Monday, August 31, 2009

cerita hari kesepuluh puasa : Nostalgia Adik Nurin Jazlin


hari ni kita dah sampai hari ke sepuluh Ramadhan dalam tahun 1430H. shin nak imbas balik apa yg berlaku pada 8 Ramadhan 1428H.. dua tahun sudah.. mungkin ada kengkawan dah lupa insiden ni.. pada hari ke lapan umat Islam berpuasa.. adik Nurin Jazlin telah selamat dikebumikan.. pergi untuk menghadap Ilahi.. dalam keadaan tragis, kejam dan menyedihkan..

adik Nurin Jazlin binti Jazimin berumur 8 tahun telah hilang semasa berjalan kaki ke pasar malam di Seksyen Satu, Wangsa Maju pada 20 Ogos lalu. Nurin keluar seorang diri ke pasar malam yang terletak cuma kira-kira 100 meter dari rumahnya di No. 206 Blok D10, Seksyen 1, Wangsa Maju.

adik Nurin Jazlin anak kedua daripada empat orang adik beradik mempunyai dua lagi adik perempuan, Nurin Jazlina, 6 tahun dan Nurin Jazlisa, 1 tahun. Kakak Nurin Jazlin, Nurin Jasira berumur 9 tahun dilaporkan demam semenjak mengetahui adiknya hilang. Mereka dikatakan amat rapat dan tidak pernah berpisah jauh untuk satu tempoh yang lama. Nurin adalah pelajar Tahun Dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak pergi ke pasar malam untuk membeli makanan kegemarannya, burger.


sepanjang tempoh kehilangan adik Nurin, ibu adik Nurin, Norazian Bistaman, memberitahu bahawa anaknya Nurin menghidap penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi. Beliau khuatir keadaan kesihatan anaknya kerana sebelum ini dia bergantung kepada ubat khas yang dibekalkan oleh pihak hospital.

akhirnya misteri kehilangan adik Nurin terjawab apabila mayatnya yang tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 September 2007 ( 5 Ramadhan 1428H ) dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat tersebut adalah adik Nurin Jazlin.

adik Nurin dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di kawasan itu. Bedah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan kanak-kanak itu, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria dan ini antara faktor yang menyumbang kepada kematiannya.

fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan “kurus kering" selain dengan pelbagai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa adik Nurin Jazlin tidak mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama kali. Selepas di buat ujian DNA.. ibu bapa adik Nurin akhirnya dapat menerima hakikat yang mayat tersebut adalah mayat anaknya, adik Nurin Jazlin.


akhirnya adik malang ini disemadikan kira-kira pukul 2.45 petang selepas solat Jumaat pada 20 September 2007 ( 8 Ramadhan 1428H ) di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak. Sebelum itu jenzah adik Nurin disembahyangkan di Madrasah Assa’Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju. Imam sembahyang jenazah, Abdul Aziz Elias Zahari juga dilihat menangis teresak-esak ketika membaca doa selepas mengimamkan solat berkenaan.

semoga adik Nurin tenang bersemadi menghadap Ilahi.. semoga Allah tempatkan adik Nurin bersama sama hambaNYA yang sollehah...

-end-

2 tahun dah berlalu... namun setiap datangnya bulan Ramadhan shin takkan lupa insiden menyedihkan ni.. walaupun shin xde ikatan kekeluargaan ngan keluarga adik ni.. tp ngan perasaan Inesen dan kemanusiaan yg Allah anugerahkan pada shin ni.. shin cepat rasa tersentuh dan sensitif bila mengenang apa yg dah berlaku

shin tak bole bayangkan... betapa sengsaranya adik Nurin ni di perlakukan begitu kejam.. tak bole nak bayangkan macam mana adik ni meraung, menangis meminta simpati, memanggil nama mak ayah dia.. kakak dan adik dia.. meminta tolong... ntah berapa banyak air mata adik ni mengalir tersedu sedu mintak di lepaskan...

kenapa la ada orang yg lebih kejam dari haiwan yg tak de akal.. mungkin masa sekarang ni... pembunuh adik ni masih bebas, tersenyum.. ketawa gembira.. mungkin juga dia menunggu mangsa yg terbaru..

dan paling menyentapkan.. di waktu keluarga adik Nurin berduka cita.. ada plak cerita cerita negatif, fitnah, khabar angin yg menuduh ayah adik ni pembunuh sebenar, peminjam ah long, tak reti jaga anak.. macam macam la.. kesian betul laa... dalam keadaan fobia, sedih.. terpaksa plak nak behadapan ngan tanggapan orang ramai yg tak sensitif... bila dah kena pada batang hidung sendiri baru la rasa.. baru padan ngan muka..

shin harap.. kita tidak cepat lupa benda benda macam ni.. sentiasa kita pastikan orang yg kita sayang dalam keadaan yg selamat.. dan shin juga doakan kita semua selamat sejahtera hendakNYA... AMIN


Al-Fatehah untuk adik Nurin Jazlin


moral of the story : negara kita mungkin dah merdeka dari serangan penjajah.. tp kita semua masih di jajah dengan orang orang jahat, orang orang zalim, ahli ahli politik dan pihak berkuasa yang mengamalkan rasuah serta mengambil harta orang lain secara haram untuk kepentingan diri.. Merdeka pada shin belum ada apa apa makna.. bila still tak rasa selamat di negara sendiri.. dan rasa politik di gunakan untuk kepentingan masing masing...

sekian~

*i'm shin.. i'm inesen

7 comments:

lanz_evo7 said...

kecian kn..tapi aku nk rase la kuih yg shin wat smlm.mcm sdap je..
meleleh air liur.

- rOxY - said...

ddn kusyuknye sy bce entry nih..
mmg sadis giler citer nih..
same2 la kite berdoa agar pembunuhnye akn dpt dikesan dan diberikan hukuman yg setimpal...
amin...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

al-fatihah =|

bagus niat shin bukak balik citer ni =)

F said...

sedih kan?

i was crying mase citer ni dulu

she is such a wonderful kid

kejam sungguh org tu!

;(

b-boy said...

hmmmm hanya al-fatihah mengiringi..

i'm shin... i'm inesen said...

kengkawan : hope Allah x cabut sifat peri kemanusiaan yg ada dalam diri kita semua.. sayangilah sesama kita.. sentiasa berwaspada ek

Anonymous said...

http://eekshop.com
of up to Camouflage: Scientists are under the impression going to be the Zebra's odds allow you to have camouflage all around the any of the following manner: