Friday, November 13, 2009

Please... It Hurts!


kengkawan.. shin nak berkongsi satu benda ngan korang semua ek.. shin nak menyentuh hati korang ngan entri khas untuk hari Jumaat yg mula ni... marilah kita renung renungkan ek..

'Daddy ... It hurts'

My name is Seri,
I am three,
My eyes are swollen..
I cannot see.

I must be stupid,
I must be bad,
What else could have made,
My daddy so mad?

I wish I were better,
I wish I weren't ugly,
Then maybe my mommy,
Would still want to hug me.

I can't do a wrong,
I can't speak at all,
Or else I'm locked up,
All day long.

When I'm awake,
I'm all alone,
The house is dark,
My folks aren't home.

When my mommy does come home,
I'll try and be nice,
So maybe I'll just get,
One whipping tonight.

I just heard a car,
My daddy is back,
From Charlie's bar

I hear him curse,
My name is called ,
I press myself,
Against the wall.

I try to hide,
From his evil eyes,
I'm so afraid now,
I'm starting to cry.

He finds me weeping,
Calls me ugly words,
He says its my fault,
He suffers at work.

He slaps and hits me,
And yells at me more,
I finally get free,
And run to the door.

He's already locked it,
And I start to bawl,
He takes me and throws me,
Against the hard wall.

I fall to the floor,
With my bones nearly broken,
And my daddy continues,
With more bad words spoken.

'I'm sorry!', I scream,
But it's now much to late,
His face has been twisted,
Into a unimaginable shape.

The hurt and the pain,
Again and again,
O please God, have mercy!
O please let it end!

And he finally stops,
And heads for the door,
While I lay there motionless,
Sprawled on the floor.

My name is Seri,
I am three,
Tonight my daddy,
Murdered me.

I pray for your forgiveness,
You would have to be,
One heartless person,
Not to be affected,
By this Poem.

And because you ARE affected,
Do something about it!
So all I ask you to do,
Is paste this on to your blog!

Kes 1
PULAU PINANG - Seorang bayi perempuan berumur empat bulan mati setelah dipercayai dicampak ke atas tilam di rumahnya di Sungai Ara, petang semalam.

Bayi itu, yang dikatakan tidak berhenti menangis, menimbulkan kemarahan bapanya, seorang tukang paip yang berusia 35 tahun disyaki mencampakkannya ke atas tilam.

berdasarkan pemerikasaan doktor, terdapat beberapa kesan lebam dan cedera di bahagian muka bayi itu, antaranya kesan lebam dipercayai akibat dicubit di kedua-dua belah pipi, kesan calar di telingan dan lebam di dahi.


Kes 2

KOTA BHARU - Akibat kesempitan hidup, seorang ibu berusia 36 tahun telah dilanda kemurungan dan gagal berfikir secara waras sehingga tergamak membunuh bayinya yang baru berusia 10 bulan.

Bahasniza Abu Bakar bertindak menekup muka Mohammad Asyhraf Noor Aswadi dengan menggunakan bantal sehingga mati sebelum mayatnya dicampak ke dalam tali air hanya kerana bayi itu merengek tanpa henti meminta susu.


Kes 3
TAMPIN 1 Julai - Hanya berpunca daripada perbalahan dengan suami, seorang ibu muda berusia 26 tahun bertindak nekad menelan beberapa biji pil penenang milik ibunya sebagai jalan penyelesaian untuk membunuh diri.

tidak cukup dengan itu, wanita terbabit turut memaksa tiga orang anaknya menelan pil yang sama, menyebabkan kesemua mereka terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban, hari ini. Wanita itu, kini dilaporkan stabil bersama anak anaknya yang berusia sembilan bulan, 5 tahun dan 6 tahun.


Kes 4

PULAU PINANG - Misteri kehilangan seorang kanak kanak perempuan yang dirahsiakan selama tiga tahun oleh satu keluarga di sini akhirnya terbongkar apabila adik-beradiknya mendedahkan dia telah dibunuh oleh bapa mereka sendiri.

segalanya bermula apabila bapa mereka ditahan polis atas kesalahan mencabul salah seorang anak kandungnya. Perbuatan tersebut dikatakan sering dilakukan oleh bapa mereka.

Rangka kanak kanak malang tersebut dipercayai berumur dalam lingkungan tujuh tahun semasa dibunuh dan telah ditemui oleh pihak polis. Ia ditanam sedalam 0.9 meter di bawah sebatang pokok di kawasan padang di Kampung Pisang, Ayer Itam.

***end***

hmm ni hanya beberapa kes jer shin tepek ek... banyak lagi sebenarnya kalo kita baca paper.. kita dengar berita pasal dera dan bunuh bebudak ni... aishhh kejam kann..

walaupun shin ni bukan la seorang yg penyuka budak budak.. cpt rasa stress kalo dengar budak budak buat bising, nanges or ngada ngada... tp shin x tergamak la nak dera dera diaorg ni.. apatah lagi nak bunuh :(

naper ek.. diaorg leh sampai ati buat benda benda camni... tergamak diaorg kan... budak budak hanya tau menangis sakit... menangis takut... arghhh sedihnya shin bayangkan diaorg kena mcm ni...... xleh nak tulis daaaa...

di hari Jumaat yg mulia ni... shin berdoa.. semoga Allah x cabut sifat kemanusiaan yg ada pada diri kita semua.. semoga kita dijadikan antara hamba-hambaNYA yg soleh, baik budi pekerti dan inesen sepanjang hayat ek... sayangilah anak anak kecil yg x berdosa ek, sayangi gak ibu bapa kita.. keluarga kita.. saudara mara kita.. sahabat sahabat kita semuaa yer.. hmm korang sayang shin tak?? ngee~

salam sayang dari shin.... sekian

*i'm shin.. i'm inesen

7 comments:

Zack Azrin said...

mula entry dgn poem...
tengah entry kes dera...
penutup entry doa...TAPI de selingan soklan tragis...

"korang sayang shin tak??"

hahahhahaha...shin2...pandai selit myelit...bagus2...pndai cri ruang dan peluang...


sapa sayang shin komen banyak2 kat sini...shin sayang Zack tak? he3....=)

Comic Lover said...

a'ah... sbetulnya itulah soalan maut yg nak ditanya, kan?

apa pun, sy suka gak kt bebudak kecik yg kiut2... tapi yg nakal dan jahat, mmg x suka tapi dak le tahap nak sepak terajang mcm shin masa dlm bas nak gi KL tu ari...

Faizal Sulaiman said...

sedihnya baca.adeh apa nak jadi la ngan manusia skunk ni.

Unknown said...

:'( ..

manusia dah semakin 'gila'..
thats all i can say..
dah muak dah tengok berita tentang kanak2 didera , dirogol, and llg.

Kalau Terry, bebudaks kecik kalau buat pasal..Terry buat ala2 garang gitu, pastu bg diorang takut jer.. habis kuat pon cubit jer. mahaha. :P
*masih dera kah itew?*

P/S : dah tak taw jaga anak.. tak payah buat anak.... buat penat jer.. humph..

Lisa said...

sedih baca entri shin nih huhuhuhu nak nangis dh nih, tersentuh hati lisa tau shin..

i'm shin... i'm inesen said...

then... korang kena la paste poem tu kat blog korang.. last poem tu pun ada bagitau kann...

ia menandakan korang memandang serius benda ni.. korang benci insiden mcm ni berlaku ek..

aemy said...

mmg la sedih..
sure tersentuh ngan citer2 camni..
aemy paste kat myblog kay..