...
pembunuhan nekad!!!
innalillah ..
ni kes amik dadah ke haper ..

Unknown said...

dunia dah semakin gila . semua dah mereng and pereng. takziah pada keluarga diorang tu.. memang menyayat hati .... huhu.
harap2 siti mariah redha and tawakal ngan ketentuaanNya...

:( .

Anonymous said...

btol tu....
kajam pmbunuh tu...

kesian abg aku, awek die siti khadijah pon trbunuh skali dlm kes ni...

klu aku dapat abg bdak ni, aku penggal kpale dye... hish..

Anonymous said...

btol tu....
kajam pmbunuh tu...

kesian abg aku, awek die siti khadijah pon trbunuh skali dlm kes ni...

klu aku dapat abg bdak ni, aku penggal kpale dye... hish..

-HAFIZ IZMER

Comic Lover said...

2 la kan... org skrg makin kejam... shin tinggal sesorg kt umah bujang... kekdg org keliling dok ngata shin rmh utan bagai, mana tau ada lak yg ting tong... libas shin dgn parang... apa akan jadik ye dgn blog ni...

acah jer....kan...

sian kan family tuh... lg sian kt bdk pompuan yg tinggal sorg tuh agaknya camner le dia tu nk truskan idup dia ye...truma... kt blog abg mazidul kata suspek tu ada pertalian dgn mangsa... lagik takut...keluarga sendiri ting tong...

Adit Iezwan said...

kes yg berlaku pada member sek kiteorg gak...selanng 2 buah rumah je
sampai skank kepala tak jumpa.....kes berlaku pada 1997 ... kuar berita kampung aku masa tu di swak ... femes la gak sekolah aku masa tuh....aku konal bonar org yg bunuh tuh.... siap aku tahu dia pujuk budak perempuan yg kena bunuh masa tggu bas nak balik sekolah.... kalu aku tahu la niat tu dah lama aku tolak dia kat tgh jalan bg dia mampus langgar dek bas.... aku apa yg ko tahu.... statement aku heheheh... lagi menyedih pembunuh dibebaskan atas sebab bukti tak cukup.... kerna aku bukti yg sahih tak dcari....gitew.... aku hangin gak ngan mamat batang rokan.... dahla dokat ngan den.... nak dipelakung ngan batang pinang aku karang...ishh dunia2..... manusia sudah kembali ke zaman jahiliah....

AkU said...

erk~~
asal muke suspek mcm brother jual burger rmh i ke??

Awan Sutera said...

manusia semakin hilang sifat kemanusiaan.
nyawa pun macam tak berharga lagi.
apalah nak jadi dengan dunia ni.

Anonymous said...

adik die xmaki family dia..sila btolkan statement awak..mereka satu keluarga orang baik2..adik die cuma merajuk.die anak manja.biasa la merajuk.sama2 kita doakan roh semua yang pergi itu ditempatkan di kalangan hambaNya yang soleh.
terima kasih atas semua tulisan awak dlm blog ini.

Anonymous said...

saya tak pernah salahkan dia.. dia ada sebab kenapa dia macam tu.. so harap tiada yang salah kan dia