Sunday, January 31, 2010

wah... wahhhh... wahhhhhhhhhhh~


wahh cantikkan burung merak ni... haa.. sebelum korang cakap cantik... korang kena tau.. Allah yg membuatkan shin dapat merakamkan gambo burung merak ni.. haaa.. kita terer gak la shin amik gambo ek hehehe... kenapa ngan tajuk entri ni?? kenapa ngan burung merak ni?? haaa.. jom shin cite sekarangg...


haa.. walaupun shin dah setop kan langgan siaran sukan kat Asterok tu.. tp shin still lagi mengikuti perkembangan suka tennis yg sangat la shin minat.. ngee.. baru baru ni berlangsung perlawanan Australia OPen 2010.. hmm pemain pilihan shin Rafael Nadal dah terkuar sebab injured.. mmg hampeh.. sib baik si Serena William menang bagi acara persorangan wanita.. dan dia menang berganda bila jadi juara acara beregu wanita.. berpasangan ngan kakak dia.. si Venus William.. wahhhhhhh hebat kan.. caya lah!


wahh.. tak sangka.. dalam injured leh pertahankan kejuaraan

arini.. shin x lekat kat umah... ngee.. akhir bulan.. time membayar hutang hutang.. so shin kuar dari kul 9 pagi.. then parking kenderaan kat bandar kulai.. ingatkan shin nak naik lagi keretapi utk pergi bandar JB.. tp sebab dah terlepas.. terpaksa la naik bas...

pastu shin pasan la.. pesal la kenderaan semua slow... aiseymann... hari Thaipusam la.. jalan kena block.. adehhhhhhhhhhh... memang rasa panassssss jer... org lagi nak cepat kan..

wahhhh shin sampai bandar jb dekat kul 1 tengah ari.. waahh wahhhh mau dekat 2 jam lebih dok bertenggek dalam bas.. baru nak sampai bandar.. selalu sejam dah sampai.. pperghh penangan Thaipusam punya pasal..

wahhh ramainya orang.. shin turun bas jer.. sempat kuarkan camera.. dok snap snap suasana meriah kat area jalan bandar.. satu lane di tutup utk acara keagamaan.. bau bau bunga menusuk hidung.. wangi wangi wangi.. jom kita tengok gambo yg shin amik ni.. cikit jer..


kumpulan pancaragam.. wahh meriah



wahh.. diaorg ni berjoget joget dengar bunyi muzik


wahh korang berani wat camni??



wahh ngilu.. shin dok pejam pejam mata masa snap gambo ni


wahhhhh ramainya orang kan!

haaaaaa.. tu la gambo gambo nya.. pastu tetiba bateri camera shin kong.. shin terus blah.. dok cari teruskan hajat yg belum tercapai hehehe.. sebelum tu hmm jom shin cite skit pasal peryaan Thaipusam ni ek..

korang nak tau?? haa Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.

ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.

boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar kerana telah menggunakan bahan-bahan tertentu .

moral of the story : hmmm memasing punya agama dan kepercayaan.. so.. untuk hidup aman harmoni, kita kena memahami agama dan budaya diaorg, meneria dan menghormati. jgn sesekali kita mengejek, memperlekeh, merosakkan tempat ibadat diaorg dan sebagainya.. kalo kita x mau agama kita di permainkan.. so kita jangan buat kat agama orang lain.. baru la kita akan hidup aman sentosa..

p/s : shin pasan.. depa ni banyak guna bulu burung merak laa... alahai.. ntah berapa banyak burung merak dok bebogel skrg ni.. habis semua bulu kena cabut hehehe

sekian dari shin.. melaporkan untuk anda..


baru snap.. wahhh shin nampak kurus lepas kurangkan makan

'' miskin kaya memakai baju baru warna warni
mengiringi sanak dan kaum family
sungguh hebat pemandangan di hari Thaipusam ini
tua muda wajah berseri seri ''

'' selamat.. hari Thaipusam...
kepada minachi dan maniam
selamat.. shin ucapkan
untuk korang bila jumpa tahun depannn..

selamatttttttt.. hariii.. Thaipusam..
teneee nee nee nee neee neneee nee!

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

11 comments:

Frodo Baggins said...

hehehhe shin, pe pownnn happy thaipusam tuk ko! agagagagga, ko x beli kelapa kew?


>>____<<

i'm shin... i'm inesen said...

frodo : kelapa mahal... main pecah kepala jer kali ni ngee~

Ri said...

huhu.. diet menjadi nmpk :P

cantik gambo merak tu- jelesss!!!

Adam said...

aaaaa....meh kita main cocok-cocok~~~

i'm shin... i'm inesen said...

ari : tu ar.. so.. x sia sia kurangkan makan nasik ngee..

adam : jom jom jom.. erk.. shin cocok adam dulu la.. shin x tahan sakit..

Unknown said...

wah. nmpk cam remaja-remaji jer gambar shin tuh :p ..
bagus la dah start diet ek..
tak la memboncits perut shin tu nanti..

different people have different belief, and all those differences makes the world a colorful place,
so x pyh la nak g bkr2 rumah ibadat diorang .. nanti diorang bakar2 balik baru korang taw! *offtopic jap

Hizami Li said...

ahha. sempat lagik snap pictures.

AkU said...

shin..ko g x batu caves..opsss..larikkksss...

i'm shin... i'm inesen said...

terry : eiii malu la.. jgn la puji

hizami : sempat la.. camera tu shin gendong ke hulu ke hilir.. ngee~

aku : jauh lerrrr.. kalo dekat nak gak... ngee.. x de keje kan

AkU said...

erk~~
de hajat gak ek..
hahhaha..
memang xde keje..

zorrow said...

perhh budak chin chan..ko ada blog cmni..hebat ar...ingat wjud dlm fb jer..