pada suatu masa dahulu... hiduplah sepohon pokok epal yang besar dan seorang anak lelaki yang seronok bermain-main di bawah pokok epal itu setiap hari.
budak lelaki tu seronok memanjatnya hingga ke pucuk pokok, memakan buahnya, berteduh lalu tidur dibawah pokok epal yang rendang daun-daunnya. budak lelaki itu sangat mencintai pokok epal tersebut. Demikian juga pokok epal sangat mencintai budak kecil itu. Waktu terus berlalu. budak lelaki itu telah membesar dan tidak lagi bermain-main dengan pokok epal itu setiap hari sepertia kebiasaannya.
satu hari dia telah datang ke tempat pokok epal. Wajahnya nampak sedih. “Marilah ke sini bermain-main lagi denganku,” minta pokok epal itu. “Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pokok lagi,” jawab budak lelaki itu.”Aku ingin sekali memiliki mainan, tapi aku tak punya wang untuk membelinya.”
pokok epal itu menyahut, “Oh, maaf aku juga pun tak punya wang… tetapi kau boleh mengambil semua buah epal ku dan menjualnya. Kau boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan kegemaranmu.” budak lelaki itu sangat gembira. Segera dia memetik kesemua buah epal yang ada di pokok tersebut lalu pergi dengan sukacita. Namun, setelah itu budak lelaki tak pernah datang lagi. Pokok epal itu kembali sedih
satu hari budak lelaki itu datang lagi. Pokok epal sangat gembira melihatnya datang. “Marilah bermain-main denganku lagi,” kata pokok epal. “Aku tak ada masa,” jawab budak lelaki itu. “Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kamu memerlukan rumah sebagai tempat tinggal. Bolehkan kau menolongku?”
Oh, maafkan aku. Aku juga tidak memiliki rumah. Tapi kau boleh menebang kesemua dahan rantingku untuk membina rumahmu,” kata pokok epal. Kemudian dengan segera budak lelaki tersebut menebang kesemua dahan dan ranting pokok epal tesebut dan terus pergi dengan gembira. Pokok epal itu juga berasa bahagia melihat budak lelaki itu senang, tapi budak lelaki itu tak pernah kembali lagi. Pokok epal itu merasa kesepian dan sedih.
pada suatu musim panas, lelaki itu datang lagi. Pokok epal merasa sangat gembira menyambutnya. “Marilah bermain-main lagi denganku,” kata pokok epal. “Aku sedih,” kata lelaki itu. “Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi berhibur dan berlayar. Bolehkah kau memberi aku sebuah kapal untuk aku bersiar?”
“Oh, maafkan aku, aku tak mempunyai kapal, tapi kau boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah.”
kemudian, lelaki itu segera memotong batang pokok epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya. Ia lalu pergi berlayar dan tak pernah lagi datang menemui pokok epal itu.
akhirnya, anak lelaki itu datang lagi setelah bertahun-tahun kemudian. “Maaf anakku,” kata pokok epal itu. “Aku sudah tak memiliki buah epal lagi untukmu.” “Tak apa. Jawab lelaki itu. Aku pun sudah tak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu,”
“Aku juga tak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat,” kata pokok epal. “Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu,” jawab lelaki itu.
“Aku benar-benar tak memiliki apa-apa lagi yang boleh aku berikan padamu. Yang ada hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekarat ini,” kata pokok epal itu sambil menitiskan air mata.
“Aku tak memerlukan apa-apa lagi sekarang,” kata lelaki itu. “Aku hanya inginkan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu.”
“Oooh, bagus sekali. Tahukah kau, akar-akar pokok tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan berehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.” Lelaki itu pun berbaringlah di pelukan akar-akar pokok tersebut.
Pokok epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.
***end***
tahukah korang... pokok epal itu diibaratkan sebagai ibu dan ayah kita. Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita. Ketika kita membesar, kita meninggalkan mereka, dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan. Tak peduli apa pun, orang tua kita akan selalu ada, bersedia untuk memberikan apa yang boleh mereka berikan untuk membuat kita bahagia.
korang mungkin berpikir bahawa budak lelaki itu telah bertindak sangat kasar pada pokok epal tersebut, tetapi begitulah cara kita memperlakukan orang tua kita.
atau mungkin pokok epal tu shin ibaratkan macam diri kita sendiri.. dipergunakan dan terus dipergunakan oleh seseorang utk masa masa tertentu.. akan di tinggalkan bila tiba masanya.. pergi dan kembali sesuka hati.. dan kita terus setia menunggu.. sebab kita masih ada rasa sayang padanya.. x pernah putus...
renung renungkan lah... sekian~
*i'm shin.. i'm inesen
9 comments:
owwhh
terima kasih..
singgah ler ker blog..
shin
Sangat tersentuh dengan entry kali ini. :-(
bestke
:(
I bleh rasa kepedihan and kesedihan pokok epal tu, ..*sigh*
nak buat camner kan.. dah manusia memang kejam..
anyway. thanks for this entry :)
really touching! hee~
remember kids! dont use peoplee k..
Assalamu'alaikum :) .Salam Aidilfitri :) .Salam Kenal Berblog :) .
tengku fir : shin x reti la nak komen kat blog kamu.. camne ek??
best ke : biar meresap ke pelusuk jantung hati.. hempedu semua sekali ek
terry : betul betul betul.. sian pokok epal
Mohd : selamat hari lebaran.. minal aidil walfa izin.. salam kenal kenal gak
besar erti sebuah pengorbanan tuh...menyentuh hati hokey =|
mmg best baca kesah sebegini... tapi syx prnh lak ninggalkan parents... apa lagi brkasar, sy pemuda "brtudung litup" okay... lebih inesen dr shin...
bab diri sendiri 2... sayangilah dirikita sendiri dulu sblm menyangi diri org laen, jadi xkan timbullah hal dipergunakan... kalau kita x jaga diri sendiri, sapa yg akan jaga kita...
mesti ingat our parents x menongkat langit selama2nya untuk kita, one day kita akan tinggal sendirian... tapi apa pun dh confirm sy x kan alone cuma lonely je... huhu
suka cite mcm ni!!
cerita ni sgt memberi makna ...
Post a Comment