Thursday, August 13, 2009

Takziah : Ustaz Asri ( Rabbani ) meninggal dunia


Pemimpin Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi kerana sakit jantung.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital swasta itu.

Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi. Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambahnya.

Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut - yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

''Pada kira-kira jam 10.30 beliau jatuh pengsan. Tapi ambulans tiba agak lewat, kira-kira 20 minit selepas itu. Apabila sampai ke hospital beliau sudah disahkan meninggal dunia," kata Mohd Asri.

Seorang lagi anggota Rabbani, Mohamad Afandi Shahbudin, berkata jenazah beliau akan dikebumikan di Bukit Lancong dekat Shah Alam petang ini.

Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' itu lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota. Beliau, yang mempunyai enam anak, sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni.

-end-

hmm semoga roh beliau tergolong dalam orang orang yg beriman. selepas ni.. tiada lagi suara merdu beliau akan kita dengar secara live... sob sob... sekian~

AL-Fatehah


* i'm shin.. i'm inesen

6 comments:

Arie Anuar said...

hmm...
sedih dapat tau dier dah takde..
suka sangat dengan suara dier..
al-fatihah..~

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

al-fatihah =(

Asrul aka YaGaMi LaiTo said...

sedih mendengarnya...Al-Fatihah...

avegalion said...

terkejut gak dgr berita tu smlm...
sorg lagik mutiara seni.. hilang...
moga rohnye dicucuri rahmat....

abah72 said...

Al-Fatihah ntuk arwah

i'm shin... i'm inesen said...

takut la ek.. memuda pun Allah leh cabut nyawa.. tak kira masa dan tempat.. insap insappppp