Thursday, August 6, 2009

Nostalgia : Primadona Norlia Ghani



* shin hadiahkan entri ni utk sahabat shin saudara Ajami Yasmin

pertamanya.. shin nak ucapkan selamat menyambut hari yg ke 15 dalam bulan Syaaban ek kengkawan... tinggal lagi beberapa hari jer kita nak melangkah masuk bulan Ramadhan.. hope kita semakin sihat hendakNYA...

sebelum shin merepek dalam entri kali ni.. shin nak kongsi kongsi info pasal hari yg ke 15 bulan Syaaban ni.. atau lebih di kenali ngan nama Nisfu Syaaban.

nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadar.

hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib. benda ni agak complex bagi yang x berapa tahu... hmmm yg baiknya kita sentiasa memohon pengampunan atas semua dosa yg kita buat berulang ulang.. dan kita sentiasa cuba menjadi hambaNYA yang terbaik.. seeloknya kita berpuasa hari ini ek... so kepada kengkawan yg berpuasa tu.. shin ucapkan selamat berpuasa.. dan yg x berpuasa.. hmm cuba puasa tahun depan.. tu pun kalau panjang umur... hope kita tak tergolong dalam orang orang yg kerugian.. AMIN


-end-


orait.. di mana kita sekarang.. oh tidak.. korang pedih telinga dengar tazkirah ek.. ala.. maaflah yer.. sekali sekala.. tu kan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ni... ececeh..

haaa.. ari ni kan.. shin nak buat entri khas untuk pelakon yg sangat sangat shin minat.. haaa tak lain tak bukan.. kalo korang tengok gambo yg shin tepek kat atas tu.. sure kenal.. dia la primadona tersohor.. Norlia Ghani...

shin mula kenal Norlia Ghani ni masa tengok cerita drama OPAH time kekecik dulu.. mmg sesuai ngan nama watak dia Joyah masa tu.. kecoh.. suka kacau kacau Opah yg kuat melatah.. menjadi sunggu watak dia.. orang kenal dia ngan watak Joyah tu.. asal tengok Norlia Ghani.. org akan terbayang keletah Joyah tu.. huhuh.. tp sayang.. citer tu dah xde main lagi dah.. kalo ada kuar dalam format dvd ker.. InsyaAllah kalo ada duit lebih.. shin tak rasa rugi kalo beli...

nak mencari info Norlia Ghani kat tenet mmg payah.. sian dia.. xde orang buat tribute utk dia.. wikipedia dia pun ciput jer tulis.. aishh sian Norlia Ghani.. padahal lakonan dia superb... Maya Karin, Erra Fazira, Umi Aida.. lagi pelakon skrg ni lom tentu leh celen.. xper.. shin tulis sikit sikit pasal Norlia Ghani ek.. kot kot ada peminat dia yg baca.. leh la kongsi info.. jom kita baca sekarang...


MULUTNYA yang becok dalam siri drama popular tanah air pada zaman 80-an - Opah - masih meninggalkan kesan kepada penonton sehinggasekarang. Bagaimana dalam siri Opah, begitulah kecohnya dia seperti yang dikenali ahli keluarga dan sahabat handai.

Dalam keriuhan hilai ketawa, tersimpan juga cerita dukanya. Perjalanannyadalam dunia seni melalui ranjau berliku. Banyak cabaran dilaluinya.Pernah mencetuskan kontroversi dengan skirt pendek, insan seni bernamaNorlia Ghani tidak pernah serik untuk terus mengabadikan diri untukmenghiburkan peminatnya.

Nama sebenar beliau ialah Norlia binti Abdul Ghani. Di lahirkan di Klang pada 19 Disember 1948. Norlia Ghani merupakan anak kelima dari 11 adik beradik.. pernah mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Perempuan Methodist, Klang (1955-1960), SekolahMenengah Perempuan Methodist, Klang (1961-1963). Pernah berkahwin lebih dari sekali huhuhu Ramli Ismail (1969-1986), Azlan Husein (1989-1991).. selebihnya shin tak tau.. yg penting anak lelaki dia Rusdi mengikut jejaknya menjadi seorang pelakon gak..

Sejak kecil, setiap kali mendengar radio, Norlia akan mula melenggok-lenggokkan badannya. Sambil itu dia akan menyanyi walaupun butirannya tidak begitu jelas. Apabila Norlia mula bersekolah dia semakin cergas dalam bidangnyanyian, ketika itu mengikut kumpulan kugiran Sukma Murni mengadakan persembahan di rumah kenduri kahwin.

Apabila Norlia mula bersekolah dia semakin cergas dalam bidangnyanyian, ketika itu mengikut kumpulan kugiran Sukma Murni mengadakanpersembahan di rumah kenduri kahwin.

Sejak kecil Norlia memang tidakbanyak karenah. Malah dia begitu penyayang terhadap adik-beradiknya dan tidak suka bergaduh. Selain bersikap penyayang, sama seperti Joyah dalam drama bersiri yang mempopularkan nama Norlia, ialah tabiatnya yang suka bercakap kuat dan berseloroh. Walaupun kuat bercakap dia tidak pernah nak bercakap yang menyakiti hati orang lain. Dia lebih suka bercerita perkara-perkara yang menggembirakan orang.



Ramai mengenali Norlia Ghani sebagai pelakon dan pelawak. Tapi itu bukan minat dia pada awalnya. Dia lebih suka menyanyi. Lagu kegemarannya bukan lagu Melayu tapi lagu orang putih yang sedanghit pada masa itu. Hah.. jangan memain.. terer tau Norlia Ghani speaking London.. korang ado??

Penyanyi angkatan 1970an, M Daud yang juga Presiden Papita menceritakan perihal Norlia Ghani kerap mengikut dia menyanyi sejak Norlia darjah tiga lagi.. wahh kecik lagi tu...

Norlia Ghani dan M Daud menganggotai kumpulan Sukma Murni sehingga pada tahun 1965. Kemudian M Daud menubuhkan pula kumpulan baru, iaitu D-lima. Sekali lagi Norlia ikut menyanyi. Malah dia sanggup berulang alik dari Klang ke menaiki keretapi.. gigih gitu. Pada masa tu, Norlia suka menyanyikan lagu You Mean Everything To Me. Jika tidakpun lagu More Than ICan Say atau Aci Aci Buka Pintu.

"Bagi saya suara dia bagus dan saya tidak faham kenapa bidang itu tidak menonjolkan namanya, sebaliknya yang mempopularkan dia ialah bidanglakonan dan lawak jenaka," kata M Daud mengenai Norlia Ghani.

Sewaktu berulang-alik dari Klang ke PJ itu juga Norlia bertemu dengan bekas suaminya, Ramli Ismail. Ramli ketika itu pun bergiat dalam dunia seni. Akhirnya mereka bernikah pada 20 pril 1969 dan sejak itu perhubungan M Daud dengan Norlia mula renggang. Lagipun, pada masa itu Norlia sudah mulaber jinak-jinak dengan dunia lakonan.

Tentang perkahwinan Norlia Ghani , memang banyak rahsia yang belum tersingkap kerana sebelum ini walaupun Norlia gemar bercakap banyak, dia tidak pernah menceritakan mengenai keruntuhan rumahtangganya. Begitupun, sepanjang hayat Norlia, dia tidak pernah berasa menjadi raja sehari. Maksudnya, Norlia tidak pernah bersanding untuk kedua-dua perlahwinannya.

Ada ceritanya mengapa Norlia tak bersanding. Selepas bernikah, untuk majlis persandingan pula mereka bercadang melangsungkannya pada bulan Mei. Malangnya, bulan itulah berlaku peristiwa berdarah 13 Mei dan barang makanan yang diaorg sediakan untuk kenduri itulah yang menjadi makanan simpanan sehingga tanah air aman semula.

Lor.. sian ek.. takper la.. memang yg wajib kita ikut cara.. Nikah dan hebah melalui kenduri saja.. namnya Walimatudohol kalau ikut kitab Munakahat.. huhuhu



Ketika sibuk mengikut kumpulan D-lima bersama M Daud, Norlia juga sering diundang untuk memeriahkan majlis anjuran bomba Pelabuhan Klang . Waktu itu, setiap kali ada majlis, kemuncaknya ialah pertandingan ratu cantik. Malah Norlia kerap diajak menyertai pertandingan itu untuk berseronok atau meramaikan lagi majlis.

"Lama-kelamaan sudah jadi kebiasaan pula, pantang ada pertandingan ratu,saya sertainya. Ketika menyertai salah satu daripada pertandingan itulah, saya dipelawa untuk uji bakat,'' cerita Norlia.

"Waktu itu, kalau tak silap saya pertandingan Ratu Gindalongan, entahlah macam mana ejaannya atau maknanya kerana kalau tak silap saya, Gindalongan ialah bahasa orang Boyan. Mereka yang menjadi hakim bagi pertandingan itu ialah orang filem belaka seperti arwah Tan Sri P Ramlee, Omar Rojik, S Kadarisman, S Shamsuddin dan ramai lagi,'' kata Norlia lagi.

"Pertandingan itu dibuat di Bangunan Mara, waktu itu belum ada lagi Kompleks Pertama. Selesai pertandingan, gelaran juara jatuh ke tangan gadis lain. Saya pula sekadar ratu fotogenik. Tapi itupun sudah cukup seronok, apatah lagi selepas pertandingan, P Ramlee jumpa saya dan pelawa untuk uji bakat berlakon. Yang melucukan, pagi saya uji bakat, malam sudah shooting babak asmara pula tu!," kata Norlia sambil ketawa mengingatkan saat-saat pertama dia mula ke layar perak.

Filem sulung yang selepas itu membawa Norlia ke lembah perfileman ialah Kanchan Kirana (1968), arahan P Ramlee. Perkembangan filem Melayu tidak berkembang seperti yang diharapkan, malah menurun sehingga beberapa syarikat perfileman terpaksa gulung tikar.

Sejak itulah, iaitu sekitar 70-an hingga 80-an, Norlia berbalik semula ke bidang nyanyian. Dia masih ingat lagi tempat pertama kemunculannya semula, iaitu di lounge Restoran Dayana.

Pertemuan pelakon dan pelawak Ibrahim Din membawa arah baru kepada kerjaya Norlia Ghani daripada penyanyi menjadi pelakon dan pelawak.

Sewaktu Norlia menyanyi di pub, kelab malam dan lounge, Norlia mengenali Ibrahim Din pelakon siri filem Do Re Mi arahan P Ramlee. Ibrahim kemudian mengajak Norlia berlawak di radio dalam rancangan Ketawa Lagi di RTM. Rakan lawak Norlia dalam rancangan itu biasanya ialah A K Jailani (Allahyarham), Hamid Gurkha, Jamali Syadat dan Yahya Sulong.

Kemudian barulah Norlia diundang berlawak di televisyen. Penerbit yang mula-mula mengundang Norlia ialah Zainuddin Nordin iaitu salah seorang penerbit rancangan Hiburan Minggu Ini. Dan hosnya pula ialah Dhalan Zainuddin.

Sejak mula berlawak, nama Norlia (ketika itu Norlia Ramli) mula menjadi sebutan ramai. Daripada situ juga dia diundang berlakon drama televisyen. Drama tv pertama yang dilakonkan oleh Norlia ialah Sesejuk Air Di Gunung arahan Lola atau nama sebenarnya Zohara Ghani Batusha. Dia jugalah yang mula mengarah drama Opah pada 1983.

Sehinggalah sekarang, nama Norlia Ghani akan terus di kenang sebagai pelakon yg hebat.. tak kira lah di drama Tv atau pun filem. Bagi la apa jer watak kat dia.. semuanya dilakonkan dengan semulajadi.. Yang pasti orang akan terus melupakan bakat beliau sebagai seorang penyanyi dan penghibur yang berbakat. Shin harap.. satu hari nanti.. Norlia Ghani akan bikin album solo untuk peminat peminat dia.. mungkin lagu saduran lama atau lagu baru tak kisah la.. yang penting.. album itu akan jadi kenang kenangan..

semoga Norlia Ghani terus sihat, sentiasa di berikan hidayah oleh Allah s.w.t. Bahagia bersama keluarga... sekian dulu dari shin...


m(^o^)m

* i'm shin.. i'm inesen

8 comments:

fahruzzaman.Ismail said...

mmg dia sorg plakon yg versetile kat msia nih...aku gak respek ngan lakonan dia.
mula aku jmp ngan dia kat RTM wktu aku praktikal. dia masuk pjbt.aku tenung la dia.teruja....
dia leh sound "apa pandang2".
aku ingat dia sombg la....tp dia ok.
siap jmp lepas tu tnya aku bdk baru ke.sbb x penah tgk kat pjbt tu...hahaa

psl movie yg shin suka tgk...nk syor 1 movie.
"six feet under". try la cr...cite dia mmg sesak otak skit.tp bagus!

NN said...

aku minat gler die berlakon takde la plastik

i'm shin... i'm inesen said...

fahruzzaman : besh nya jumpa live lagi.. shin minat dari jauh jer... hmm shin dah tengok trailer kat youtube cite Six Feet Under tu.. citer pasal apa tu ek?? x paham hehehe

NN : betul betul betul

Unknown said...

x pernah miss setiap movie @ drama yg ada norlia ghani ni. dia belakon memang ada class! kelakar pun syok, sedih pun syok. very versatile punya pelakon
=)

Ajami Hashim said...

wahhh! nih tribute utk ajami yasmin or norlia ghani ekk?

nice entri bro! ;-)

i'm shin... i'm inesen said...

wai : tu namanya primadona huhu

ajami yasmin : utk norlia laaaaa... huhuhu

p/s : masih ramai rupanya peminat norlia ghani ni.. huhuhu sesapa bikin la Joyah Fan Club.. shin nak join... :P

Comic Lover said...

eh? mana gambo dia yg pki mini skirt itew? larikk!!!

Remy said...

Kalau tak salah sekitar tahun 80an beliau ada buat album lagu lawak bersama param,r jaafar,yahya sulong..nama album rileks lah...kalau tak salah la