Wednesday, September 9, 2009

cerita hari ke 19 puasa : Al-Kisah : beginikah kesudahannya?


haa kengkawan.. korang dah bersahur??? shin ni sambil dok gigih habiskan air mineral.. takmo rasa haus lagi mcm smlm.. selamat berpuasa yg ke 19 hari ek untuk semuaaaaaa orang ( yang berpuasa jer ) ngee... korang perasan tak.. haribulan hari ni cun jer... 09/09/09... haaa sesapa yang nyambut besday ari ni.. heppi besday ek~

pagi ni shin nak cite skit pasal berita sedih yang menimpa seorang hamba Allah ni.. hmmm di bulan bulan puasa ni.. nak share besama la ek.. jom kita baca sekarang...

al-kisah : 16 Mac 1921, lahir seorang wanita bernama Mariam Johari.. dia dibesarkan keluarga di kampung Sungai Tengkorak, Plentong dan bekerja sebagai penoreh getah..

ketika berusia 11 tahun pada 1932 dan melahirkan empat anak, namun anak keempatnya meninggal dunia beberapa bulan selepas dilahirkan.

ketika Perang Dunia Kedua, suami Mariam menyertai tentera manakala wanita itu dikerahkan menjadi buruh membina sebuah landasan kapal terbang di Senai pada 1943.

Mariam kemudian berkenalan dengan tentera kerahan Jepun dari Korea, Cho Se Won, yang membawanya pulang ke Korea Selatan dengan alasan berkenalan dengan ibu bapanya sebelum pulang ke Tanah Melayu (ketika itu) semula.

bagaimanapun, Mariam terkandas di Korea Selatan termasuk terpaksa melalui Perang Saudara Korea dari 1950 hingga 1953 dan selepas perang tamat, harapannya untuk pulang ke Tanah Melayu musnah apabila Tanah Melayu bergelar Malaysia.

tahun demi tahun, dari bulan hingga berdekad lamanya, hasrat Mariam untuk kembali ke Tanah Melayu tidak tercapat. Namun, kisah Mariam mula mendapat perhatian apabila akhbar terbitan kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) menyiarkan kisahnya yang mencari tiga anak kandungnya di Plentong, Johor, pada 23 Jun 2007 menerusi rancangan Love In Asia KBS.

hasratnya bertemu semula tiga anaknya, Ramlah Sonni, 74, Jelani, 72, dan Jamnah, 67, akhirnya termakbul apabila KBS menerusi rancangan itu membawa Ramlah dan Jelani, serta cucu, Ahmad Onn, 43, dan menantu, Siti Zainab Noor, 37, bertemu buat kali pertama di studio KBS di Seoul pada 18 Julai 2007.

sedihnya, hasrat Mariam Johari, 88, untuk pulang buat kali terakhir ke Johor bagi menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama keluarganya, tidak kesampaian apabila wanita yang terkandas di Korea Selatan sejak 63 tahun lalu itu, meninggal dunia jam 12.20 tengah malam kelmarin (waktu Malaysia).

Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae, yang keadaan kesihatannya dilaporkan merosot sejak dua bulan lalu, meninggal dunia ketika tidur di sebuah rumah perlindungan orang tua di bandar raya Seoul. Mariam disahkan meninggal dunia ketika tidur pada jam 1.20 pagi waktu Korea akibat sakit tua.

jenazah Mariam kini disimpan di hospital berkenaan selama tiga hari (hingga esok) sementara menunggu keputusan sama ada keluarganya di Malaysia mahu membawa pulang atau sebaliknya.

ketika ini, jenazah Mariam masih disimpan di Gereja Roman Katholik Beon Bong dengan namanya diletakkan sebagai ‘Mariam binti Johari’ dan di bawah jagaan keluarga Ji ( keluarganya di Korea ).

bagaimanapun, keluarga Ji perlu dimaklumkan mengenai urusan membawa balik jenazah sebelum jam 1 tengah hari waktu Korea, (12 tengah hari waktu Malaysia) hari ini kerana sekiranya gagal, jenazah wanita itu perlu dibakar.

apa yang membuatkan anak anaknya terkilan adalah, Mariam telah membuat wasiat hendak dikebumikan secara Kristian, dan anak anaknya tidak tahu menahu mengenai wasiat itu.

“Jika ada wasiat ibu yang mahu jenazahnya disempurnakan mengikut cara hidupnya di Korea, saya mahu tengok,” kata Jelani Sonni, 72, anak kandung tunggal lelaki Allahyarham Mariam Johari.

“Apa pun orang memperkatakan soal agama ibu kami, jauh di sudut hati kami menganggap ibu masih Islam, malah ketika dia pulang ke Malaysia dua tahun lalu, ibu masih boleh mengucap dan dia memang ingat agamanya,” tambah Jelani lagi.


Mariam Johari

-end-

camtu la kisahnya.. actually shin mengikuti cerita nenek ni sejak awal lagi kuar paper.. masa tu.. dalam kepala hotak shin dok pk.. apa agama nenek ni ketika ini.. sekian lama dia bercampur ngan orang asing.. agama asing... berkahwin.. even tidak di kurniakan anak ( nenek ni xmau ), sudah tentu, hidup dia kat negara orang amat sukar.. apatah lagi nak melakukan suruhan agama ( Islam )

malangkan.. ketika cerita ni howt... xde mana mana pihak pon menyentuh mengenai status agama nenek ni.. mungkin semua orang aggap isu ni sensitif atau sebagainya..

tp.. tengok lah sekarang.. semuanya dah terlambat.. kalo awal awal lagi nenek ni di bantu.. memulihkan akidahnya ( sebab mengikut kata anaknya nenek ni masih bole mengucap ), tentu sekarang ni nenek ni akan di kebumikan mengikut cara Islam..

sekarang ni nenek ni dah takde.. even kalo ada wasiat yg di tulis oleh nenek ni.. yg dia mau di tanah secara Kristian.. jelas dah.. apa status agama nenek ni.. sekian lama dia hidup kat Korea sana...

even kita yg duduk kat Malaysia ni pon.. ntah la.. tak tau nak cakap apa.. memang la nama kita Islam, keluarga kita Islam... kita lancar mengucap dua kalimah syahadah.. tp kita tak pernah solat.. x pernah puasa... so.. apa relevannya agama Islam tu pada diri kita... renung renunglah...

semoga kita semua.. lahir dalam Islam.. mati pun dalam Islam... dan kepada nenek ni.. kita bersangka baik saja la ek.. Wallahualam..

Sekian~

p/s : lepas berbuka nanti.. kita dah masuk ke malam 10 terakhir Ramadhan... semoga kita akan lebih menghargai masa masa yg ada... dannnnn ada lagi 9 hari lagi nak raya ek~

* i'm shin... i'm inesen

12 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

ooo...nenek korea ni...ingat lg dulu heboh kt kosmo...dah meninggal rupanya...huhu...

Anonymous said...

kita lancap mengucap dua kalimah syahadah..<-----nk betul kan skit ada error masa Shin dok menaip...lancap tu supposed to be lancar kan...kang ada lak pembaca pikir lain jer hehehe (jgn marah Shin ek..org buat correction skit)


mIE...

Nuri said...

nok...motif ayat ni >> "lan**p dua kalimah syahadah.. tp kita tak pernah solat.. x pernah puasa... so.. "

very the confusing tau

b0b0y said...

shin..typo error..

"kita lancap mengucap dua kalimah syahadah"

taw shin pose..nanti org lain fikir lain lak..hik3

i'm shin... i'm inesen said...

arghhhhhhhhh LANCAR la ngertiii!!! tengok ayat la.. adehhh.. kot yer pon korang ni... uwaaaaaa

* sleepy fingers ok!

Penapenis said...

^_^" hehe, i pun nak tegur menda yang sama, tp ramai pulak yang dah perasan.. cool shin. cool.. and be careful.

Penapenis said...

Btw, sedihlah baca kisah nenek tu.. Tp dah terlambatkan. So itu urusan arwah dengan Allah. Kita yang hidup ni jadikan iktibar.

i'm shin... i'm inesen said...

yer ler.. next time shin berati ati

Comic Lover said...

I'm speechless...

Comic Lover said...

"sekarang ni nenek ni dah takde.. even kalo ada wasiat yg di tulis oleh nenek ni.. yg dia mau di tanah secara Kristian.. jelas dah.. apa status agama nenek ni.. sekian lama dia hidup kat Korea sana..."

correction - tanah =tanam, okey

Unknown said...

Sebenarnya nenek ni dkebumikan dimana... Malaysia ke tu korea

Anonymous said...

kat malaysia