haaa kengkawan... genap dah seminggu kita berpuasa kann... apa korang rasa sekarang ek??? masih liat lagi nak bagun sahur?? masih rasa nak demam sbb sehari suntuk x dpt makan? x dpt minum? menggelupur x dpt merokok.. hehehe... rasa dunia gelap sbb x dapat bergossip? rasa mcm nak meracau sbb x dpt tengok web porno tiap kali main tenet? hahahaah...
haaa dah shopping raya??? semua kita dah prepare kann.. plan nak shopping.. plan nak cat umah.. plan nak ganti langsir... plan nak beli kueh raya... macam macam lagi la.. cuma jangan sampai kita lupa kewajipan untuk membayar zakat fitrah...
sekarang ni banyak mudah la.. kat mana mana leh nampak amil dok duduk kesunyiaan sorang sorang hahaha.. yer la.. punya la ramai orang kat bazar Ramadhan.. kat shoping complex... tp hanya beberapa orang jer yg dok singgah jumpa dia nak bayar zakat... terkebil kebil mata pak amil ni tengok orang lalu lalang.. buat x nampak jer la kan... aishhh sian dia
kengkawan nak tau tak. zakat fitrah adalah zakat diri yang di fardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat syarat yang di tetapkan.. antara syarat syaratnya adalah...
kengkawan nak tau tak. zakat fitrah adalah zakat diri yang di fardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat syarat yang di tetapkan.. antara syarat syaratnya adalah...
*individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
*anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
*memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
*seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan
haaa.. camne plak kesahnya korang yg dah besar panjang.. tapi x bekerja.. dah cari kerja x dpt.. atau yg malas bekerja.. so x de duit... so parent korang x wajib nak bayarkan zakat untuk korang.. dan korang pon x wajib nak bayar zakat... sbb korang bukan lah berkemampuan..
jangan silap paham.. seorang ayah hanya wajib bayarkan zakat untuk anak anak dia yg masih kecil.. yg belum bole bekerja... yg masih dalam tanggungan dia la kaedahnya... berbeza ngan anak yg dah dewasa... tapi malas nak bekerja.. so tak wajib la nak bayarkan zakat yer..
camtu gak bagi yg perempuan... yg sudah bekerja.. korang bole gak bayar zakat untuk diri korang sendiri.. jangan cakap sebab korang belum berkahwin so korang masih nak suruh ayah korang bayarkan zakat.. aishh.. zakat fitrah ni.. zakat individu.. di ulangi.. zakat individu yang berkemampuan... ingat tu..
kalau boleh, bayarlah awal supaya dapat disampaikan lebih awal kepada asnaf zakat. Zakat fitrah boleh dibayar dari awal Ramadan dan sunat membayarnya selepas fajar Aidilfitri hingga waktu solat hari raya, tetapi makruh membayarnya selepas solat terbabit dan ia tidak dikira zakat, sebaliknya sedekah, seterusnya jatuh haram membayarnya apabila berakhirnya satu Syawal... haa ingat tu ek..
kita boleh bayar zakat di kawasan kita mencari rezeki, tetapi tiada masalah kalau nak bayar di kampung tetapi janganlah ke tempat lebih murah dengan alasan berjimat, seolah-olah ada unsur berkira atau bakhil di dalam diri kita tau... x elok ok..
berikut adalah kadar zakat bagi negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2009 (kecuali Kelantan)
Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang – RM7
Terengganu – RM5, RM7 dan RM8Johor – RM5 dan RM7.50
Sabah – RM6.60Negeri Sembilan – RM6.50
Melaka – RM6.30
negeri Johor tetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah. Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun ini iaitu RM5 atau RM7.50 seorang berbanding RM6.50 seorang tahun lalu.
pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kadar itu ditetapkan mengikut harga pasaran semasa bagi dua jenis beras seperti yang ditetapkan dalam hukum syarak.
''Bayaran boleh dibuat mengikut kesedaran sendiri iaitu bagi mereka yang memakan beras biasa maka bayaran zakat fitrah ialah RM5 seorang, manakala bagi mereka yang memakan beras mahal maka dikehendaki membayar RM7.50 seorang," katanya.
hmm camtu la plak kann.. erm, mcmmana la keihklasan kita nak membandingkan makan beras yg murah dgn beras yg mahal, ye la thn ni harga zakat di tetapkan dgn 2 harga...malah di Terengganu sampai 3 harga... hmm so fikir dan dan tunaikan kewajipan kengkawan dgn ihklas dan jujur ek...
moral of the story: sejauh mana keikhlasan korang? nak byr yg murah atau ikut kesedaran atau kewajipan? hmmm ikut la gerak hati inesen korang ek... heheheh
sekian~
akhirnya.. td shin pi beli udang kat bazar Ramadhan.. hmm 2 jenis ni Rm4 jer.. ngee... bole la.. buat hilang ngidam... hik hik.. ntah apa rasanya.. wahh lagi 5 minit nak buka puasa.. ari ni still bebuka jam 7.12pm.. nyum nyum.. yok berbuka kengkawan..
pssst : ada 21 hari lagi nak raya ngee~
m(^o^)m
* i'm shin.. i'm inesen
8 comments:
salam singgah
selamat berpuasa...=)
kino : selamat berpuasa gak ek
nuar tunaikan zakat arini...samer-samer...sblm solat jumaat td...juadah berbuka tanpa semangka? =D
nuar : aishhh.. ado eh semangka.. mana leh tinggal...
so..sape yang bayar zakat nie..????
b-boy : orang Islam.. lelaki dan perempuan yg berkemampuan ar.. apa payah beno ni.. ish iskkk
klu ak baja lagi... kene bayar ke?
bmy..
kalo blajar lagi... kalo rasa macam berkemampuan.. macam ada dpt pinjaman.. atau keje part time.. kira mcm pendapatan sendiri la tu.. ek
Post a Comment