Wednesday, September 30, 2009

Al-Kisah : ratapan seorang ibu tua


Al-Kisah kali ni shin petik melalui akhbar Harian Metro... walau pun dah lama cerita ni.. masa hujung Ramadhan aritu.. tp saja shin tepek.. untuk bacaan kita semua ( mana yg suka membaca ler ek )

JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.

Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.

Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.

Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.

Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro.

Menurut Norijah, beliau masih mengingati detik cukup menyentuh perasaan itu, apatah lagi kakitangan rumah jagaan berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri.

Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.

“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai.

“Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya.

Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.

“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan.

“Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.

“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.

Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak.

Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.

“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung.

“Sempena Aidilfitri kali ini, kami amat berharap jika anak warga emas mahupun waris penghuni di sini, datanglah berkunjung bagi menggembirakan mereka. Kalau bukan selalu, setahun sekalipun cukuplah,” katanya.

***end***

benar kata orang, kasih ayah mencari rezeki. Kasih saudara hanya ketika berada dan kasih ibu membawa ke syurga. Tapi, kasih anak.. Tak siapa yang tahu...

mengikut pengalaman shin sendiri melawat rumah orang orang tua... 1st time pegi tu.. shin x berbunyik langsung.. diam terpaku.. apatah lagi melihat ada nenek nenek melambai lambai dok suruh shin pergi ke tempat dia.. tp shin just diam jer.. toleh sangat pun tidak.. seram ada.. sedih ada.. rasa menggigil..

kali kedua dan seterusnya.. shin dah bole berbual ngan segelintir orang orang tua kat situ.. ada juga cerita cerita yang dapat shin dengar.. layan jer la.. walaupun susah sebenarnya shin nak selesakan diri kat situ..

pernah sekali shin bawak sorang kawan pompuan.. hmm menangis dia.. tak tau sebab dia sedih.. atau dia teringat kat mak dia..

tapi lepas sorang nenek tu meninggal.. terus shin dah takde pergi lagi sampai sekarang.. dan disebabkan anak dia tak menuntut jenazah.. kawan shin Haji Rafzal la yg susah payah mengembumikan jenazah nenek tadi.. walaupun xde ikatan saudara langsung.. di kebumikan pon kat area tempat tinggal kitaorg.. jauh.. dari bandar Johor Bahru di bawak ke ceruk kampong..

tapi sempatlah sebelum arwah meninggal.. kitaorg sediakan apa yg dia nak makan.. laksa johor.. serunding.. ikan masen.. cuma sayur nangka jer x dapat.. sebab faktor penyakit dia tu.. tak di galakkan makan...

hmm shin takut... bila shin dah tua nanti.. camne nasib shin.. so xleh nak jadikan alasan korang berkahwin, korang ada anak.. bila korang tua nanti.. ada orang akan jaga.. hmm semua tu sekarang susah nak di jangka..

terpikir ngan sikap shin yg selalu lawan cakap mak ngan babah shin.. tp tu la.. shin x pernah niat nak menderhaka.. tp di sebabkan tindakan refleks.. ngee.. amponnnn sangat sangat..

so korang rasa.. apa relevannya rumah rumah orang tua ni?? sebagai penyelamat atau penyumbang untuk anak anak membuang ibu bapa diaorg.. renung renungkan lah!

sekian~

* i'm shin.. i'm inesen

3 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

tima kaseh shin berkongsi artikel ni...

besar jasa ibu ayah kita...sanggup dibuat camtu

alahai...donia2x =|

i'm shin... i'm inesen said...

nuar : hmm ntah ek.. sederhaka derhaka shin ni.. xde la sanggup shin nak buat mak babah shin camtu.. ngee.. still sayang diaorg..

Comic Lover said...

oh cerita basi ni... walupun dh heboh 1 m'sia tapi msh dpt liputan meluas di kalangan mulut cik2 ketupat kampung... byk yg ckp anak tanggang x kenang budi etc...

well, sapa tau apa sebenarnya yg berlaku... samada si ibu byk buat salah kt anak zaman mudanya atau si anak trdengar bisikan syaitan mulut isteri...

TAPI kan... agaknya...

org johor mmg kejam2 belaka...KOT... oppsss... larrikk