Tuesday, October 20, 2009

AWAS pisau cukur


hye kengkawan.. korang nak tau takkk... haaa.. duduk duduk... actually kan.. shin ni jarang jaranggggggg tengok wayang.. pasal apa eh.. pasal mcm rugi sangat tengok wayang.. ngan bayar mahal mahal.. pastu cite ntah apa apa.. mostly cite melayu.. huhuhu.. buang masa ok~

shin jenis yg jarang suka tengok drama tv... haaa.. pasal apa.. pasal.. balik balik citer nya macam tu jer.. kalo arahan Rashid Sibir tu.. shin dah leh agak cerita basi dia.. kalo drama Yusop Haslam pon sama gak.. mcm tu jer la..

shin akan tengok wayang.. kalo cerita tu betul betul shin minat.. lelebih lagi cite cartoon la.. atau pon yg fantasy fantasy mcm Harry Potter ker.. Lord Of The Ring ker.. baru la besh tengok wayang.. kan kan..

dalam banyak banyak pelakon melayu la kan... selain dari Norlia Ghani.. shin sangat la minat ngan pelakon sweet ni.. NorFazura.. tp naper ntah.. tiap kali dia belakon pilem.. mesti pilem tu x box office... alahai~

tp kan... shin tertarik la ngan filem terbaru yg bakal kuar pawagan 5hb November depan.. semestinya lakonan Fazura la.. ralatnya.. pesal la ada Maya Karin.. sampai skrg shin x leh nak terima dia berlakon.. huhuhu.. tp mana tau.. mungkin cite ni jadi pilem terbagos lakonan Maya Karin.. wallahualam...

jom shin cite sinopsis cite ni ek~

apa yang akan terjadi bila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella dan Intan, bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi!


Intan - lakonan Nur Fazura

Intan merupakan seorang penyampai dan personaliti TV yang mengacarakan sebuah rancangan popular bertajuk "Jejak Jenayah". Sebenarnya Intan memang bercita-cita untuk menjadi penyampai TV sejak kecil lagi selepas melihat ramai pengacara wanita TV3 akhirnya berkahwin dengan orang yang kaya dan ternama. Kini, Intan juga telah berjaya mendapatkan calon suami yang berpangkat iaitu Datuk Salleh, seorang ahli politik yang sudah pun berkeluarga. Datuk Salleh memanjakan Intan dengan hadiah-hadiah mewah seperti kereta, pakaian dan aksesori berjenama, serta percutian-percutian ke luar negara. Lalu, Intan pun sudah biasa dengan hidup senang.

Bila Datuk Salleh tidak dapat pergi bercuti dengannya di atas kapal persiaran, Intan merajuk dan memutuskan untuk pergi sendiri bersama rakan serumahnya, Bella. Setibanya di atas kapal, Intan cuba mencari calon suami yang kaya untuk Bella. Mereka terserempak dengan Ari, seorang penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh isteri Datuk Salleh untuk mengekori Intan. Intan yang memang tidak puas hati dengan Ari mula memerhatikan gerak-gerinya untuk memastikan mengapa sebenarnya Ari berada di situ. Bila salah seorang penumpang kapal dijumpai terbunuh, Intan dan Ari sama-sama menyiasat kes tersebut dan mendapati mereka sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain…

Walaupun pada luarannya Intan kelihatan seperti seorang yang pentingkan diri sendiri semata-mata, pada hakikatnya dia seorang kawan yang amat setia. Dia juga panjang akal dan penuh dengan sifat ingin tahu. Sikapnya yang nakal, periang dan berani memberikannya daya penarik yang cukup hebat.


Bella - lakonan Maya Karin

Bella datang dari keluarga susah dan telah dijaga oleh neneknya selepas kematian ibu bapanya pada usia yang muda. Nenek Bella selalu memberitahunya yang arwah ibu Bella telah mensia-siakan hidup dengan mengahwini seorang pelaut miskin yang akhirnya pergi tanpa meninggalkan sesen pun. Oleh sebab itu, dari kecil lagi Bella mengidamkan suami yang kaya sebagai jalan keluar dari kemiskinan. Bella tidak ingin anak-anaknya kelak menjalani hidup susah seperti dirinya sendiri. Lantas dia berusaha membentuk dirinya menjadi calon isteri yang sempurna untuk lelaki yang kaya dan berpangkat. Selepas meninggalkan sekolah, dia memulakan kerjaya sebagai pramugari dan telah cuba mencari calon suami dari kalangan penumpang yang kaya. Namun selepas bertahun-tahun, dia masih tidak berjaya, lantas dia memutuskan untuk berhenti kerja demi menyertai rancangan realiti "Siapa Nak Kahwin Jutawan?".

Nasib Bella begitu malang ; di pengakhiran rancangan tersebut, si jutawan telah memutuskan untuk berkahwin dengan peserta yang lain. Bella kini tanpa pekerjaan, tanpa calon suami dan dengan reputasi sebagai gadis mata duitan. Untuk menghiburkan hatinya, rakan serumahnya Intan telah membawanya bercuti di atas kapal persiaran. Memandangkan ramai orang kaya turut belayar bersama mereka, inilah peluang Bella untuk mencari calon suami baru. Calon tersebut muncul bila Bella bertemu dengan Datuk Hisham. Namun begitu, Bella segera mendapati yang hubungan baru ini bukan semudah yang disangka…

Bella sebenarnya tidak mempunyai naluri seorang pisau cukur, namun dia berpendapat apalah susahnya berkahwin dengan seseorang lelaki semata-mata untuk duit. Perwatakannya yang manis, anggun dan lemah-lembut menjadikannya seorang yang cukup menawan di mata lelaki.


Ari - lakonan Aaron Aziz

Ari merupakan seorang penyiasat persendirian dengan agensi penyiasatannya sendiri. Dia pernah bertembung dengan Intan bila diupah oleh seorang Datin yang curiga tentang hubungan Intan dengan suaminya.

Ari merupakan anak tunggal dan telah dibesarkan oleh ibunya sendirian setelah ayahnya meninggal ketika dia masih kecil. Kenangan suami tersayang begitu kuat di hati ibu Ari, lantas dia tidak berkahwin lagi sehinggalah Ari menjangkau usia tiga puluhan. Ari begitu menyanjungi kesetiaan ibunya terhadap arwah ayahnya, lalu dia berazam tidak akan berkahwin selagi tidak bertemu cinta yang sebegitu hebat.

Tugas Ari yang selalu memerlukannya menyiasat kecurangan suami isteri menjadikannya seorang yang sinis terhadap cinta. Dia lebih-lebih lagi tidak mempunyai pandangan yang tinggi terhadap orang seperti Intan yang dirasakan mempergunakan cinta demi mencapai hidup senang. Namun begitu, sedikit demi sedikit Intan berjaya juga meretakkan dinding yang menutup hati Ari…

Datuk Hisham - lakonan Eizlan Yusof

Datuk Hisham merupakan seorang tokoh korporat yang tersohor. Dalam mengendalikan urusan syarikat-syarikat milik keluarganya, Datuk Hisham telah mencipta nama yang disegani. Dengan latar belakangnya dari keluarga kelas atasan, ditambah pula dengan perwatakannya yang terkenal budiman, serta raut wajahnya yang kacak, Datuk Hisham semestinya jatuh ke dalam kategori calon suami yang amat diingini.

Setelah kematian isterinya yang tersayang, Datuk Hisham belum lagi menjumpai wanita yang boleh mengisi kekosongan di hatinya. Bukan sebab dia tidak ingin mencari, tetapi situasinya dirumitkan oleh keluarganya yang agak cerewet. Sebagai anak lelaki tunggal, tentu saja keluarganya inginkan hanya yang terbaik untuknya. Arwah isterinya merupakan menantu yang amat disayangi, lalu kini setiap wanita yang muncul di dalam hidup Datuk Hisham pasti diteliti dan dibandingkan oleh keluarganya.

Datuk Hisham sendiri sebenarnya seorang yang telus dan serba ringkas, tidak sukakan komplikasi. Bila bertemu dengan Bella, dia serta-merta tertarik. Namun, adakah tarikan semata-mata cukup untuk mengisi jurang antara pipit dengan enggang?


Faqir - lakonan Redza Minhat

Faqir merupakan salah seorang penumpang kapal percutian yang dinaiki oleh Intan dan Bella. Dengan tidak disangka-sangka, dia terserempak dengan Bella yang telah diminatinya sejak menonton "Siapa Nak Kahwin Jutawan?". Walaupun Bella langsung tidak berminat dengannya, Faqir cuba sedaya-upaya untuk mendekati Bella dan akhirnya mereka menjadi kawan.

Faqir adalah seseorang yang amat berterus-terang, tidak takut untuk meluahkan fikirannya. Sebab itulah, walaupun rasa tertarik dia tetap tidak dapat mengelak dari bergaduh dengan Bella. Faqir langsung tidak bersetuju dengan pendirian Bella tentang cinta dan wang, namun mula mengambil berat tentang Bella. Dapatkah dia mengetepikan perasaannya dan membantu Bella mencapai hasrat untuk bersama Datuk Hisham?



***end***

haaa camtu la xde sikit tapi sebanyak mungkin shin tepek sinopsis cite ni.. mcm dah leh agak jalan citenya kann.. tp bila tengok teaser pilem ni kat youtube.. ngan lakokan gedik gedik diaorg ni.. terasa nak menengok plak hahaha..

mungkin jalan cite ni amat sesuatu ngan golongan sesuatu dan tertentu yg secara sengaja atau pon tidak.. diaorg ni adalah golong yg suka perabih harta benda orang lain @ pisau cukur.. jenis x segan segan leh mintak itu dan ini tanpa dia sedar risiko yg bakal dia tanggung..

mungkin akan wujud perasaan dendam bila tetiba berlako pergadohan.. ungkin mengungkit... sehingga memburukkan keadaan semasa.. memudharatkan diri sendiri..

malah mungkin dia akan jadi terbiasa hidup mewah melalui orang lain.. mungkin juga dia menipu untuk mendapatkan apa yg dia nak.. hmmm susah la kan..

tp bagi shin.. walau pun apa jenis orang tu.. kalo matlamat hidup dia memang nak hidup senang.. hidup mewah.. dapat bersama sama ngan orang yg bole memberi dia kebahagiaan.. wang ringgit.. masa depan yg cerah.. memang xde salah laa.. tp biar lah berusaha ngan cara yg elok.. bukan menipu..

ingat senang ker nak ngurat orang kaya.. mesti lah banyak pelaburan dia kena buat kan.. nak kena lawa lawa... nak kena maintain cara hidup yg high taste.. siapalah kita nak mengutuk.. mempelekehkan orang sebegini..

cuma yg shin x leh terima.. kalo dia gunakan cara yg kotor... menipu.. ilmu sihir.. atau memporak perandakan hidup orang lain... hidup mcm tu sangat la keji.. takde nilai langsung.. lebih baik lupus dari muka bumi ni.. ngee~

sekian dulu ek.. jaga diri hiasi peribadi.. kalo nak dapatkan sesuatu tu.. ukurlah spender dikelengkang sendiri... tata


ada sesapa nak dating ngan shin tengok cite ni??

m(^o^)m

*i'm shin.. i'm inesen

11 comments:

Ajami Hashim said...

turun kl pakcik blanja!

p/s: pakcik dah tengok! yay!

I am Karl said...

instinct karl kuat mengatakan

cite ni sebest gol n gincu

benci uncle dh tgk!!!

Terry said...

haha. nak tengokkk .. nampak diva nyer citer niehhh.. hahaha..

Jom shin! kita g tengok! :D. ngeee~

bila tengok Trailer citer nieh, memang besh, ala2 hollywood gitu..
haha.. harap2 bila tngok2 nanti pon quality sama cam trailer nyer la kan?

:D

AzAz said...

x suka eizlan yusof, lakonannya hampeh, very the kayu!

i'm shin... i'm inesen said...

ajami yasmin : x aci la dia dah tengok dulu... hmmm nak nengok nak nengok.. jom~

karl : yeszaa.. pilem Gol N GIncu besh.. tp siannya kurang sambutan.. padahal cite yg fresh.. pelakon yg freshies.. tp tu la.. asla ada Pazura.. kurang meletop cite tu.. shin sgt suka lakonan dia..

Terry : jom kita ikot pakcik Ajami nengok cite ni huhu

Azaz : same here~

♥ayudeadwish♥ said...

aku mmg jarang tengok citr melayu tapi law shin nak belanje aku laju je ciap2 nak g tgk~~
hahaa~

PrinZeAlfiE said...

cite ni cam best!! nmpk real mcm atas kapal mewah padahal dlm studio je!! kreatif n superb!!

ZaCk AzRiN said...

nama filem xkomersial la...
xghairah lgsg nk nengok...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

poster dia punyalah stereotype...supposedly nama2 gah persada seni dalam satu filem, haruslah hebat artworknya...pape pn, go go malaysia industry! =)

i'm shin... i'm inesen said...

ayu : kann.. kamo nak mencukur shin la ni ek? huhuhu

alfie : tengok jgn x tengok eh

zack : ok lah tu tajuk dia.. sekali baca orang dah paham.. pisau cukur tu apa... dari tajuknya sifu n tonga ker.. lagi teruk ngee~

nuar : jom kita tengok sesama ngee~

ZaCk AzRiN said...

hehehe...