Tuesday, October 6, 2009

Nostalgia : Alleycats


dah lama shin tak tepek entri Nostalgia ek.. sibuk sangat countdown masa Ramadhan aritu huhu.. kali ni shin pilih kumpulan yg sangat sangat terkenal kat Malaysia ni.. so kepada pembaca pembaca blog shin.. yg mengikuti slot entri Nostalgia.. terimalah.. entri kali ni shin tujukan khas untuk korang semua.. ngee~

TERIMA KASIHHHHHHH... laungan bersahaja yg begitu sinoninm ngan kumpulan yg satu ni.. Alleycats... entri Nostalgia untuk bulan ni.. shin tuliskan khas untuk sebuah kumpulan kesukaaan shin dari dulu sampai ler sekarang... agak kecewa.. sebab terlalu sedikit infomasi pasal kumpulan ni kat tenet.. aishhhhhh...

so shin tepek apa jer yg ada ek... hope bagi yg meminati kumpulan ni.. dapat gak skit info yg boleh di kongsi bersama... jom kita baca ek~

kumpulan Alleycats, memulakan perjalanan seninya pada tahun 1969,Kumpulan ini berasal daripada Pulau Pinang. Ahli kumpulan ini terdiri dari Loganathan Arumugam dan David Arumugam-Nyanyian utama, Tan Chin Hock -Drummer, Shunmugam Arumugam-Gitar utama, Chester Anthony Passerella-saxophone, Khoo Fook Sin- Keyboards, Grenville-keyboards, Frank Ong-Bass Gitar.



kumpulan Alleycats pernah membuat persembahan di kelab Mocambo di Hong Kong pada tahun 1976. Sepatutnya kontrak persembahan mereka hanya selama tiga tahun tetapi atas sambutan meriah, pendiaman mereka di wilayah tersebut dipanjangkan menjadi tiga tahun dan mereka juga meraih perhatian melalui persembahan televisyen. Setelah itu, mereka berpindah ke Singapura setelah menerima tawaran merakam album.

Alleycats telah menandatangani kontrak bersama Polygrame Records(Philips) pada tahun 1979 untuk melahirkan/mengeluarkan album bersama dengan pertolongan Eric Yeo. Di Singapura, album pertama mereka Terima Kasih diterbitkan pada tahun 1978, menonjolkan dua vokalis adik beradik kelahiran Pulau Pinang ini dengan stail rambut Afro sebagai trademark mereka. Untuk album pertama kebanyakan lagu yang terkandung dalam album ini adalah lagu saduran kecuali lagu Senandung Semalam.


mereka menyanyi lagu-lagu saduran (cover version) daripada penyanyi barat popular seperti Air Supply, Bob Dylan, The Beatles, John Lenon, Phill Collins, Bee Gees, Breads, Santana and Paul McCartney dan sebagainya. Hmmm masa era ni, memang ramai penyanyi yang merakamkan album dengan menyanyikan lagu lagu saduran contohnya Saloma, Uji Rashid, Anita Sarawak, Carefree, Black Dog Bone dan ramai lagi... lagu lagu tersebut ternyata menjadi hits dan kesukaan ramai. Jaman sekarang pun ramai penyanyi kita menyanyi lagu saduran dari korea kannnn.. so... agak menarik la juga... walaupun hanya cover version.

apabila membuat album, lagu-lagu mereka mendapat sambutan hangat dalam pasaran. Kesemua lagu yang di cipta daipada komposer yang berwibawa dan semangat yang kuat. Maka lagu-lagu alleycats menjadi lagu 'Nostalgia' sehingga sekarang. Kesemua rakaman lagu di Polygram, Singapura telah di kendalikan oleh Eric Yeo, selaku producer album tersebut. Senikata untuk lagu kumpulan ini adalah hasil ciptaan Wan Ibrahim, M.Nasir, A.Amin Shahab, Bakri Johari, A.Ali, Milda dan ramai lagi.

pada Tahun 70an Alleycats telah ke Hong Kong untuk merakamlan album di dragon studio. Selepas itu, Lion Studio di Singapore bertanggungjawab ke atas semua terbitan album seterusnya. Lagu yang paling popular dan paling berjaya memikat hati pendengar,dalam album pertama adalah, 'SENANDUNG SEMALAM' dan 'JIKA KAU BERCINTA LAGI'.

Loganathan Arumugam meninggal dunia akibat penyakit barah paru-paru di Hospital Mount Miriam, Pulau Pinang, pada jam 10:50 pagi pada 4 Jun 2007 pada usia 54 tahun. Beliau meninggalkan seorang balu serta seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.


setelah bertahun tahun mengembara.. menyumbang suara untuk peminat dan memperkenalkan Malaysia pada negara luar.. akhirnya David Arumugam dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan ke-78 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 24 Oktober tahun lepas. Hmmm tu pun sebab Loga dan mati kot.. baru pihak yg terlibat bukak mata... aishhh.. Shah Rukh Khan yg x de kena mengena leh dapat gelaran Datuk... sengal~

kalo shin nak nulis tajuk lagu lagu kumpulan ni.. adehhh terlalu banyak ar.. tp antara lagu lagu Alleycats yg menjadi kegemaran shin secara peribadi adalah, Berita Dari Rantau, Andainya Aku Pergi Dulu, Suratan, Setahun Sudah Berlalu, Sampaikan Salam Cintaku, Seribu Bintang, Suara Kekasih, Sekutum Mawar Merah Sebuah Puasi, Layang Layang Terputus Talinya, Hingga Akhir Nanti dan Kerana... sedap sedap wehh..

antara lirik lirik lagu yg sgt berkesan buat diri shin...

''kau tanya kepadaku mengaku aku merayu.. kau tanya kepadaku mengapa aku mengganggu.. bukahkah kau yang dulu mengharapkan kasihku.. setelah ku serahkan dikau membisu.. namun mengapa kini.. kau kata yang kau benci.. setelah jiwa raga.. ku serahkan untukmu..'' lirik lagu Suratan

''apakah dosa ku.. dan apakah salah ku.. sering gagal dalam becinta.. mengapa cinta hanya sementara.. api yang menyala padam tiba tiba..'' lirik lagu Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puasi

''setahun sudah berlalu Februari muncul kembali.. Dengan kehangatan semalam.. Tanpa ku sedari ku petik mawar merah.. ku tulis sekuntum puisi.. Tapi sayang pada siapa kan ku beri..'' lirik lagu Setahun Sudah Berlalu

''mengapakah ku diluka.. mengapakah harus ku tanggung semua ini... tidakkah kau merasakan.. yang kesedihan ini tak lain hanyalah... kerana mu..'' lirik lagu Kerana

''sampaikanlah salam cintaku padanya.. walaupun terluka namun ku masih sayang.. kerana cintaku mewangi dan harum.. walau tercampak di mana jua..'' lirik lagu Sampaikan Salam Cintaku

'' hingga akhir nanti.. kau tetap jadi pujaan.. walau seribu tahun.. walau seribu zaman.. ku tetap menanti.. hingga akhir nanti.. kau tetap idaman hati.. segala rasa sayang.. segala rasa rindu.. hanyalah untuk mu..'' lirik lagu Hingga Akhir Nanti

'' ingin ku pergi jauh darimu.. agar ku kenal erti rindu ini.. ingin aku menyelami jiwamu.. agar ku kenal dirimu kasih.. ingin aku membenci dirimu.. tapi kebencian tiada padaku.. walau apa yang kau sangkakan.. aku tetap cinta padamu.. kalau kau sudi menyentuhi hatiku.. aku kan selalu dekat padamu.. tapi jangan kau hanya coba.. untuk mempermainkan cintaku..'' lirik lagu Seribu Bintang

sekian~

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

2 comments:

The Hobbit Frodo said...

shinnn ....


Frodo nak promo satu blog yg pernah stry sal Alleycats. Menarik .. ada masa lu terjah lerr ` ulasan beliau sangat epic


http://fakurpunyasampah.blogspot.com/2009/07/loga-seorang-sahabat-kita.html


hihihihihihi ~

i'm shin... i'm inesen said...

mekaseh ek.. sedang di lawati itu laman web...